Usahawan, Tak Perlu Bersusah Payah! Kini AI Akan Bantu Anda Menulis Emel

Usahawan, Tak Perlu Bersusah Payah! Kini AI Akan Bantu Anda Menulis Emel

Semasa persidangan I/O Google 2023 yang lalu, Sundar Pichai, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, mengumumkan bahawa gergasi carian itu melancarkan “Help Me Write” bahagian ciri Gmail yang dikuasakan AI yang boleh menjana respons kepada emel.

Dalam demonstrasi aplikasi itu, Pichai menggunakan “Help Me Write” untuk membalas e-mel yang mengatakan bahawa penerbangan seorang pelanggan telah dibatalkan.

Kemudian beliau memilih ikon dan memasukkan “minta bayaran balik penuh untuk penerbangan yang dibatalkan ini” dalam kotak pilihan.

Draf respons telah dijana dan merangkumi semua butiran yang berkaitan daripada nota syarikat penerbangan dan permintaan bayaran balik yang diingini.

Tidak berpuas hati dengan hasilnya? Aplikasi ini mempunyai butang yang membolehkan pengguna “memperhalusi” surat itu dengan ciri seperti “formalize”, “elaborate” dan “shorten”.

Ciri itu, yang telah dilancarkan pada Mac lalu kepada testimoni terpilih merupakan antara fungsi AI generatif yang Google gunakan untuk mengemas kini alatan sedia ada dalam Workspace Suite.

Selain itu, Google akan menyepadukan ciri AI yang boleh memberi saranan dan ‘proof read’ teks dalam Dokumen, menjana imej, audio dan video dalam Slide serta menganalisis data dalam Sheets.

Ciri ini akhirnya akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan “Duet AI for Workspace” Google buat testimoni terpilih. Walau bagaimanapun, Google belum memberikan kata putus mengenai waktu untuk orang ramai bakal mengakses fungsi ini.

Ciri baharu ini datang beberapa bulan selepas Google mula-mula melancarkan versi beta Bard, saingan ChatGPT sebagai pilihan buat pengguna apabila persaingan AI mulai berkembang di kalangan syarikat Big Tech.

Dengan adanya fungsi sebegini, maka makin mudahlah rutin harian anda sebagai seorang usahawan, bukan?

Artikel terbaru

Leave a Reply