Jangan Biarkan Azam Tahun Baru Anda Terkubur. 5 Soalan Untuk Tanya Diri Anda

Jangan Biarkan Azam Tahun Baru Anda Terkubur. 5 Soalan Untuk Tanya Diri Anda
Jangan Biarkan Azam Tahun Baru Anda Terkubur. 5 Soalan Untuk Tanya Diri Anda

Ini adalah di antara perkara yang terlalu banyak berlaku. Azam tahun baru biasanya “terkubur” dalam masa 2 minggu sahaja selepas tahun baru! Amacam?

Sebuah artikel Business Insider (2018) menyebut – 80% dari manusia, dah ‘give up’ dari berusaha nak capai azam tahun baru bila menjelang Februari dan satu lagi artikel Forbes (2017) menyebut dari 95% manusia yang ada azam tahun baru, hanya 8% manusia yang komited dan berjaya mencapainya.

Ramai dari manusia yang ada hari ini..yang putus asa untuk capai cita-cita di tahun baru.

5 Sebab Azam Tahun Baru Terkubur :

  1. Sebab azam mereka tak realistik. Contoh, nak jadi millionaire dalam masa setahun, tapi tak tahu caranya bagaimana, nak mulakan dari mana, macam mana nak kaya?
  2. Azam mereka tak cukup details. Tak tahu bila nak capai? Apa yang nak capai? Berapa? Mereka tak jelas..mereka nak apa sebenarnya.
  3. Mereka nak capai sesuatu dan nak lebih berjaya dalam hidup, tapi mereka tak nak lalui prosesnya. Kalau boleh, mereka nak bangun dan celik mata terus berjaya…
  4. Ini penting! Ramai orang gagal capai azam sebab mereka tak pandai uruskan masa. Mereka terperangkap dalam urusan seharian dan tak luangkan masa sebaiknya untuk buat perkara yang bantu mereka capai azam.
  5. Mereka tak fokus dan mudah distracted! Mudah terganggu dengan perkara-perakara yang buang masa. Contoh, tengok YouTube dan layan media sosial yang tak berkaitan sampai berjam-jam lamanya…

Mudah nak berazam dan bercita-cita, tak tak mudah nak menjadikannya kenyataan. Lebih-lebih lagi kalau anda ada 5 sikap ini. Ramai orang, bertahun-tahun berazam dan asyik gagal, sehinggakan mereka dah tak rasakan azam dan berjaya capai azam itu penting.

Tak bosan ke, hidup dah makan tahun tapi samasaja, tak ada yang berbeza, tak ada peningkatan dan perubahan? Nak tahu apa 5 perkara penting yang boleh bantu anda lonjakkan tahun 2021 dan jadikannya berbeza dari tahun-tahun lepas yang selalunya sendu dan biasa-biasa saja.

Dalam hidup ini jika anda betul-betul nak jadikan 2021 tahun kejayaan anda anda perlu tanya perkara ini.

5 soalan penting perlu tanya pada diri :

  1. Adakah anda tahu apa yang anda nak capai? Bila anda nak capai? Kenapa anda perlu mencapainya di tahun 2021? Adakah anda dah cukup bersedia? Adakah anda tulis azam anda dengan jelas? Azam yang tak ditulis hanya angan-angan…
  2. Siapa yang akan bantu bawa anda untuk naik ke atas? Adakah orang yang bantu anda telah berjaya bantu orang lain juga sampai ke destinasi sebelum ini? Apa kemampuan dia? Apa pengalamannya?
  3. Apa yang anda perlukan? Apa persediaan yang perlu ada? Setakat tahu saja adakah cukup?
  4. Apa tindakan pertama anda kena buat? Apa perancangan anda yang sebenarnya?
  5. Siapa yang akan menyokong anda? Siapa yang akan anda bawa bersama? Dan macam mana anda nak jelas dan yakinkan kepada mereka kenapa anda nak pergi ke puncak dan kenapa anda perlu sampai ke puncak kejayaan pada tahun 2021?

Apa yang kami nak kongsikan dengan anda di sini, takkan mudah anda nak capai lonjakkan dalam hidup, kerjaya dan bisnes di tahun 2021 jika anda tak bersedia dari sekarang. Bagaimana anda memulakan tahun 2021, menentukan apa yang anda akan capai di akhirnya nanti.

Peserta Program Mentoring RichWorks, pemilik Raifili World, Puan Siti Fitryah Harun sebelum ini bermula dengan sebagai dropship pada 2018 dan kemudian membuka kedai pada Ogos 2019 dengan jualan mencapai RM647,000 pada tahun itu.

Bagaimanapun pada tahun 2020, beliau berjaya mencatat jualan berlipat kali ganda iaitu sebanyak RM7.2 juta, kenapa anda masih nak tunggu? Contoh ini antara puluhan anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang menyaksikan peningkatan dan pencapaian pada 2020 ini.

Dapatkan ilmu, strategi dan MenThor yang terbukti ada results. Jika anda mahukan perubahan dan perkembangan dalam bisnes malah kehidupan anda. RichWorks telah menyediakan platform Bina Bisnes Berjaya yang menyediakan usahawan dalam semua tahap bisnes dari permulaan hingga yang telah mencapai jualan puluhan dan ratusan ribu sebulan.

Hidup anda, kejayaan anda…anda sendiri tentukan.

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply