Yakinlah Akan Adanya Pelangi Yang Muncul Selepas Hujan

Yakinlah Akan Adanya Pelangi Yang Muncul Selepas Hujan

Perjalanan hidup manusia tidak selalunya berlaku seperti yang diharapkan.

Kadangkala kita perlu melalui jalan yang bersimpang-siur terlebih dahulu bagi mendapatkan sesuatu yang sangat berharga di penghujungnya kelak.

Ada kalanya kita perlu jatuh untuk bangkit semula dengan lebih hebat nanti. Jangan sesekali mengutuk diri sendiri atas kegagalan yang berlaku tetapi bangkitlah dan perbetulkan kesilapan lalu agar masa depan akan menjadi lebih baik.

Tidak mengapa jika anda gagal. Sebagai manusia kita hanya perlu menikmati semua proses. Yang penting, jangan mengalah.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam kesusahan”. (Surah Al-Balad: 4).

Oleh itu, wajarlah kita sebagai manusia berusaha melakukan tindakan yang boleh menghilangkan penderitaan dan mendatangkan kegembiraan dan kesenangan.

Ingat, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Jika kita tidak melakukannya, kita akan sentiasa dalam penderitaan dan menyalahkan takdir.

Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya supaya mereka mensyukuri nikmat yang dikurniakan.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Apakah dia (manusia) menyangka bahawa tidak ada yang berkuasa atasnya?”

Kita sebagai manusia sering tertanya-tanya mengapa kita tidak mendapat apa yang kita inginkan walaupun bermati-matian kita berjuang untuknya.

Ini dijawab oleh Allah SWT menerusi Surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Selain berusaha, kita juga perlu memohon pertolongan kepada Allah melalui doa dengan penuh kesabaran agar diberikan kekuatan dan ketabahan supaya tidak berputus asa dalam hidup walau sekuat mana pun cabaran yang mendatang.

Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk membina keyakinan diri dan memperbetulkan perspektif kita tentang kegagalan.

Kesan daripada pemikiran positif ini akan membantu kita bangkit daripada kegagalan yang dilalui.

Seperti peperiksaan, bukan mudah untuk lulus ujian demi ujian. Tetapi, di sebalik semua itu kita mesti kekal kuat dan jangan gentar untuk ‘bertarung’ semula.

Jangan terlalu menzalimi dan menyalahkan diri sendiri atas perkara yang telah berlalu.

Meskipun sekarang kita masih ragu-ragu dan masih banyak persoalan yang terlintas di fikiran kita, percayalah satu hari nanti kita akan faham kenapa semua ini terjadi serta mengapa kita alami kesakitan terlebih dahulu. Percayalah, semua ini ada hikmahnya.

Setiap kesakitan ada tujuan. Setiap kesedihan ada maknanya. Jadi jangan berputus asa dan berputus asa. Kesusahan kita sekarang akan menjadi cerita yang boleh kita ingat sampai bila-bila. Kesukaran ini akan menjadi kekuatan untuk kita terus maju pada masa hadapan.

Jangan mudah berputus asa, rezeki yang kita perlukan bukan hanya setakat jualan yang menimbun. Banyak sebenarnya nikmat rezeki lain yang Tuhan berikan yang mungkin kita terlepas pandang selama ini.

Bukan sahaja terkumpul di tempat-tempat yang memudahkan anda melakukan kemaksiatan. Balas jasa anda bukan sekadar kebendaan duniawi, tetapi doa dan amal soleh yang insya-Allah dapat menghindarkan kita dari kehinaan.

Rasa penat, lelah dan kecil hati itu memang menyakitkan tetapi semua orang pasti akan merasainya.

Lepaskan beban yang membebani jiwa serta minda dan biarkan Allah membimbing anda ke jalan yang benar. Percayalah, semuanya akan baik-baik saja.

“Dan kamu tidak dapat (menempuh jalan itu) melainkan jika Allah menghendaki” (Surah At Takwir: 29).

Ayat ini menyatakan bahawa sesuatu tidak akan berlaku melainkan dengan kehendak-Nya.

Perkara yang telah dilalui dan perjalanan yang berharga dapat menjadikan kita lebih matang dalam menjalani kehidupan ini. Jangan berhenti apabila anda berasa letih, tetapi berhenti apabila anda sudah sampai ke destinasi yang dituju.

Ribut dan badai sentiasa menakutkan, tetapi ingatlah bahawa sentiasa ada pelangi yang datang dengan sejuta harapan.

 Setiap doa yang dilangitkan dan usaha yang dilakukan pastinya tidak sia-sia, yakinlah semuanya akan menjadi indah pada waktunya.

Artikel terbaru

Leave a Reply