7 Tips Menulis Tajuk Yang Menarik

Bila anda baca sesuatu di media sosial, majalah atau akhbar, apa yang akan anda baca dulu? Semestinya tajuk betul? Biasanya jenis tajuk apa yang menjadi tarikan anda?

Bagi peniaga, tajuk juga merupakan satu elemen penting dalam copywriting mereka. Bila anda gunakan tajuk-tajuk yang menarik dalam copywriting, pembaca akan rasa ingin tahu dan terus membacanya.

Walaupun copywriting anda mungkin bagus, tapi tajuk tak cukup menarik perhatian, ia tetap tiada guna. Sebab itu tajuk memainkan peranan yang penting dalam penulisan. Sekiranya tajuk tak ada, ia seperti pizza tanpa toppingnya.

Kami akan kongsikan 7 tips untuk menulis tajuk yang menarik, yang boleh menarik perhatian pembaca untuk terus membaca sampai habis.

1/ Tanya Soalan

Mulakan tajuk anda dengan ayat pertanyaan. Contohnya ‘Adakah anda ingin berjaya?’ atau ‘Anda ingin letupkan bisnes anda’? Bila anda gunakan persoalan, sudah pasti pembaca ingin tahu, betul?

Secara automatik mereka akan klik link yang anda bagi untuk bacaan lanjut. Selain itu, bila anda gunakan ayat tanya, ia seperti anda sedang berkomunikasi dua hala dengan pembaca anda. Ia mewujudkan persoalan yang membuatkan pembaca ingin tahu. Pelbagaikan ayat pertanyaan dalam penulisan anda.
Gunakan teknik 5W1H iaitu who, when, why, where, how dan selanjutnya.

2/ Emosi 

Headline juga mesti perlu ada emosi. Seperti anda baca berita kematian dan kemalangan di akhbar, sama lah dengan copywriting anda.

Yang berbeza adalah, anda ingin beri ilmu pemasaran dan perniagaan pada pembaca anda. Jadi, emosi yang perlu anda tulis adalah keterujaan, inspirasi, motivasi, kesedaran atau perasaan ingin tahu.

Bayangkan bila anda tulis ‘Kenapa manusia suka bertangguh?’, tidakkah ia memberi rasa ingin tahu kepada pembaca. Atau ‘Dulu dibantu, sekarang membantu’, bila anda baca tajuk ini, anda mungkin terfikir ia akan memberi inspirasi pada anda, betul?

3/ Gunakan ‘Jangan’

Penggunaan ‘jangan’ dalam penulisan lebih kepada untuk memberi didikan atau peringatan kepada pembaca.

Contohnya, ‘Jangan malas mencari ilmu’ atau ‘Jangan abaikan mesej ini’. Jika anda gunakan dalam penulisan anda, ia seperti satu arahan yang perlu kita patuh, betul?

Selain itu, anda boleh tulis artikel yang berkaitan ‘do and don’t’ dalam bisnes. Sesuaikan tajuk penulisan anda dengan artikel yang anda mahu tulis.

4/ Guna Perkataan Senarai

Ramai yang gunakan perkataan senarai seperti 7 tips, 5 teknik atau 9 langkah. Jika anda lihat post-post kami sebelum ini, kami banyak gunakan teknik ini.

Ia untuk memberitahu anda secara terus apa yang kami sediakan untuk anda, seperti ‘5 Tips untuk berjaya’. Ini bermakna, kami kongsikan dengan anda 5 cara untuk anda mencapai kejayaan, faham faham?

Dengan adanya list nombor, ia lagi cepat untuk dibaca.

5/ Kisah Kejayaan

Anda juga boleh menulis tentang kisah kejayaan seseorang individu yang berpengaruh. Tajuk ini akan memberi inspirasi kepada pembaca. Tajuk juga mestilah gempak supaya mereka tertarik untuk membacanya.

Biasanya orang yang berjaya tidak terus berjaya dari mula. Mereka akan mengharungi pelbagai halangan dahulu baru peroleh kejayaan. Kisah-kisah kejayaan mereka akan diteladani oleh orang ramai untuk dijadikan sumber inspirasi.

Sekiranya tajuk penulisan anda menarik, sudah tentu pembaca tidak akan lepaskan peluang untuk membacanya.

6/ Berikan Janji/Tawaran

Anda juga boleh sertakan janji dalam penulisan tajuk artikel. Contohnya ‘Tawaran ‘Couple Ticket’ – Untuk Siapa Anda Mahu Berjaya?’ Ini adalah contoh tajuk yang kami gunakan dalam emel IMKK sebelum ini.

Selain itu, anda boleh minta mereka baca sampai habis kerana ada tawaran menarik yang anda ingin berikan. Bila anda tawarkan janji menarik yang susah mereka nak dapat, pasti mereka akan baca sampai habis dan rebut tawaran tersebut.

7/ Kisah Inspirasi

Tulis tajuk yang boleh memberi inspirasi kepada para pembaca. Bila pembaca diberi inspirasi, mereka akan lebih bermotivasi dalam hidup dan ingin lebih berjaya.

Orang kata, bila nak berjaya kita kena cari sumber inspirasi untuk mendapat cetusan idea dan semangat. Kita biasanya mempunyai banyak masalah dalam hidup, tapi dengan kisah inspirasi lah yang memberi motivasi untuk terus bangkit.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “7 Tips Menulis Tajuk Yang Menarik” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

Leave a Reply