7 Jenis Content Yang Paling Disukai Di Media Sosial

Semuanya bermula dengan content atau kandungan yang anda nak keluarkan secara tulisan, gambar mahupun video di pelbagai platform termasuk media sosial.

Hari ini kami nak kongsikan ilmu tentang content dan posting di media sosial dengan anda kerana kami tahu ramai yang suka berniaga online tapi tak tahu apa nak ditulis atau di muat naik di laman sosial anda.

Betul tak?

Tak kira apa pun jenis bisnes anda contohnya pakaian, makanan, produk kecantikan, produk kesihatan dan macam-macam lagi, anda boleh gunakan ilmu yang kami nak kongsi di sini.

Anda nak tahu, apa jenis content yang selalu disukai oleh Followers dan Likers di media sosial anda? Tahu tak apa maknanya content? Content adalah isi kandungan atau apa yang anda kongsikan di laman media sosial anda.

Content adalah penting kerana dengan content marketing yang betul, atau penggunaan content yang betul anda akan dapat tarik pelanggan yang betul untuk setia mengikuti posting di laman sosial anda.

Kami nak kongsikan jenis content yang paling disukai di media sosial.

7 jenis content paling disukai di media sosial:

1. Hiburan.

Ramai orang sukakan hiburan. Sebab itu banyak video lucu, video viral, posting lucu, dan banyak lagi yang berbentuk hiburan akan mendapat likes, komen dan di share oleh ramai orang.

Adalah lebih bagus jika anda boleh kongsikan posting berbentuk hiburan dengan sedikit ilmu dan perkongsian yang bermakna. Supaya, tidaklah ianya sia-sia dan jadi sesuatu yang membuang masa. Anda boleh juga selitkan sedikit tips tapi ditulis dalam bentuk hiburan.

2. Inspirasi.

Kisah inspirasi selalunya mendapat sokongan dari ramai orang. Ini kerana selalunya bila kita baca kisah inspirasi ianya akan menerbitkan pelbagai emosi seperti kasihan, sedih, gembira dan yang paling penting ianya akan buat pembaca rasa, “Eh! Cerita aku pun lebih kurang sama dengan dia.” Atau “Eh, aku ingat aku je yang alami semua tu, ada juga orang lain yang hadapi kisah sama.’

Bila terbit rasa kesamaan, mereka akan lebih suka dan Follow dan Likes kita. Dan, mereka juga akan share dengan lebih ramai orang lain.

3. Ilmu.

Cuba cek diri anda sendiri, posting yang macam mana yang anda selalu Likes dan tercari-cari? Perasan tak? Ramai orang suka share Tip, Resipi, Panduan, dan macam-macam ilmu lagi yang mereka dapat di Media Sosial.

Ye..ramai orang sukakan posting berbentuk ilmu. Apa yang kami tulis sekarang ini juga adalah berbentuk ilmu dan anda sedang membacanya.

4. Perbualan.

Pernah tak cuba berkomunikasi dengan followers anda tapi bukan melalui Private Message tetapi melalui ‘content’ yang anda tulis itu sendiri?

Kadang-kdang, ramai orang baca apa yang kita tulis tapi mereka tak dapat nak berkomunikasi dengan kita selain dari tekan Like sahaja.

Dengan content marketing yang betul, kita dapat buat engagement dengan followers dan mereka akan mula berkomunikasi dengan kita.

Apa yang anda boleh buat ialah cuba tanya mereka soalan, minta mereka beri pandangan dan idea, dan macam-macam lagi.

5. Connection.

Followers kita suka bila mereka rasa ada connection dengan kita atau bila mereka tahu sedikit rahsia kita. Datuk Wira Dr Azizan kata, bila anda mula berniaga, anda tak akan dapat lari dari menjadi selebriti atau terkenal.

Kerana, dengan online presence yang baik, orang akan dapat rasa mereka nak lebih rapat dengan kita.

So, apa yang kita perlu buat ialah, kita boleh mulakan dengan dedahkan sedikit kisah belakang tabir hidup kita, preview produk terbaru, tunjukkan gambar kilang, pekerja, ahli keluarga dan ini akan menjadikan mereka rasa rapat dengan kita.

6. Promosi.

Hampir semua orang sukakan promosi, tawaran, diskaun harga dan sebagainya. Jadi anda juga boleh jadikan ini sebagai salah satu posting anda.

Sebelum anda nak umumkan tawaran, anda boleh juga buat posting teaser untuk tarik attention mereka. Contoh, poster teaser seperti, 3 hari lagi sebelum promosi gila-gila. Ini akan buatkan dari awal orang dah ternanti-nanti posting anda.

7. Berita.

Berita terkini atau breaking news, menjadi salah satu content yang digunakan ramai orang bagi menarik perhatian orang ramai mengenai sesuatu perkara atau isu tertentu.

Anda boleh saja share laporan-laporan berita yang penting di samping memberikan ulasan kepada berita berkenaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply