Awas, Waspada Selalu! 4 Tipu Helah Biasa Digunakan Scammer

tipu helah scammer

Hari ini tidak asing lagi untuk kita membeli belah secara atas talian.

Lebih-lebih lagi buat generasi muda dan sewaktu pandemik melanda dunia.

Banyak urus niaga dilakukan secara atas talian, mudah dan menjimatkan masa.

Dalam pada itu, scammer menggunakan pelbagai jenis tipu helah dan banyak lagi ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mengambil kesempatan.

Jangan leka dan sentiasa berhati-hati  semasa membuat pembelian dalam talian.

Ini 4 tipu helah yang biasa digunakan scammer:

1. Telefon

Tipu helah scammer yang menyamar sebagai pegawai bank, pegawai kerajaan dan identiti palsu lain menghubungi anda untuk mendapatkan kod pengesahan transaksi (TAC) atau nombor akaun anda.

2. Pancingan data (Phishing)

Scammer mungkin menghantar pautan palsu untuk menipu anda agar mendedahkan maklumat peribadi.

3. WiFi Awam/Percuma

Scammer mungkin mendapat akses kepada maklumat peribadi anda yang dihantar melalui rangkaian awam.

4. Pengambilalihan Akaun Kad

Maklumat perbankan dalam peranti anda mungkin dieksploitasi oleh perisian hasad (malware) untuk melakukan transaksi palsu.

Adakah anda pernah mengalami satu daripada situasi di atas?

Sehubungan itu, pastikan anda menyemak URL laman web di mana anda membuat pembelian.

Lihat icon “mangga” atau “https” muncul dalam carian alamat laman web.

Pilih penjual yang dipercayai dalam ruang pasar online dengan membaca maklum balas pelanggan mengenai pengalaman mereka.

Yang ini, anda mesti elak! Jangan teruskan pembelian sekiranya anda mengesyaki terdapat unsur-unsur penipuan dalam jualan.

Tak mahu jadi mangsa scammer durjana?

 3 panduan melindungi diri daripada tipu helah scammer

1. Pantau transaksi akaun

Pantau dengan kerap transaksi melalui laman web atau aplikasi mudah alih bank anda bagi mengesan transaksi tidak normal. Jika anda mengesan transaksi tidak normal atau tiada pengesahan, lapor kepada pihak bank dengan kadar segera.

Anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan yang tertera pada kad bank anda.

2. Lindungi maklumat peribadi

Jangan sesekali kongsi atau dedahkan nombor kad, PIN, ID Pengguna, kata laluan dan TAC kepada sesiapa pada bila-bila masa.

Lindungi pad kekunci sewaktu memasukkan PIN pada mesin ATM atau Terminal Kuanter Jualan.

3. Lindungi diri semasa dalam talian

Pasang perisian antivirus/anti-malware dan kemaskini sistem operasi peranti untuk memastikan ia dilindungi sepenuhnya.

Jangan klink pada pautan yang mencurigakan daripada sumber yang tak diketahui.

Kurangnya kesedaran menyebabkan masih ramai individu menjadi mangsa penipuan membabitkan scammer dan pelbagai pelaburan, sepanjang tahun 2021.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penipuan membabitkan jenayah komersial di negeri itu dari Januari hingga Oktober 2021 membabitkan 697 mangsa dengan nilai kerugian RM12.75 juta.

Jumlah kes komersial sepanjang tahun lalu adalah 866 kes dengan kerugian RM18.97 juta.

Bagi tahun 2021, mangsa paling ramai membabitkan penipuan e-dagang iaitu 282 orang dengan jumlah kerugian RM1.538 juta, pinjaman tidak wujud babitkan 100 mangsa dengan kerugian RM1.03 juta, tipu pelaburan dalam talian seramai 62 orang dan kerugian RM1.07 juta serta Macau Scam babitkan 53 mangsa dan jumlah kerugian RM1.86 juta.

Justeru, waspada dan berhati-hati selalu, jangan kita lalai dan cuai bagi mengelak sebarang kerugian yang tak diingini berlaku. 

Bukan hanya pengguna, malah usahawan juga perlu berwaspada dan dalam masa sama boleh mendidik pelanggan-pelanggan agar tidak mudah terpedaya dengan scammer yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan wang daripada mangsanya.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Akhir Shah

    Salam. Terima kaseh Tuan atas tunjuk ajar kpd diri saya juga panduan dan nasehat. Tahniah kpd rakan2 yg berusaha keras untk berjaya.

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam Tuan, terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Kami doakan Tuan dipermudahkan urusan kaya dan berjaya.

Leave a Reply