3 perkara Usahawan Boleh Lakukan Bagi Kembangkan Bisnes

3 perkara Usahawan Boleh Lakukan Bagi Kembangkan Bisnes

Berapa lama berbisnes, namun tiada sebarang peningkatan yang dilihat. Situasi ini antara masalah yang dihadapi ramai peniaga di luar sana yang stuck dengan keadaan yang mereka ada sekarang dan tidak tahu bagaimana untuk hadapinya.

Sehubungan itu, kami kongsikan beberapa perkara untuk anda para peniaga lakukan untuk kembangkan bisnes :

1) Berikan pengalaman terbaik
Tak kisah apa jenis perniagaan yang anda lakukan, usahakan untuk berikan pengalaman terbaik kepada pelanggan supaya mereka terus ‘attached’ dengan anda dan sentiasa mencari anda. Juga supaya mereka dapat ‘refer’ anda kepada pengguna lain.

2) Cabar diri untuk bantu lebih ramai orang
Tanya diri sendiri, berapa orang yang saya mahu bantu dapat manfaat dengan produk saya pada bulan ini? Berapa orang yang saya mahu untuk selesaikan masalah mereka bulan ini?

Dan, tanya diri sendiri berapa banyak ‘pasif pahala’ yang saya nak dapat dengan perniagaan saya ini. InsyaAllah, jika perniagaan yang kita buat dapat bantu ramai orang dan jadikan mereka seorang insan yang lebih baik, harap-harap kita akan dapat sedikit pahalanya, InsyaAllah.

3) Tulis semula matlamat anda
Kadang-kadang, peniaga rasa selesa setelah berjaya mencapai satu target. Bila dah selesa, mulalah lemau dan rasa releks. Cuba untuk ‘rewrite’ matlamat anda dan cuba besarkannya.

Jangan mudah selesa. Kembangkan bisnes anda, dan cuba untuk manfaatkan setiap saat yang Allah beri untuk terus beri dan luaskan manfaat yang kita boleh sampaikan.

Artikel terbaru

Leave a Reply