6 sebab usahawan tak puas hati dengan kejayaan anda

puas hati

Rasa puas hati bila perniagaan yang diusahakan membuahkan hasil. Apatah lagi bila kejayaan ini bukan kerja sehari dua tapi berbulan-bulan dan ada yang makan tahun untuk capai apa yang dicapai hari ini.

Dalam rasa seronok meraikan, pasti ada yang sedang memperhatikan anda dengan rasa tidak puas hati akan kejayaan ini. Kenapa? Tak ada siapa yang ganggu mereka, tapi mereka tetap rasa setiap apa yang anda lakukan adalah salah?

Lumrah manusia di dunia ini, pasti ada yang positif dan negatif. Orang yang dekat dengan kita belum tentu akan ada waktu kita susah atau senang dan begitulah sebaliknya.

6 sebab usahawan tak puas hati

1. Persaingan dalam industri

Dalam perniagaan yang normal, persaingan adalah biasa. Beberapa individu mungkin merasa tidak puas hati kerana melihat perniagaan kita berjaya di pasaran, sementara perniagaan mereka mungkin tidak setanding dengan anda.

Pesaing menjual apa yang kita jual. Berkemungkinan mereka merasa tercabar dengan kejayaan perniagaan kita dan melihatnya sebagai ancaman kepada perniagaan mereka sendiri.

Dan mereka mungkin merasakan bahawa kita mendapat faedah atau kelebihan yang tidak adil seperti sokongan kewangan atau hubungan yang lebih baik dengan pelanggan dan pembekal.

Melihat kejayaan perniagaan kita juga mungkin mengingatkan mereka akan kegagalan mereka sendiri atau memberi tekanan kepada mereka untuk mencapai tahap yang sama.

2. Mahukan peluang yang sama

Kadang-kadang, kejayaan kita boleh membangkitkan rasa tidak puas hati dari individu lain, terutama mereka yang mungkin berusaha dalam bidang yang sama tetapi belum mencapai tahap yang sama.

Mungkin terdapat situasi di mana kita mendapat peluang atau sokongan yang tidak diberikan kepada mereka. Ini boleh menimbulkan perasaan kecewa atau tidak puas hati.

3. Tidak ada hubungan baik

Jika kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan usahawan lain dalam komuniti perniagaan, ini boleh mengakibatkan timbul rasa cemburu dalam diam. Tapi kalau cemburu yang positif, apa salahnya. 

4. Isu Peribadi

Ada kemungkinan bahawa ketidakpuasan mereka bukan disebabkan oleh perniagaan kita tetapi oleh faktor peribadi seperti isu keluarga, masalah anak sekolah, hutang yang perlu dilangsaikan dan macam-macam lagi.

Faktor peribadi ini menjadikan timbul perasaan rendah diri, ketidakseimbangan emosi atau masalah peribadi lain sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kejayaan orang lain terutama sekali usahawan di dalam industri yang sama yang dilihat seperti lebih mudah berbanding kejayaan diri sendiri.

5. Jurang pencapaian yang ketara

Perniagaan anda mungkin telah mencapai kejayaan yang jauh daripada orang lain, dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dari usahawan lain yang mungkin merasa tercabar oleh kejayaan tersebut.

Begitu juga jika perniagaan anda sering menerima pengiktirafan atau anugerah, ini membuatkan perniagaan anda lebih menonjol dan mereka mungkin akan ada keinginan untuk dapat pengiktirafan yang sama dan merasakan mereka juga layak menerima anugerah tersebut.

6. Kurang keyakinan diri 

Individu yang kurang keyakinan diri mungkin merasa tidak puas hati terhadap kejayaan perniagaan kita kerana mereka merasa tidak mampu mencapai tahap yang sama. Nak daki sama tinggi tak mampu, sama-sama tak mendaki lebih baik. Begitulah perumpamaannya.

Susah nak puaskan hati semua orang

Walau bagaimanapun, tak semua rasa tak puas hati itu adalah ke arah negatif. Ada juga yang ambil rasa cemburu itu untuk perbaiki perniagaan dan capai kejayaan. Namun, tetap ada yang membawa kepada tindakan negatif. Jika tidak, masakan ada yang sanggup guna cara kotor untuk jatuhkan perniagaan lain.

Jadi, walaupun anda telah capai kejayaan pada tahap yang anda boleh dibanggakan, penting untuk diingat bahawa tidak semua usahawan akan merasakan kepuasan sepenuhnya terhadap pencapaian anda. 

Bagi usahawan yang merasa tidak puas hati, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah untuk memahami dan mengatasi keadaan ini. Komunikasi terbuka dan kerjasama dapat membantu meringankan ketegangan dan mendorong perkembangan positif bagi semua pihak.

Mari kita terus berusaha untuk mencipta dunia perniagaan yang lebih membanggakan bagi semua pihak yang terlibat. 

Raikan setiap kejayaan dengan penuh kesyukuran, tambahkan usaha jika belum mencapainya. Jangan sampai anda pula yang tidak puas hati dengan usahawan lain! 

Artikel terbaru

Leave a Reply