Impian Nak Bersara Dengan Selesa, Berapa Banyak Modal Yang Diperlukan?

Semasa usahawan nak memulakan bisnes, perlukan modal. Nak bersara pun perlukan modal juga ke? Ya, jika anda nak bersara dengan selesa anda perlukan kewangan yang cukup untuk menampung hari tua anda bersama pasangan. 

Sama seperti anda memerlukan wang untuk pergi bercuti, nak ‘bercuti’ selamanya lebih banyak wang yang diperlukan. Tak ramai orang yang nak tahu berapa jumlah wang yang diperlukan untuk bersara dengan selesa. Malah tak ramai yang cuba mengira berapa banyak wang yang diperlukan untuk bersara. 

Fikirkan tentang simpanan persaraan anda

Ada orang kata, buat apa nak fikirkan tentang kewangan untuk hari tua? Belum tentu akan hidup sampai ke tua. Tapi bagaimana pula jika anda akan hidup sehingga ke hari tua? 

Tanpa menyediakan persiapan kewangan dari sekarang, adakah anda boleh bersara dengan selesa? Sekurang-kurangnya, ada simpanan kewangan untuk kesihatan dan makan minum anda. Atau anda memilih untuk hidup dengan belas ihsan orang lain? 

Berapa harga untuk anda dapat bersara dengan selesa?

Ada beberapa cara yang boleh dipertimbangkan untuk ketahui berapa banyak yang anda perlukan untuk bersara dengan selesa. Jumlah ini adalah untuk menampung perbelanjaan harian anda tanpa perlu bekerja. 

Bersara dengan selesa bermaksud anda masih mampu untuk jalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa bimbang kehabisan wang. Walaupun tiada kalkulator khas, namun terdapat formula yang boleh dipercayai dan boleh anda gunakan.

Kira jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup anda sekarang

Jumlah ini adalah jumlah yang anda belanjakan secara biasa. Sebagai contoh, jika pendapatan anda setahun sebanyak RM100,000 setahun tetapi memerlukan RM75,000 untuk perbelanjaan tahunan maka RM75,000 itulah yang anda perlukan dalam setahun. 

Gandakan nombor dengan 20

Langkah seterusnya, gandakan nombor yang anda dapat tadi dan darabkan dengan dua puluh. Pengiraan ini akan memberi anda gambaran kasar berapa banyak yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup selepas bersara. Nak gandakan dengan 30 pun boleh jika tak mustahil untuk anda.

Mula bina pelan untuk capai nombor sasaran anda

Berapa lama lagi masa yang tinggal untuk anda bersara? Fikirkan tentang cara untuk mendapatkan modal persaraan anda sekarang. 

Buat usahawan, tingkatkan usaha anda untuk membuat keuntungan yang lebih dari cukup untuk hari persaraan anda dan masih mampu untuk bantu orang ramai yang memerlukan bantuan kewangan dari anda. 

4 cara ini mungkin dapat bantu capai matlamat kewangan dengan lebih cepat.

1. Berapa modal yang yang diperlukan untuk bersara dengan selesa?

Jika ada impian yang luar biasa seperti mengembara ke seluruh dunia atau menaik taraf rumah semasa bersara, anda perlu masukkan jumlah kos ini ke dalam nombor sasaran tadi. Nombor yang diperolehi mungkin besar, tetapi jangan takut untuk ada impian yang besar. Usahawan berjaya tak akan gentar dengan cabaran semasa mahupun akan datang.

2. Cipta mindset yang betul

Jika anda berada di landasan yang salah, anda pasti tak akan kisah berapa banyak modal persaraan anda kerana minda tak akan berfikir untuk membuat pelan persaraan yang lumayan. 

Tapi jika anda berfikir dengan betul dan berjaya, anda pasti akan ambil semua peluang yang datang dan faham bahawa halangan adalah peluang untuk berjaya. Di mana tumpuan anda, di situ tenaga mengalir.

3. Mencipta mesin wang

Macam mana nak cipta mesin wang, adakah seperti mesin ATM? Dalam erti kata lain, anda mesti memastikan simpanan anda cekap cukai dan menggunakan strategi pelaburan untuk terus peroleh pendapatan dalam mana-mana musim. 

Berapa banyak yang anda perlukan selepas bersara untuk hidup selesa sudah tidak penting apabila anda mempunyai strategi yang betul untuk membina kekayaan masa depan. Kembangkan simpanan anda ke tahap di mana faedah daripada pelaburan anda akan menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos hidup selepas bersara. Ini bermakna anda sudah tak perlu bekerja lagi.

4. Dapatkan bantuan lain

Apakah kos perbelanjaan tahunan anda yang telah digandakan dengan dua puluh? Adakah anda hadapi masalah untuk mendapatkan jumlah yang realistik? Atau mungkinkah anda bimbang mesin wang anda hanyalah mimpi? 

Jika anda perlukan bantuan membangunkan strategi bisnes untuk mencipta aliran pendapatan seumur hidup, carilah bantuan daripada pakar bisnes untuk membantu anda dalam menuju kebebasan kewangan. Nikmatinya dan anda boleh menjalani hidup dengan gembira dan kesyukuran setiap hari.

Nikmati hari tua anda

Walaubagaimanapun bagaimana cara hari persaraan anda adalah hak setiap individu. Anda yang perlu tentukan bagaimana perjalanannya. Yang penting, hadapinya dengan tenang, ada kesihatan yang baik dan penuh dengan kebahagiaan setelah bertahun-tahun lamanya berdedikasi di dalam dunia pekerjaan. 

Sementara masih bekerja inilah anda boleh mencorakkan hari persaraan anda. Bila tiba waktunya, anda hanya perlu menikmatinya sahaja. “Make it right and you will enjoy it.”



3 Comments

  • Lucy Gawis

    Saya perlu bimbingan urus kewangan selepas bersara.

  • norita

    Interesting with value if we can manage early with good and positif mindset. Thanks a lot Prof DWDHAO & Richwork for this sharing. Will foward/share this to my child and friends👍🤗

  • Rashid

    Xterfikir pulak kena gandakan dgn 20 utk bersara dgn selesa. 20 tu 20 tahun ya. Bersara 60 plan bernafas hingga 80.

Leave a Reply