U-Live Academy: 15 Tahun Bisnes Gagal, Jual Pajero Terbang Ke Malaysia Raih Pulangan Jutaan Ringgit

U-Live Academy: 15 Tahun Bisnes Gagal, Jual Pajero Terbang Ke Malaysia Raih Pulangan Jutaan Ringgit

Bila sebut tentang berjaya, tiada siapa di dunia ini tidak mahukan kejayaan.

Apa yang anda lakukan untuk mencapai kejayaan itu?

Seorang bangsa usahawan dari Indonesia, Doddy Eka Putra sanggup menjual kenderaan miliknya, hanya semata-mata untuk mengikuti semua kelas anjuran RichWorks pada setiap tahun di Malaysia, bermula dari tahun 2016.

Mengapa beliau sanggup berhabis untuk kelas itu?

Tempoh 15 tahun menjalankan perniagaan namun tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Ditipu pelaburan saham palsu

Doddy pernah terlibat dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM), kontraktor dan pelaburan saham.

“Perniagaan saya ibarat gelombang, turun naik, turun naik, turun naik. Akhirnya bisnes saya gagal,” katanya.

Lebih malang, apabila Doddy menjadi mangsa scammer untuk satu pelaburan saham palsu yang menyebabkannya kerugian kira-kira Rp1.5 miliar atau lebih kurang RM450 ribu.

Jatuh terduduk

Keadaan itu membuatkan Dody jatuh terduduk kerana beliau tidak menyangka pelaburan yang diharapkannya memberi keuntungan lumayan, berakhir dengan kerugian yang sangat besar.

Dalam kesedihan itu, seorang rakan dari Malaysia berkongsi video Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman membuatkan beliau sedar kelemahan diri walau telah lama menjalankan perniagaan.

“Antara kelemahan saya ialah ego dan tiada ilmu dalam bisnes. Kedua-dua inilah yang menjadi punca saya gagal bisnes,” katanya lagi.

Terbang ke Malaysia

Akhirnya beliau mengambil keputusan terbang ke Kuala Lumpur mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

“Sepanjang tiga hari itu, menurut bahasa orang Surabaya, saya rasa seperti ‘diketuk’ dan ‘ditampar’ atas kesilapan lalu dalam mengendalikan perniagaan.

“Sepanjang tempoh itu juga saya rasa, saya bertemu jawapan punca-punca kegagalan selama ini,” jelasnya.

Selepas IMKK, Doddy nekad menjadikan Azizan sebagai mentor untuk bangun semula setelah gagal dalam perniagaan.

Jual Pajero

Demi ilmu dan tidak mahu kecundang lagi, Doddy menjual kenderaan jenis Pajero miliknya, semata-mata untuk mengikuti semua kelas anjuran RichWorks pada setiap tahun di Malaysia, bermula dari tahun 2016.

“Hasil masuk mengikuti program tersebut, bisnes saya semakin baik. Pada tahun 2018, saya memperoleh RM117,000 meningkat pada tahun berikutnya sehingga pada 2020 meraih RM1.5 juta.

“Pada tahun lalu mencatatkan RM3.9 juta dan tahun ini saya mensasarkan RM15 juta,” jelasnya yang kini berada dalam program Mentoring Titanium.

““Circle Titan ini pada saya sangat luar biasa. Supportnya juga luar biasa terutama semasa sharing daripada rakan-rakan Titan. Mereka kongsikan bagaimana mereka grow bisnes dan itu sangat memberi inspirasi.

Mereka juga berkongsi pengalaman bagaimana cara terbaik menyelesaikan pelbagai masalah dan berjaya mengatasi cabaran,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut katanya, Dr Azizan dan RichWorks memberi tunjuk ajar dalam pelbagai aspek perniagaan termasuk menguruskan profil syarikat dan kaedah rundingan yang memudahkan proses membeli pejabat. 

Dari garaj rumah ke Pakuwon Tower

“Dulu saya bermula dari garaj rumah, tetapi kini saya sudah mampu memiliki sebuah pejabat di Pakuwon Tower iaitu sebuah kawasan elit di Sentral Kota Surabaya dan memiliki 23 orang pekerja,” ujarnya.

Bangkit daripada menjadi mangsa pelaburan saham palsu menyebabkan Doddy membuka PT Ulive Education Center dan U-Live Academy menawarkan khidmat membantu dan membimbing rakyat Indonesia tentang pasaran modal saham syariah yang selamat.

Setakat ini, syarikatnya berjaya membimbing lebih 36 ribu orang yang bermula daripada kosong, sehingga ramai di antara mereka berjaya memperoleh pendapatan setiap minggu atau bulan, hasil pelaburan mereka.

Lebih bermakna, katanya beliau dapat membantu dan mengembirakan ibu bapa dan keluarganya di kampung.

“Dulu mak saya, perlu menuai padi dan menjual ke pasar, sekarang saya dah tak benarkan mak bersusah payah melakukan perkata itu lagi. Kami mengirimkan belanja bulanan untuk mak dan keluarga di kampung,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan pengalaman dilaluinya Doddy turut berkongsi pengalaman punca kegagalan bangsa usahawan

“Bedasarkan pengalaman saya, orang gagal melakukan bisnes kerana tidak mempunyai ilmu yang betul mengenai bisnes. Tidak tahu bagaimana kaedah untuk menarik pelanggan dengan betul.

“Saya sarankan, carilah ilmu terutamanya cari guru, cari mentor untuk minta di beri tunjuk ajar dan bimbingan,” katanya lagi.

Jangan terlalu lama try and error

Tegas Doddy, dengan tunjuk ajar guru yang betul kaedah itu lebih cepat dan selamat berbanding try and error.

“Waktu kita habis terlalu panjang dengan buat cuba buat sendiri (try and error). Cara terbaik untuk kita belajar adalah daripada pengalaman dan kegagalan orang lain. Dr Azizan dah banyak pengalaman, tahu mana masalah dan cara untuk mengatasinya.

“Banyak jutawan dalam dunia, tidak mengajar apa yang dimiliki kepada orang lain. Cari sampai orang sudah sampai tahap itu dan mahu memberi tunjuk ajar dan sudi membantu lebih ramai orang lain untuk berjaya.

“Buang ego dan dengar bimbingan yang diberikan. Daripada mendengar dari luar tentang beliau yang tidak jelas adalah lebih baik mengikuti kelas secara langsung.

“Jangan lupa berhubung dengan pemberi rezeki, Allah SWT. Mungkin banyak kesalahan kita masa lalu, ilmu pula kurang, itu yang menyebabkan kita stuck,” katanya mengakhiri perbualan.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply