Betul ke jadi usahawan tiada masa depan? Malah jadi usahawan merupakan pilihan yang terakhir bagi seseorang selepas tidak ada pekerjaan, tidak dapat melanjutkan pengajian dan macam-macam lagi.
Keusahawanan suatu ketika dulu tidak menjadi pilihan kerjaya seseorang malah keluarga sendiri tidak melihat bisnes sebagai peluang untuk menjana pendapatan yang baik.
Dulunya terutama bagi Bumiputera, ibu bapa kita kebanyakan akan berpesan untuk bekerja dengan Kerajaan yang dilihat lebih selamat dan terjamin.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa keusahawanan merupakan sesuatu yang susah, berisiko dan tak terjamin berbanding ‘makan gaji’ dengan orang lain terutama menjadi kakitangan kerajaan yang ada pencen.
Hal ini disebabkan terdapat kepercayaan karut ramai orang yang mana bisnes ini susah.
“Bisnes tak mudah sebenarnya, kalau you tak ada MenThor yang terbukti proven success.”
“Bisnes itu tak mudah, kalau you tidak committed to the right mentoring, the right process and the right training.”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Bagaimanapun, dari semasa ke semasa kita sudah dapat melihat peningkatan minat dan penyertaan golongan belia dalam keusahawanan.
Apatah lagi, banyak bukti dalam RichWorks yang berpengalaman dalam latihan dan bimbingan keusahawanan sejak 2008 – melahirkan usahawan berjaya terutama Bumiputera.
Ramai usahawan berjaya mendapatkan RM1 juta pertama mereka dalam tempoh hanya sekitar 6 bulan hingga 1 tahun saja. Apatah lagi nilai jualan 777 usahawan yang mengikuti Program Mentoring Spire & Titanium RichWorks berjumlah lebih RM2 bilion pada tahun lalu.
Kelebihan Seorang Usahawan
Sebagai usahawan, anda bukan saja boleh mendapatkan pendapatan yang dimahukan bagi menyara diri dan keluarga malah dapat membantu orang lain dengan peluang pekerjaan dicipta.
Seseorang usahawan boleh menjadi insan yang banyak memberikan manfaat kepada orang lain dengan sumbangan atau bantuan diberikan kepada golongan memerlukan, zakat dan sebagainya. Bukankah sebaik-baik manusia adalah mereka paling beri manfaat kepada yang lain.
Usahawan juga boleh mendapatkan kebebasan kewangan dan masa bila sampai pada satu tahap yang mana team bisnes mereka boleh bergerak sendiri tanpa memerlukan pemantauan setiap masa.
Malah Kerajaan pada Julai 2019 melancarkan Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 dengan objektif dasar bagi mewujudkan satu ekosistem keusahawanan holistik dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.
Bukan itu saja, ia mahu menjadikan sektor perniagaan sebagai kerjaya pilihan bagi rakyat Malaysia. DKN 2030 dilancarkan sebagai pelan hala tuju bagi meningkatkan bilangan usahawan yang lebih berkualiti serta mempunyai pemikiran global dan kompetitif.
Anda Pilih, Usahawan Tiada Masa Depan Atau Sebaliknya
Semuanya terletak kepada diri kita sendiri, untuk menjadi usahawan yang dapat membina masa depan yang lebih baik atau sebaliknya. Jangan sabotaj diri sendiri, berterusan berikan alasan dan hadkan ‘kepercayaan’ anda untuk berjaya. Jangan pula ‘hangat-hangat tahi ayam’, buat sampai habis.
“Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu, dan buat yang terbaik sampai habis!”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Sehubungan itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memang nak membimbing lebih ramai orang di luar sana untuk menjadi usahawan yang mampu bina bisnes yang berjaya.
RichWorks nak bantu usahawan untuk mempunyai masa depan yang gemilang bukannya menjadi usahawan tiada masa depan!
3 Comments
In Shaa Allah..soon..Aamiin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya Zool Ihsan berasal dari Selangor tapi menetap di Singapura sekarang. Saya memang berminat untuk berniaga tetapi tidak tahu apa perniagaan yg boleh saya lakukan. Saya berkerja untuk SIA tetapi sudah hampir setahun tidak ada penerbangan (hanya dapat berlayar 3 ke 4 kali dalam masa pandemic). Saya masih menetap di Singapura bersama keluarga dengan 2 orang anak yg berusia 10 dan 14 tahun. Saya sangat sangat mengharapkan bantuan jika sesiapa didalam Team RichWorks dapat membantu saya. Saya benar benar tidak tahu apa yg harus Saya lakukan sekarang. Ibu saya yg beraya di Banting, Selangor baru sahaja keluar hospital. Saya benar benar memerlukan pertolongan. Saya mendoakan Team Richworks berjaya dunia akhirat untuk semua pertolongan yg telah anda semua berikan kepada rakyat2 Malaysia. Saya berharap kalau sesiapa dapat menghubungi saya dengan whatsapp atau whatsapp call di +65 94316276. Salam kepada semua disana.
alhamdulillah..tq sharing