ZamZam Corporate Services : Hampir Lemas Di Lautan, Nor Zam Zam Bangkit dan Tak Nak Pandang Belakang Lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
ZamZam Corporate Services

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZamZam Corporate Services Sdn Bhd., Puan Nor Zam Zam Ibrahim sebelum berniaga terlibat dalam bidang perniagaan dan perakaunan dengan pengalaman hampir 20 tahun.

Bagaimanapun, ekoran masalah kewangan malah sampai satu ketika rumah sendiri hampir dilelong beliau mulakan bisnes.

“Waktu itu memang ibarat nak lemas di tengah lautan,” katanya.

Beliau menjadi ‘freelance akauntan’ yang menyediakan service akaun, menyemak pembayaran cukai, menyediakan penyata pencukaian serta perkhidmatan akauntan. Bertahun beliau membina bisnes ‘freelance’ di rumah sahaja.

Namun bisnes yang dijalankan itu lingkup 6 tahun sebelum beliau kembali bangkit dan menyertai Program Mentoring SPIRE pada 15 Mac 2020 beberapa hari sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Beliau tidak mahu lagi buat kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan dan buat separuh jalan saja. Terlalu banyak values dengan mereka sentiasa diajar dgn pelbagai strategi dan teknik berkaitan.

“Saya dikelilingi dengan sahabat-sahabat positif, MenThor dan CAE yang positif. Memang banyak ubah cara kehidupan saya. MasyaAllah,” jelasnya.

Alhamdulillah beliau berjaya sahut cabaran Vice President RichWorks, Tuan Haji Nasrul Hadi sebagai pembakar semangat untuk bina ZamZam Corporate Services sebagai bisnes berjaya dengan menyediakan pejabat yang selesa untuk menjalankan bisnesnya.

Kini beliau telah memiliki 2 buah pejabat akauntan. Dahulu pendapatanya hanya RM1,000 hingga RM2,000 sahaja sebulan. Namun pada 2020 beliau berjaya capai jualan sehingga RM417,000 malah pada Januari 2021 ini saja, beliau telah berjaya capai RM100,000.

Apakah rahsia pencapaiannya ZamZam Corporate Services?

Rahsia yang sentiasa beliau amalkan ialah, sentiasa dan berterusan upgrade ilmu. Buang rasa ego untuk tambah ilmu…

Sebelum ini beliau rasa apa yang beliau buat betul, sehinggalah ditegur Tuan Haji Nasrul. Beliau mula belajar bisnes dengan cara yang betul.

Kejayaan demi kejayaan beliau berjaya kecapi apabila mula”Trust The Process” bersama RichWorks dan upgrade ilmu.

Hasilnya yang dapat dilihat ketika ini, beliau berjaya tingkatkan kepimpinan dan membina team seramai 7 orang, 3 joint venture partners dan 5 orang freelancers. Selain itu, 2 hutang besar yang hampir RM37,000 ribu berjaya diselesaikan.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa