Banjir Bagi Usahawan. Apa Usahawan Boleh Lakukan?

Banjir Bagi Usahawan. Apa Usahawan Boleh Lakukan?

Kebelakangan ini, sekali lagi sebahagian daripada kita menerima musibah dengan berlakunya banjir di beberapa negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor dan Johor.

Banjir Bagi Usahawan. Apa Usahawan Boleh Lakukan?

Terkini, jumlah mangsa banjir di 3 negeri – Pahang, Terengganu dan Kelantan menyaksikan peningkatan manakala Perak, Selangor dan Johor keadaan dilihat bertambah baik dengan mangsa di pusat pemindahan sementara sudah berkurangan.

Sehubungan itu, apa usahawan boleh lakukan? Apa kita semua boleh lakukan dengan bersama membantu mengikut kemampuan masing-masing. Jika tiada dapat memberikan sumbangan, kita juga boleh berdoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka yang terjejas ini.

Moga sedikit sebanyak bantuan diberikan dapat meringankan bebanan mereka yang mungkin sudah pun terkesan ekoran krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia.

Bencana alam seperti banjir ini berlaku sama ada disebabkan secara semula jadi ataupun disebabkan ‘tangan’ manusia sendiri.

Hujan yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya banjir ekoran air sungai melimpah seterusnya menaikkan air terutama pada kawasan yang rendah.

Apatah lagi, bila sistem perparitan yang tak diselenggara dan tidak terancang, kawasan hutan dan tadahan hujan yang semakin hilang, kelalaian masyarakat yang mencemarkan sungai dan kawasan saliran air dengan sampah-sampah dan lain-lain akan mempercepatkan lagi banjir berlaku.

Musibah atau ujian buat kita

Bagi mereka yang terkesan termasuk usahawan, percayalah setiap musibah, jadikan ia sebagai iktibar dan muhasabah diri daripada ujian yang datang dalam hidup kita mahupun yang menimpa orang lain.

Musibah atau ujian ini juga datang kepada kita sebagai penghapusan dosa. Dalam kehidupan ini, adakalanya kita berbuat sesuatu kesalahan dan dosa, baik yang tidak kita sedar mahupun yang sedar.

Malah mungkin dalam mencari rezeki, ada terambil harta yang tidak jelas sumbernya dan jalan perbelanjaannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang Mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian seperti musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran dan sesuatu yang mengganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar kita sentiasa mengingati-Nya dan mendapatkan rahmat.

Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah SWT.

Banjir dan usahawan

Usahawan juga boleh berdepan ‘banjir’ yang menjejaskan bisnes mereka disebabkan faktor manusia itu sendiri.

Seperti sistem perparitan yang tak terancang dengan orang membuang sampah ke dalamnya boleh menyebabkan banjir, sama juga seperti dalam sesebuah bisnes. Kita perlu ada perancangan dalam bisnes agar tak menyaksikan ‘banjir’ yang melanda bisnes hingga menyaksikan kemerosotan malah lebih teruk ditutup.

Selalu muhasabah, nilai balik apa yang sudah dilakukan sebelum ini, untuk diperbaiki dan ditambah baik lagi. Apa yang sudah berlaku pada 2020, belajar daripadanya dan lihat apa yang boleh ditambah baik lagi. Jadikan sebagai azam tahun baru anda untuk menyaksikan peningkatan dan perkembangan bisnes.

Apa usahawan boleh lakukan

Dalam pada itu, usahawan dalam musibah banjir ini bolehlah berkongsikan rezeki yang ada kepada mereka memerlukannya.

Amalan berkongsi rezeki ini merupakan salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya malah mendapatkan keberkatan. Jadi apa usahawan boleh lakukan adalah dengan bersedekah, menyumbang dan membantu.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Percayalah setiap rezeki kita, ada hak orang lain. Ia bukannya milik kita seorang. Jom kita bersyukur dengan setiap rezeki yang ada dan kemudian berkongsi dengan orang lain untuk mendapatkan keberkatan malah pelaburan saham akhirat kita nanti.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan juga ada berpesan bahawa keberkatan rezeki adalah sedekah. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda akan menerima lagi.

“Orang Yang Kaya Bukanlah Terletak Kepada Berapa Figure Wang Yang Dia Ada, Tetapi Orang Yang Kaya Adalah Orang Yang Boleh Memberi Walaupun Sedikit”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Artikel terbaru

1 Comment

  • Lieza Desa

    Lihat musibah sng ujian penghapus dosa
    -buat persediaan dan rancang plan
    -bersedekah dan bg sumbangan semampu kita
    -bersyukur dengan nikmat Allah

Leave a Reply