5 Cara Kembali Tersenyum Dan Bersemangat

5 Cara Kembali Tersenyum Dan Bersemangat

Kerja sedang banyak, tapi rasa tak ada mood. Nak senyum dengan pelanggan pun rasa terpaksa. Nak balas WhatsApp pun tolak telefon ke tepi.

Bila ditimpa kesusahan, kita kena cuba keluar daripada cabaran tersebut. Ya, kita sendiri. Bukan orang lain.

Jangan risau. Kalau anda rasa sedih cuba buat perkara ini untuk rasa ceria dan bahagia.

1. Ubah mindset

Mindset yang positif akan menjadikan kita seorang yang positif dan bahagia. Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila bangun tidur ialah set mindset anda untuk perkara-perkara yang positif.

Setiap kali bangun tidur, katakan pada diri ‘Hari ini hari terbaik aku. Aku ingin senyum dan bahagia sepanjang hari. Aku tak mahu sedih’.

2. Bersyukur

Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.

Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak yang terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi sosial, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.

3. Manjakan diri

Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri. Anda boleh ke spa, mengurut, beli-belah, mencuba makanan di kafe-kafe baru dan macam-macam lagi. Lebih elok lagi kalau anda dapat merancang percutian, tidak kiralah di dalam atau luar negara.

Rehat di rumah, masak makanan kegemaran, layan Netflix atau rancangan kesukaan itu juga boleh membantu anda untuk ceria dan gembira.

4. Hubungi insan tersayang

Mungkin hari ini, macam tak ada mood nak buat kerja di pejabat.

Ambil telefon dan hubungi insan tersayang. Dengan kata-kata positif seperti, “I love you, awak adalah yang terbaik” akan buat anda kembali gembira dan bersemangat.

5. Mengingati Allah SWT

Sistem saraf, jantung dan semua bahagian tubuh bertindak balas terhadap apa yang kita fikirkan.

Keresahan dalam benak fikiran akan mewujudkan tekanan dan menjejaskan kesihatan.

Justeru, mengingati Allah SWT secara sedar membantu mengubah diri. Sekiranya kita melakukannya secara konsisten, kita akan sentiasa merasa dilindungi dan dikasihi.

Pada akhirnya, ia mewujudkan kedamaian dan ketenangan yang dapat membantu mengawal tekanan dan keresahan.

Bangsa usahawan perlu selalu ada ‘high energy’ dan positif. Jangan selalu sangat berduka cita, macam mana nak capai cita-cita? 

Artikel terbaru

Leave a Reply