Usahawan Perlu Tahu 6 Perkara Ini Untuk Kembangkan Kemahiran Kepimpinan

Usahawan Perlu Tahu 6 Perkara Ini Untuk Kembangkan Kemahiran Kepimpinan

Pernah tak anda perhatikan team yang bekerja di bawah organisasi anda, mereka seakan-akan tidak bersemangat untuk melakukan tugasan hakiki? Walau bagaimanapun, tugasan yang diberi mampu disiapkan dengan baik. 

Sebagai pemimpin, tanya pada diri sendiri bagaimana anda boleh memberi suntikan semangat kepada team anda. Secara tidak langsung akan timbul rasa tanggungjawab untuk meningkatkan kepimpinan anda.

Apa itu kemahiran kepimpinan?

Maksud kepimpinan sangat luas dalam memberi tumpuan kepada keupayaan untuk memberi inspirasi agar capai matlamat bersama. 

Dalam mana-mana organisasi, kemahiran kepimpinan sangatlah penting untuk menjadikan team kuat dan mampu selesaikan tugas dengan efisien. 

Kemahiran kepimpinan setiap orang berbeza-beza. Ada yang menonjolkan kesabaran, empati, mendengar dengan baik atau mengambil risiko dalam membuat keputusan. 

Walau apapun kekuatan yang anda tonjolkan, membangunkan kemahiran kepimpinan adalah tiket untuk capai keberkesanan kepimpinan yang lebih tinggi di tempat kerja.

Ianya bukan sahaja untuk kerjaya, malah boleh meningkatkan kehidupan peribadi kerana secara tak langsung anda akan belajar tentang komunikasi dan membina hubungan dengan orang lain yang dipanggil kecerdasan emosi.  

Membangunkan kemahiran kepimpinan juga membolehkan anda berkembang sebagai seorang individu. Ia adalah proses untuk memanfaatkan bakat semulajadi untuk memberi inspirasi kepada orang lain. 

2 langkah kenal pasti kekuatan dan kelemahan kepimpinan

1. Tentukan gaya kepimpinan anda

Memahami gaya kepimpinan anda membuka pintu untuk membina kemahiran pengurusan selaras dengan sifat sebenar anda. Dengan ini anda lebih bersedia untuk mempelajari cara meningkatkan kemahiran kepimpinan. 

Setiap pemimpin ada kalanya pasti akan kurang keupayaan untuk membuat perancangan dan tindakan susulan. Daripada hanya menerima, lebih baik komited untuk usaha perbaikinya.

2. Nilai diri sendiri dengan jujur

Jika anda tahu kelemahan anda, anda tahu bagaimana untuk menanganinya. Untuk itu, anda mesti jujur dalam menilai diri sendiri. Selain itu anda juga boleh minta orang lain untuk menilai kepimpinan anda. Kepimpinan yang boleh ditambah baik seperti berikut.

  • Membina empati
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi
  • Membuat keputusan yang sukar
  • Melepaskan tugasan kepada team
  • Memberi kritikan yang membina

Cara usahawan tingkatkan kemahiran kepimpinan

1. Buat rancangan

Anda perlu bersedia untuk mengambil tindakan besar-besaran dengan membuat perancangan yang seiring dengan gaya kepimpinan anda. 

Kenalpasti kelemahan dan buat rancangan untuk atasnya. Dengan usaha yang berterusan, anda akan mula menonjolkan kemahiran kepimpinan yang memudahkan proses kejayaan.

2. Bersemangat

Semangat adalah usaha yang tidak pernah putus asa. Tanpa semangat anda akan berhenti berinovasi. 

Tunjukkan semangat dalam setiap perkara yang anda lakukan termasuk dalam usaha mengembangkan kemahiran kepimpinan. 

Keinginan yang jelas akan memberi inspirasi kepada team untuk turut sama meningkatkan kemahiran kepimpinan.

3. Tetapkan dan usaha untuk capai matlamat

Luangkan masa untuk tetapkan matlamat dan mengukuhkannya. Anda perlu ada penanda aras yang menjadi peta penunjuk arah jalan untuk mencapai matlamat anda serta metodologi yang akan membimbing perniagaan anda setiap minggu, bulan, tahun, dekad dan seterusnya. 

Sebaik sahaja anda berjaya capai matlamat tertentu, jangan berhenti setakat itu. Usaha untuk capai matlamat yang lainnya. 

Setiap kejayaan dan usaha anda adalah untuk pekerja dan mereka akan berasa bangga.

4. Jangan takut gagal dan ‘move on’

Adakah pemimpin yang baik tidak pernah melakukan kesilapan? Setiap orang akan melakukan kesilapan. Malah pemimpin yang paling hebat dunia sekalipun pernah membuat kesilapan. 

Jujur dan akui kesilapan anda, cari jalan untuk membetulkannya. Berbincang dengan team untuk sama-sama membetulkan kesilapan tersebut. 

Kadang-kadang, pemimpin juga perlu belajar daripada team. Dengan merendah diri, team akan yakin dan percaya anda mampu memimpin dengan baik dan belajar dari kesilapan mereka juga.

5. Pemimpin adalah sumber inspirasi

Pemimpin yang suka merungut akan dipandang serong oleh pekerja berbanding pemimpin yang sering usaha untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan mereka. 

Inspirasi adalah kepercayaan dan keinginan team untuk menjadi seperti anda. Pekerja yang merasakan majikan ragu-ragu dengan kebolehan mereka, mereka akan rebel. 

Jadi, percayalah kepada kebolehan team. Tegur apa yang perlu untuk perbaiki kualiti kerja. Beri inspirasi untuk mereka kerja keras capai tahap lebih tinggi.

6. Kenal pasti apa tujuan matlamat anda

Ada usahawan mahukan hasil jualan yang lebih besar, tapi mengapa? Tak kan sekadar nak beri yang terbaik kepada keluarga. 

Mungkin dengan keuntungan yang lebih besar membolehkan anda untuk membantu lebih ramai orang atau mungkin anda nak lakukan perubahan yang positif dalam industri. 

Tujuan yang lebih besar membolehkan anda menjadi pemimpin yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan serta sumber inspirasi kepada orang lain.

Kerja keras bawa kejayaan

Sambil mengasah skill kepimpinan, secara tak langsung anda mengukuhkan usaha capai matlamat sendiri. 

Orang di sekeliling akan melihat usaha dan semangat ini setiap hari yang menggerakkan mereka berusaha membangunkan kemahiran kepimpinan yang sama.

Artikel terbaru

Leave a Reply