Usahawan Jangan Terlepas Potensi e-Dagang

Usahawan Jangan Terlepas Potensi e-Dagang

Lebih-lebih ketika kita berdepan pandemik ini, usahawan tidak boleh mengabaikan potensi e-dagang (e-commerce) yang begitu luas.

Berdasarkan data UOB dan Bank Negara Malaysia (BNM), platform e-dagang pada 2019 menyumbang sekitar RM127 bilion iaitu sebanyak 8.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia dijangkakan perbelanjaan pengguna akan terus menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan kadar 60% dari KDNK.

Justeru itu, jika usahawan mahu terus berdaya saing dan berkembang dalam tempoh ini malah di masa hadapan, e-Dagang perlu diberi perhatian dengan menjadi salah satu platfrom untuk menawarkan produk atau servis yang dijalankan.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini juga merupakan satu peluang untuk usahawan-usahawan yang masih belum ada platform e-dagang untuk menerokainya.

Kajian yang dijalankan oleh UOB Asean Consumer Sentiment pada tahun lalu juga mendapati bahawa pengguna Malaysia telah mengutamakan perbelanjaan atas talian untuk penghantaran makanan sebanyak 91 peratus, bahan makanan (89 peratus), pakaian (88 peratus), produk kecantikan (85 peratus) dan suplemen kesihatan (84 peratus).

Selain itu, 60 peratus pengguna Malaysia yang ditinjau sanggup berbelanja untuk barang keperluan harian dan kelangsungan kehidupan yang terjejas oleh Covid-19.

Tabiat orang ramai mula berubah dengan menyaksikan peningkatan pembelian secara online berikutan pandemik. Orang ramai boleh mendapatkan produk atau servis yang dimahukan terus ke rumah mereka dengan platform e-dagang ini.

Laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tempoh Januari-September 2020, menunjukkan sebanyak 41,349 perniagaan telah ditutup dalam tempoh itu namun terdapat 299,431 pendaftaran perniagaan baharu dan 86,295 daripadanya adalah perniagaan online.

Nampak tak, betapa besarnya potensi e-dagang ini? Adakah anda sudah merebut peluang ini yang seiring dengan perkembangan teknologi masa ini?

Sehubungan itu, usahawan tidak mempunyai alasan untuk belum lagi menggunakannya. Potensi e-dagang ini sangat besar malah ia juga meluaskan lagi capaian kepada pelanggan anda yang boleh berada di mana-mana.

3 Tips Penting Bagi Meningkatkan Potensi E-dagang Anda :

  1. Mempunyai daya tarikan

Laman e-dagang anda perlulah mempunyai daya tarikan yang menarik supaya membuatkan orang yang mengunjunginya akan kekal berada dalam kedai online anda. Mereka akan berasa seronok berada di laman e-dagang anda, dan mungkin akan kembali lagi pada hari-hari kemudiannya. Ini akan meningkatkan potensi untuk mereka membeli, dan terus membeli melalui website anda.

Selain itu, pelawat laman e-dagang anda juga berpotensi untuk menghebahkan website anda melalui media sosial. Maka ini akan membantu anda meningkatkan trafik dan kepercayaan orang ramai kepada jenama ataupun brand anda.

Anda harus menitik beratkan antaramuka pengguna dan pengalaman pengguna (user interface and user experience) supaya laman web anda nampak professional, kemas dan menarik. Juga anda perlu pastikan proses pembelian dia website anda ini lebih mudah dan tidak terlalu banyak proses untuk pelawat membuat pembelian.

  1. Mengutamakan pelanggan

Kekurangan e-dagang ialah pelanggan-pelanggan anda tak dapat merasa, menyentuh dan mencuba produk ditawarkan sebelum membuat keputusan mereka.

Justeru itu, anda boleh tawarkan nilai tambah lain seperti harga berpatutan, penghantaran percuma disamping membuatkan pembelian mereka sangat mudah dengan hanya beberapa langkah.

Selain itu, anda boleh memberi kod diskaun kepada pelanggan anda. Sistem e-dagang yang terkini selalunya telah siap disediakan dengan fungsi kod atau voucher diskaun.

  1. Link bersama media sosial anda

Media sosial kini sangat penting bagi memastikan engagement bersama bakal atau pelanggan-pelanggan anda. Pelbagai benda anda kongsikan seperti testimoni, tips dan panduan berkaitan yang dapat berikan mereka values.

Selain itu, anda perlu memastikan platform e-dagang yang dimiliki mudah dilayari atau mesra pelanggan dengan ciri-ciri dan fungsi penting yang perlu ada.

Jika tidak tahu macam mana hendak membuat laman e-dagang, banyak syarikat di luar sana yang menawarkan perkhidmatan mereka untuk bisnes mempunyai laman e-dagang masing-masing.

Anda boleh juga membuatnya sendiri dengan banyak panduan dan guide yang diberikan di internet. Namun untuk lebih mudah dan cepat, anda bolehlah bermula dengan menyertai marketplace e-dagang seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi untuk membuatkan kedai online anda dengan lebih pantas lagi.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Datin Dayang Zarina Bt Ahmad

    Tq selalu bagi Ilmu yang bermanfaat Alhamdulillah saya follow memang dh nampak hasilnya

Leave a Reply