Puasa Hari Asyura 10 Muharam: Peluang Bangkit, Pulih & Kembali Dekat Dengan Tuhan di Tengah Badai Hidup
Tekanan Hidup Semakin Berat?
1 Julai 2025 menjadi titik perubahan kepada ramai rakyat Malaysia, terutamanya usahawan, apabila pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diperluas mula berkuatkuasa.
Cukai ini melibatkan lebih banyak sektor termasuk digital, perkhidmatan dan logistik, menyebabkan kos operasi meningkat dan margin keuntungan menyusut secara tak langsung.
Sejak pengumuman pada 9 Jun 2025 berkenaan semakan semula pelaksanaan SST, pihak Kerajaan telah meneliti dan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada rakyat serta pihak industri terhadap peluasan skop SST yang dicadangkan. Sebagai sebahagian daripada usaha memahami pandangan akar umbi, Kementerian Kewangan (MOF) juga telah mengadakan sesi libat urus bersama beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan semalam.
Terdahulu, perluasan skop SST itu diumumkan dalam Bajet 2025 dan disahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Matlamat utamanya ialah untuk memperluaskan asas cukai tanpa membebankan barangan keperluan atau golongan berpendapatan rendah.
Namun bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dilihat secara tidak langsung akan terkesan, terutamanya berkaitan sektor logistik, perkhidmatan dan runcit. SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus ini bermakna peningkatan kos, pematuhan baharu dan margin keuntungan yang lebih sempit.
Ramai usahawan terpaksa memikirkan semula strategi, memotong bajet dan dalam diam… menyembunyikan tekanan yang makin menggugat kesihatan jiwa.
Tapi ini semua berada di luar kawalan kita! Apa lebih penting untuk usahawan fokus kepada apa di tangan dan yang berada dalam kawalan sendiri. Inilah yang ditekankan Mentor Usahawan Jutawan, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Pasti ada jalannya bagi mereka yang tahu dan bersedia.
Bila Tekanan Jadi Badai Jiwa
Bila semua serba tak kena, mulalah kita rasa hilang kawalan.
Letih nak kuat. Letih nak berpura-pura tenang. Letih hadap tekanan setiap hari.
Dan di saat itulah, Allah SWT hadirkan ruang — ruang untuk kembali.
Hari Asyura: Hari Istimewa Di Tengah Kekalutan
10 Muharam, bersamaan Ahad ini (6 Julai 2025), ialah Hari Asyura — hari yang diraikan oleh Rasulullah SAW dengan berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.
“Aku mengharapkan kepada Allah agar puasa pada Hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)
Tawaran keampunan yang amat besar ini datang tepat pada waktunya, ketika kita perlukan kekuatan baru bukan dari luar, tapi dari dalam diri.
Waktu Kembali Kepada Tuhan
Ramai usahawan tahu cara buat duit, tapi tak ramai tahu cara redakan hati.
Ramai tahu naikkan jualan, tapi tak tahu turunkan beban fikiran.
Hari Asyura ialah peluang untuk kembali kepada Allah SWT tanpa perlu tunggu sempurna, tanpa perlu rasa bersalah. Cukup kita hadir sebagai hamba.
Sunah Yang Menenangkan
Nabi SAW bukan hanya berpuasa pada 10 Muharam, tetapi menyarankan agar kita juga berpuasa pada:
Sabtu, 5 Julai 2025 (9 Muharam – Hari Tasu’a)
Ahad, 6 Julai 2025 (10 Muharam – Hari Asyura)
Isnin, 7 Julai 2025 (11 Muharam)
Jika mampu, puasa dua atau tiga hari. Jika tidak, cukuplah dengan Ahad.
Transformasi360: Bukan Sekadar Seminar
Dalam program Transformasi360 – Bangkit Dalam Badai, kami tidak sekadar bercakap tentang bisnes.
Kami bercakap juga tentang hubungan dengan Tuhan, ketenangan jiwa dan mencintai Rasulullah SAW kerana kejayaan sebenar bukan hanya angka, tetapi makna dan keberkatan.
Ramai usahawan yang keliru akhirnya jumpa jalan keluar bila kembali kepada Tuhan. Mereka bukan sekadar naik semula… tapi bangkit dengan arah dan kekuatan yang baru.
Bila Tuhan Jadi Sandaran, Badai Tak Lagi Menakutkan
Pasaran akan sentiasa berubah. Cukai akan datang dan pergi.
Tapi bila hubungan kita dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW kukuh, kita tak lagi takut pada badai.
Kerana kita tahu siapa yang bimbing kita.
Penutup: Satu Hari Untuk Kembali
Hari Asyura bukan sekadar amalan — ia satu tanda cinta, ruang syukur, dan peluang untuk bangkit semula.
Kalau hari-hari lain kita lalai, jadikan hari Ahad ini hari kita kembali.
“Aku kembali Ya Allah… aku belum terlambat.”
—
Artikel ini dibawakan oleh RichWorks. Untuk transformasi hidup dan bisnes dari akar jiwa ke kejayaan sebenar, sertai program Transformasi360 hari ini.