Wow! Jutawan, Review Mainan Jer Mulanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Review Mainan Jer, Budak Ini Jadi Jutawan

Siapa sangka, idea hanya review mainan dalam Youtube saja sudah boleh jadi jutawan! Apa yang paling menarik, jutawan ini hanyalah seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Pergh… Kau 9 tahun buat ape? Main guli je kan? Ke tengok kartun? Mengaku je lah…

Ryan Kaji dari Texas menjana USD29.5 juta bersamaan RM118.6 juta daripada channel YouTube Ryan’s World yang dijenamakan semula dari Ryan ToyReview pada 24 Oktober 2019.

Penjenamaan semula itu berikutan channel makin diperluaskan dari segi content bukan hanya membuat review mainan tetapi pelbagai video lain seperti mengenai sains, muzik dan banyak lagi.

Review Mainan Jer, Budak Ini Jadi Jutawan

Telatah comel, Kaji dalam setiap video yang dimuat naik dalam channelnya ternyata memberi impak ‘wow’ terhadap penonton yang menontonnya.

Ye lah kan siapa saja yang ada idea hebat macam ni. Kalau anda nak tahu, ibu bapa Kaji berhenti kerja semata-mata untuk memberikan sepenuh perhatian kepada channel anaknya ini.

Apa yang Ryan tonjolkan dalam videonya? Simple saja, beliau hanya menunjukkan cara bermain permainan yang baru sahaja beliau dapatkan. Nampak simple bukan?

Telatah Ryan serta pemilihan mainan yang menarik di setiap episod antara yang membuatkan channelnya kini setakat artikel ini ditulis mempunyai 27.8 juta subscribers.

Jutawan pada usia bawah 10 tahun

Selain itu, anak kelahiran Amerika Syarikat ini juga pernah diiktiraf oleh Forbes sebagai salah satu bintang YouTube yang memperoleh bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2017. Beliau juga antara Youtuber terkaya pada 2018.

Malah pada 2020, menjadi penerima bayaran Youtuber tertinggi buat tahun ketiga berturut-turut.

Mengimbas kembali saat tercetusnya idea fenomena ini berlaku, ibu beliau, Loann bekas guru sains sekolah menengah ini berkata saluran anaknya itu dilancarkan pada bulan Mac 2015 ketika Ryan berusia 3 tahun.

“Kaji menonton banyak saluran mainan. Antaranya saluran kegemarannya adalah EvanTubeHD dan Hulyan Maya kerana mereka selalu membuat banyak video mengenai Thomas the Tank Engine dan dia menjadi serba tahu mengenai Thomas”

“Suatu hari, dia bertanya kepada saya, ‘Kenapa saya tidak ada di YouTube sedangkan kanak-kanak lain ada?’ Jadi kami membuat keputusan bahawa ya, kita boleh buat itu”

Mereka kemudiannya membawanya ke kedai untuk mendapatkan mainannya yang pertama – ia adalah satu set kereta Lego – dan semuanya bermula dari situ”

Loann Kaji

Pada mulanya, salurannya itu tidak mendapat perhatian, namun ketika beliau memaparkan video dia mengkaji permainan Surprise Egg Giant, sekaligus mencetuskan fenomena. Sejak itu, beliau telah membuat banyak ulasan harian mengenai mainan dan makanan baru untuk kanak-kanak.

Hebat bukan? Hanya menggunakan media soaial Youtube sahaja, beliau sudah boleh menjadi jutawan. Apa yang anda boleh pelajari dari anak kecil ini?

1. Usaha, jangan pernah putus asa!

Ramai usahawan yang berniaga akan cepat putus asa bila perniagaan mereka mula goyang. Asal barang tak laku, menyerah kalah. Lepas itu tanam anggur depan rumah!

Anda tak boleh begini. Apabila anda masuk ke medan perang berniaga ini, anda perlu kuat harungi halangan musuh yang cuba menjatuhkan tanah jajahan anda!

Anda lihat sendiri apa yang berlaku pada Kaji. channelnya dulu tak ada siapa pun yang sudi tengok, tapi anda lihat sekarang, beliau sudah pun mempunyai 12.2 bilion viewers! Jadi jangan putus asa dan teruskan apa yang ada lakukan sekarang dan perbaiki dari semasa ke semasa.

2. Idea menarik dan lain dari lain

Apa yang dibuat oleh Kaji adalah antara satu idea simple saja, namun dengan cara dan strategi yang berlainan membuatkan ia lebih menonjol. Anda boleh nampak tak apa kaitannya dengan bisnes? Anda boleh cuba tonjolkan kelainan pada produk atau perkhidmatan anda sekarang.

“Eh itu bukan produk aku, buat apa aku nk tonjolkan pulak?” Jangan sesekali cakap seperti ini. Walaupun produk yang anda jual sekarang ni bukan produk anda sendiri, anda perlu cari sesuatu yang boleh menampakkan produk anda itu lain dari lain. Barulah orang boleh nampak anda.

Apa yang dapat simpulkan di sini adalah anda perlu sentiasa kreatif dan jangan cepat putus asa dengan apa yang berlaku terhadap perniagaan anda. Anda perlu sentiasa berfikir macam mana nak tambah baik lagi bisnes yang dijalankan dari segi inovasi yang penting, penyampaian dan bermacam lagi.

Seperti Kaji, dia menjenamakan semula channel dari Ryan ToyReview kepada Ryan’s World dibuat berikutan tahu potensi yang ada dan mahu memberikan lebih nilai kepada subscribers.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang