Guna Tak Pemasaran Word Of Mouth? 5 Strategi Berkesan Untuk Usahawan

Word Of Mouth

‘Word of mouth’ marketing? Pernah tak anda dengar teknik marketing menggunakan ‘word of mouth’ ni? 

Sebelum anda baca lebih lanjut, jom kita kenal dulu dengan ‘word of mouth’ ni. Menurut website Investopedia, ‘word of mouth’ marketing apabila seseorang pelanggan tu berminat dan sukakan produk anda, mereka akan sentiasa sebut nama produk anda apabila mereka bercakap dengan orang sekeliling.

Anda tak bayar pun mereka ni untuk buat promosi produk anda. Tapi, mereka dengan sendirinya akan promosi produk anda sebab mereka sangat berpuas hati guna produk atau servis yang anda jual. 

Promosi ni bukan sahaja face to face, tapi mereka juga gunakan media sosial.

Contohnya, kalau dulu muka anda ni penuh dengan jerawat. Tapi, selepas guna produk kosmetik syarikat Minah, jerawat anda hilang. Apabila dah jadi macam ni, anda pun perkenalkan lah produk Minah ni kepada kawan-kawan anda yang ada masalah sama.

Rasa macam best kan marketing ni.

Jom baca selanjutnya di sini untuk ketahui strategi berkesan pemasaran ‘word of mouth’.

5 strategi pemasaran ‘‘word of mouth’:

1. Pelanggan percayai pelanggan yang lain

Kita akan percaya keberkesanan sesuatu produk bila orang yang paling dekat dengan kita, adalah bukti terbaik produk tersebut. Betul ke betul? Sebab tak semua orang percaya kepada testimoni pelanggan.

Bila usahawan menggunakan testimoni menggunakan teks mesej atau gambar, ia mungkin boleh menipu pelanggan. Tapi, sekiranya kawan anda sendiri yang guna dan ia berjaya beri perubahan kepada mereka, anda mungkin akan lebih percaya.

2. Gunakan selebriti atau orang berpengaruh

Perasan tak, ada sesetengah syarikat menggunakan selebriti atau orang-orang yang terkenal untuk promosi produk mereka. Ini kerana, bila orang tu dah berpengaruh dan terkenal, mereka akan ada ramai pengikut. Jadi, pengaruh selebriti ini akan mempengaruhi peminat-peminat mereka.

3. Pemasaran yang hampir percuma

Kadang-kadang, ‘word of mouth’ marketing ni, tak memerlukan bajet yang besar pun. Ada yang tak memerlukan kos langsung. Ini kerana, apabila anda memasarkan produk anda menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube atau Instagram, anda telah gunakan zero kos marketing. Tambahan pula, bila anda guna teknik copywriting dan buat live video, lagi ‘berperisa’ la bisnes anda.

4. Jangan tipu pelanggan anda

Secepat mana pun anda nak capai target, nak dapat pelanggan dan nak perkenalkan produk anda, jangan sesekali tipu pelanggan anda. Sekiranya anda berniaga menggunakan media sosial, pastikan apa yang anda promosi, itu yang pelanggan akan dapat. Sama juga dengan harga, jangan tipu pelanggan dengan harga yang anda tawarkan.

Dan jangan juga buat promosi dengan menggunakan fake testimonial pelanggan. Ini kerana, pendapatan yang anda perolehi akan anda guna untuk diri anda, keluarga dan sebagainya.

5. ‘Word of mouth’ cipta referral

Apabila anda menggunakan teknik marketing ‘word of mouth’, ia juga boleh dijadikan referral oleh pelanggan anda. 

Contohnya, jika anda nak cari tempat makanan yang best di area Shah Alam, anda akan dapatkan maklumat melalui Google atau bertanya dekat orang sekeliling. Betul ke betul?

Kalau anda Google, anda akan dapat maklumat tersebut melalui blog atau Facebook. Jadi, referral anda untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah blog atau Facebook. Sekiranya kawan anda yang beritahu, jadi referral anda adalah kawan anda tersebut.

Sebelum akhiri strategi word of mouth ni, kami kongsikan kata-kata seorang tokoh hebat, Walt Disney yang berjaya membina empayar perfileman sebelum ini.

Katanya, lakukan apa yang terbaik yang ada hingga buatkan orang lain tidak dapat tahan untuk bercerita kepada orang lain tentang anda!

“Do what you do so well, that people can’t resist telling others about you.” Walt Disney 

Artikel terbaru

5 Comments

Leave a Reply