Kenapa Restoran Mamak Tak Mudah Gulung Tikar? 4 Faktor Boleh Usahawan Belajar

Nak tahu kenapa restoran mamak tak mudah tutup, lingkup atau gulung tikar? Jom lihat sejarah macam mana ia bermula di negara ini. Menurut kajian, sebelum tahun 1786, telah ada kaum India Muslim yang membuat aktiviti perniagaan di Kuala Kedah. Pada kurun ke-18, Pulau Pinang telah mencatatkan rekod kemasukkan peniaga India Muslim yang ramai. Mereka ini […]

Squcci: Juruteknik Jadi Usahawan, Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 6 Bulan Sertai SPIRE

Siapa kata seorang juruteknik tak boleh jadi usahawan yang berjaya? Founder Squcci, Mustaffa Malek dulunya seorang juruteknik yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang. Beliau kemudian memilih untuk mula berniaga untuk mencari kelainan dalam kehidupan. Beliau mahu berubah daripada sebelum ini makan gaji kepada bisnes. Kini beliau mempunyai kepakaran untuk menyediakan perkhidmatan pembelajaran bagi […]

PERMAI : Apa Perlu Bangsa Usahawan Tahu? 12 Inisiatif Yang Boleh Bantu Anda

Kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu dan meringankan beban rakyat dan bisnes yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah banjir yang berlaku baru-baru ini. Pakej bantuan ini bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif dengan tiga matlamat iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. […]

Potensi Baju Kurung Malaysia. Siapa Kata Baju Kurung Sudah Pupus & Tak Ada Kualiti?

Baju kurung merupakan pakaian tradisional bangsa Melayu dan kemudian ia dijadikan baju kebangsaan negara. Bahkan baju kurung telah pun digunakan oleh rakyat Malaysia bukan saja bangsa Melayu malah bangsa-bangsa dan kaum lain yang ada di negara majmuk ini. Tahukah anda dulunya baju kurung ini merujuk kepada pakaian dipakai lelaki dan wanita pada waktu zaman Kesultanan […]

Shimah Boutique : Tukar Game Ketika PKP, Usahawan Ini Capai RM1 Juta Pertama Dalam Tempoh 8 Bulan

Bukan mudah nak membina bisnes yang berjaya jika tak tahu caranya. Anda mungkin akan banyak langgar tembok, buat kesilapan yang boleh menjejaskan bisnes. Perjalanan pemiliki bisnes Shimah Boutique Sdn. Bhd. (Shimah Boutique), Puan Nurul Aini telah mewarisi bisnes ibunya pada 2016, Puan Norhasimah Ismail yang diusahakan sejak 1995. Menurut Puan Nurul, bukan mudah ketika beliau […]

5 Faktor Utama Usahawan Angkat Bendera Putih

‘Aku dah penat nak berniaga, asal berniaga jer mesti tak untung! Baik aku duduk rumah jer…’ kata seorang usahawan ini. Rungutan seperti inilah yang selalu berlaku kepada usahawan-usahawan yang dah rasa tak boleh ‘pergi’ dengan perniagaan yang dia sedang usahakan. Akhirnya, dia akur dengan keputusan untuk angkat ‘bendera putih’ dan kembali ke takuk lama sedangkan […]

Usahawan Jangan Terlepas Potensi e-Dagang

Lebih-lebih ketika kita berdepan pandemik ini, usahawan tidak boleh mengabaikan potensi e-dagang (e-commerce) yang begitu luas. Berdasarkan data UOB dan Bank Negara Malaysia (BNM), platform e-dagang pada 2019 menyumbang sekitar RM127 bilion iaitu sebanyak 8.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia dijangkakan perbelanjaan pengguna akan terus menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan kadar […]

Pentingnya Aliran Tunai Yang Betul, Bantu Kelangsungan Bisnes Anda

Pentingnya aliran tunai (cash flow) yang boleh dikatakan umpama nyawa kepada mana-mana bisnes. Hal ini kerana anda boleh mengetahui keadaan kesihatan kewangan bisnes anda melalui rekod aliran keluar masuk wang yang ada. Malahan, majoriti usahawan yang menghadapi masalah tidak pernah nampak dan tahu keuntungan syarikat milik mereka kerana tidak peka terhadap kepentingan dalam mengurus dan […]

5 Idea Bisnes Semasa PKP Bagi Mereka Nak Jana Pendapatan

Jom kami kongsikan anda beberapa idea bisnes semasa PKP 2.0 ini. Tapi bila masa sesuai nak buat bisnes ya? Sebenarnya bila-bila kita boleh mula bisnes jika tahu caranya ada ilmu, strategi, sistem dan bimbingan daripada MenThor yang ada results. Perkara-perkara ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan tak patut dilakukan, melanggar tembok dan dinding yang […]

Mya Perfume: Dulu Kerja Kedai Makan, Sekarang Usahawan Ini Dah Capai RM1 Juta Pertama Pada 2020

Dulunya tak pernah pun terfikir dapat menjadi usahawan jutawan. Dulu beliau bekerja sebagai cashier dengan gaji RM1,400 di kedai makan selama 10 tahun. Hanya terfikir sampai bila nak hidup sebegitu? Menurut Founder Mya Perfume, Puan Mimi Saraini Muhd San, beliau mula serius nak ubah hidup melalui bisnes selepas ayahnya sakit menyebabkan tak dapat bekerja. Hal […]