Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Bermanfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain

Rasanya kebanyakan daripada kita mesti pernah mendengar orang mengatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain. Sabda Nabi Muhammad SAW :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, mereka dimuliakan ALLAH SWT ialah manusia sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah Subhanahuwata‘ala mahupun di sisi manusia.

Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya?

Adakah tindakan yang dibuat anda sesuatu yg mendatangkan kebaikan bukan saja kepada diri malah orang lain?

Manfaat ini juga bukan saja terhad kepada pemberian fizikal seperti wang atau barangan tapi boleh juga dengan pertolongan tenaga, masa, perkongsian ilmu dan lain-lain.

Bergantung kepada kemampuan masing-masing, kita semua boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Bahkan jika anda mempunyai lebih rezeki dan kaya, bukankah ia boleh digunakan untuk membantu lebih ramai orang lain?

Kita boleh berikan lebih banyak sumbangan kepada mereka yang memerlukan, mencipta peluang pekerjaan melalui bisnes dijalankan, bersedekah dan sebagainya.

Sebagai usahawan, kita akan dapat membantu lebih ramai orang melalui produk atau servis yang diberikan. Bukan itu saja, bisnes dijalankan boleh membantu orang lain untuk mendapatkan pekerjaan.

Malah orang lain juga boleh menjana pendapatan tambahan melalui sistem ejen serta dropship yang dilakukan oleh sesebuah bisnes.

Lebih banyak usahawan untuk membantu team dan ejen atau dropshipper berjaya, usahawan itu juga akan mendapat manfaat dengan bisnes semakin berkembang.

Bagaimanapun sebagai usahawan yang berjaya nanti, ada cabaran yang mereka yang berlainan. Mungkin kita boleh ikuti nasihat daripada Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail yang lebih dikenali dengan gelaran TMJ yang tular baru-baru ini.

Tengku Mahkota Johor

TMJ sering berkongsikan kehidupan mewahnya di Instagram yang dilihat akan memberikan inspirasi malah mungkin menjadi impian kepada orang yang melihatnya.

Begitu juga kepada seorang usahawan dalam circle Titanium, Tuan Asyraf Khalid yang dilihat juga beimpian untuk menjadi kaya dan berjaya seperti TMJ.

Beliau baru-baru ini membuat komen dalam akaun Instagram TMJ yang kemudian menjadi tular dan bualan orang ramai :

“Style! Anda adalah inspirasi bagi saya. Suatu hari nanti, saya ingin menjadi kaya dan berjaya seperti anda, InsyaAllah”

Asyraf Khalid

Tidak berhenti di situ, TMJ kemudiannya membalas kembali dengan memberikan nasihat yang membuatkan pengikutnya dan orang ramai tertarik dengan sifat rendah diri yang ditampilkan beliau.

“@asyrafkhalid, terima kasih. Semua ini hanya sementara. Kurniaan Allah. Apabila saya telah tiada di muka bumi ini, tiada satu pun boleh saya bawa ke kubur apabila tiba masanya.
“Saya melihat kekayaan yang saya miliki adalah sebagai ujian dari Allah untuk hambanya. Sama ada saya mengingati Allah atau tidak, adakah saya masih bersedekah dan menolong orang miskin, yang penting adalah tetap bersyukur dan tidak pernah lupa melakukan kebaikan.
“Hakikatnya, wang adalah sekadar sehelai kertas. Jiwa yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia. Salam.”

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Apa yang kita boleh belajar daripada nasihat dan pesanan TMJ ini?

Jadi manusia yang lebih bermanfaat kepada orang lain

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Bermanfaat

Bahawa hidup ini hanyalah sementara, tiada yang kekal melainkan Allah SWT. Kekayaan dikecapi di dunia perlulah digunakan dengan sebaiknya dengan memberikan lebih manfaat kepada orang lain tanpa terlupa dan rasa syukur kepada Yang Maha Esa.

Justeru itu, sebagai usahawan kita juga tidak boleh lupa akan Allah SWT. Sebagai hamba, kita perlu mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Segala usaha dan tindakan dilakukan untuk mencapai hasil yang dimahukan semua atas ketentuan Allah SWT. Yakin dan percayalah dengan apa yang berlaku dan keputusan diperolehi pasti ada hikmahnya.

Bagi mereka yang baru nak mulakan bisnes anda boleh mulakan dahulu dengan seboleh-bolehnya dapatkan ilmu, sistem dan MenThor agar mengelakkan daripada melakukan kesilapan dan perkara yang melambatkan perkembangan bisnes.

Jadi siapa di sini yang mahu menjadi orang paling bermanfaat bagi orang lain?

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang