Walau Buta, Puan Mashy Tetap Bertenaga Kongsi Pengalaman & Nasihat Buat Bangsa Usahawan di Johor

Walau Buta, Puan Mashy Tetap Bertenaga Kongsi Pengalaman & Nasihat Buat Bangsa Usahawan di Johor

Alhamdulillah, 10X Bina Bisnes Berjaya di Johor Bahru telah melabuhkan tirainya pada Sabtu dan Ahad lalu (25 & 26 November 2023).

Terima kasih atas diri mereka yang komited untuk memastikan bisnes dijalankan berjaya dan mampu pergi ke tahap lebih tinggi.

Bukan sekadar usahawan dari sekitar Johor, Melaka termasuk dari negara jiran, Singapura bahkan ada datang dari Kedah, Selangor, Perak, Brunei dan Sabah hadir untuk menimba ilmu serta panduan daripada Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Mereka ini bukan saja dapat ilmu daripada Dr. Azizan bahkan perkongsian pakar & speaker RichWorks yang berpengalaman ditambah peluang networking bersama usahawan jutawan bimbingan kami sendiri.

Salah seorang yang berkongsi pengalaman dan menjawab persoalan-persoalan peserta adalah Puan Masitah Mohd Affandy atau lebih dikenali sebagai Puan Mashy, salah seorang ahli kumpulan bimbingan elit RichWorks, Titanium.

Meskipun dua hari sebelum Ramadan tahun ini, Puan Mashy diuji dengan kemalangan hingga seorang kakitangannya meninggal dunia dan beliau hilang penglihatan.

Peluang kedua diberikan Allah SWT nak digunakan sebaiknya untuk beliau dapat terus memberikan manfaat kepada keluarga, team dan masyarakat keseluruhannya.

Bila ditanya bagaimana beliau berdepan dengan ujian berat tersebut, kata Mashy melihat ia sebagai ‘gurauan’ daripada Allah SWT.

“Saya tak nak sia-sia peluang kedua diberikan Allah untuk terus berbakti dan menjadi manusia yang bermanfaat. Datuk Wira selalu ingatkan anak muridnya dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.” (HR Ibn Hibban).

“Ketika saya dikatil hospital, Datuk Wira call saya mengatakan saya kena kuat dan pasti ada sebab Allah uji saya serta masih beri peluang untuk terus bernafas lagi,” katanya ketika Networking Session di 10X SME Bina Bisnes Berjaya, Johor Bahru baru-baru ini.

Puan Mashy sempat menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan usahawan-usahawan yang hadir dalam program itu.

Bila ditanya, bagaimana beliau dapat kekal energi dan dapat bangkit semula meskipun dengan ujian yang cukup besar dihadapinya, Mashy menjawab, dia trust the process dan setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya dan pasti sesuatu Allah nak beliau lakukan.

“Seperti dikongsikan Datuk Wira, untuk usahawan boleh pilih untuk SWITCH bagi naikkan energi mereka.

“Saya ada pilihan untuk terus bersedih, duduk di rumah dan tak buat apa-apa tapi saya pilih untuk bangkit terus mengembangkan bisnes agar dapat bantu bukan saja team saya bahkan orang lain,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bila ditanya apakah yang Datuk Wira dan RichWorks bantu usahawan sebenarnya, Mashy beritahu, aspek paling penting yang beliau perolehi adalah leadership.

“Untuk berjaya dalam bisnes, kita perlu boleh menguruskan team agar align bahkan bersama-sama dalam perjuangan yang dibawa.

“Leadership yang bagus dapat mempengaruhi team untuk bersama-sama berjuang dalam mencapai matlamat yang disasarkan.

“RichWorks bukan hanya menyokong soal marketing dan bisnes semata-mata, bayangkan sesi kami sudah bermula seawal selepas subuh, jam 6.30 pagi. Kami mulakan dengan bacaan ratib kemudian juga ada sesi soal jawab agama dengan Ustaz Umar Aziz (VP Spirituality Advisor & Religious Affairs RichWorks) selain sesi Weekly Focus bersama Datuk Wira setiap minggu,” jelasnya.

RichWorks menyediakan bimbingan holistik buat bangsa usahawan dalam membina bisnes yang berjaya melalui panduan ilmu, strategi dan formula yang terbukti sudah membantu ramai usahawan menyaksikan peningkatan dan pergi ke tahap lebih tinggi.

Jika anda juga usahawan yang komited dan serius nak menyaksikan bisnes bukan saja bertahan, bahkan berkembang lagi. Pastikan dapatkan sokongan RichWorks dalam merealisasikan impian anda melalui bisnes yang diusahakan selama ini.

Anda boleh melakukan sendirian ataupun mendapatkan sokongan kami agar dapat dibimbing secara dekat umpama Waze yang menunjukkan jalan yang lebih cepat untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Hanya berbaki sebulan lebih 2023 akan menutup tirainya dan apakah persediaan anda, sebagai usahawan untuk memastikan bisnes sedang dijalankan dapat terus berkembang dan berjaya, insya-Allah.

Sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan, hubungi team RichWorks dengan klik di sini.

[ https://richworks.com/wasap ]

Artikel terbaru

Leave a Reply