Bisnes online, 4 tip pikat hati pelanggan

Bisnes online, 4 tips pikat hati pelanggan

2023, perniagaan secara dalam talian semakin rancak dan berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Tak perlu nak sewa kedai, sesiapa sahaja boleh mulakan bisnes secara dalam talian.

Mungkin ramai yang mahu mencuba dan tambah pendapatan dengan trend perniagaan ini.

Malah, perniagaan model tradisional pun mesti melakukan transformasi ke arah digital supaya tak ketinggalan dan selari dengan kehendak semasa.

Tapi mudah ke nak pikat hati pelanggan? Kita bukan nampak pelanggan depan-depan. Tak tahu dia sedang marah atau gembira.

Jom baca tips pikat hati pelanggan bisnes dalam talian.

1.       Segera membalas mesej

Anda perlu pantas membalas mesej daripada pelanggan. Jika terlalu lewat tak mustahil bakal pelanggan akan beralih kepada peniaga lain.

Selain ada yang menggunakan ‘auto reply’, bagi perniagaan yang semakin berkembang akan ada team khas untuk membalas mesej pelanggan.

Jangan takut untuk membesarkan team anda, itu perlu untuk mengembangkan perniagaan.

Anda tidak akan mampu membalas ratusan mesej dengan pantas jika seorang diri.

2.       Balas dengan nada mesra

Walau kita tak bertentang mata dengan pelanggan, bukan alasan tidak perlu mesra dengan pelanggan.

Anda perlu melayan pelanggan dengan jauh lebih baik. Hal ini kerana anda tidak tahu dengan siapa anda berurusan.

Tanggapan pertama itu penting untuk buat pelanggan ‘terpikat’ dengan anda, bukan lari!

3.       Bina kepercayaan pelanggan

Nak pelanggan tetap membeli dengan anda dan ‘repeat order’?

Anda mesti bina kepercayaan ini. Misalnya, penghantaran pantas dan tepat pada waktu.

Produk yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan. Bukan buat pelanggan kecewa.

Jika berlaku sesuatu yang di luar jangka, tangani dengan bijak sana.

Contohnya, jika barang sampai pada pelanggan pecah. Jadilah peniaga yang bertanggungjawab.

Jika anda tidak memberikan respon yang baik kepada pelanggan, kemungkinan besar anda akan kehilangan lebih ramai pelanggan.

4.       Hargai pelanggan setia

Anda boleh follow up pelanggan setia. Contonya bila ada keluaran terbaharu, boleh segera kongsikan dengan mereka.

Sekali sekala anda juga mungkin boleh beri mereka free gift mengikut bajet yang sesuai.

Dalam mahu meraih keuntungan, letakan diri anda sebagai pelanggan. Jika anda mahukan yang terbaik begitu juga dengan pelanggan anda.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply