Untung Bisnes Tak Banyak Seperti Disangka, Di Mana Silapnya?

Photo by Elisa Ventur on Unsplash

9 per 10 usahawan yang baru nak mulakan perniagaan akan menemui kegagalan. Puncanya? Nak senaraikan sangat banyak…tapi punca utama adalah berbalik pada tahap ‘kesihatan’ bisnes tu sendiri iaitu DUIT.

Dalam kajian lain pula menunjukkan bahawa 29% peratus usahawan startup gagal dalam bisnes sebab kekurangan modal manakala 18% peratus lagi gagal kerana mempunyai masalah tentang harga dan kos.

Realiti cabaran dalam bisnes memang susah untuk mulakan bisnes, membina dan mengekalkan bisnes untuk jangka masa yang panjang.

Ramai usahawan terperangkap dengan masalah kos. Mereka tak tahu macam mana nak kira kos dan macam mana nak letakkan harga. Akibatnya, kalau ada untung, sangat sedikit atau lebih malang langsung tak ada untung.

Sebagai usahawan, penting untuk arif dan mahir tentang beberapa faktor atau aspek tentang kos dalam perniagaan bagi mengelakkan usahawan terus terperangkap dalam masalah yang sama dalam perniagaan. Antara aspek penting tersebut adalah:

1. Kos Tetap atau Kos Berubah.

2. Kos yang memberi Nilai Tambah atau Tidak.

3. Kos yang Boleh Dikawal atau Tidak.

Macam mana anda nak kenalpasti adakah anda dah tersalah kira kos selama ni? Betul ke harga yang anda letak selama ni? Tahu tak kat mana tahap untung dan sihat ke tak bisnes anda? Tidur malam selama ni lena ke tak?

Baca kejap apa kami nak kongsikan. Ini 5 kesilapan yang biasa usahawan yang mampu melingkupkan bisnes mereka sendiri.

#1 – Salah Kira Harga Kos & Untung

Ramai orang buat bisnes hanya kira harga kos produk dan kos pos sahaja. Tapi tidak ambil kira sekali kos tersembunyi yang terlibat seperti kos minyak pergi pejabat pos, kos kertas &  dakwat, kos pekerja & sewa pejabat. Hujung bulan mesti akaun ada masalah & tidak mendapat keuntungan seperti disangka.

#2 – Database Pelanggan Tidak Terurus Dengan Rapi

Kesilapan ini membuat ramai orang rugi besar sebab tidak dapat follow up pelanggan yang beritahu mahu buat bayaran serta tidak dapat guna untuk promosi seterusnya selepas jualan terhasil.

#3 – Tiada Sistem Inventori & Prestasi Jualan

Stok yang tinggal tidak pernah dikira. Berapa yang sudah terjual pun tidak ambil tahu. Hanya tahu jual sahaja. Kesannya, stok habis tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah & tuduh menipu. Mahu restock pula ambil masa seminggu.

#4 – Bazir Masa Buat Kerja Pengurusan Admin

Sebab mahu jimat, ramai yang buat semua kerja. Dari A-Z. Buat marketing, periksa jualan, layan pelanggan, urus akaun Facebook Page, follow-up pelanggan, periksa stok, pembungkusan produk, sehinggalah penghantaran ke pejabat pos. Lama kelamaan, setiap hari masa dihabiskan hanya berkisar pada kerja pengurusan admin. Masa untuk marketing sudah tiada. Jualan merudum!

#5 – Pengurusan Cashflow ‘Ke Laut’!

Cashflow setiap hujung bulan jangan main hentam sahaja. Rujuk semula resit-resit yang dikumpul, kadang-kadang lupa apa yang sudah dibeli. Selalunya akaun sentiasa tidak sempurna. Banyak duit keluar dari untung yang masuk. Adakah anda buat semua kesilapan ni? Kalau ya, cepat lakukan tindaan yang lebih baik demi kesihatan bisnes anda itu. Jangan sampai bisnes anda ‘meninggal dunia’.

Artikel terbaru

Leave a Reply