Mulanya Perkongsian 100 Usahawan Jutawan Harungi Krisis Pandemik

Mulanya Perkongsian 100 Usahawan Jutawan

Satu Misi Bantu The Nation

Seramai 100 usahawan jutawan mula berkongsikan perjalanan jatuh bangun termasuk strategi terutama ketika krisis pandemik ini.

Bermula dari pagi hingga 11 malam, seramai 36 Usahawan Jutawan dari pelbagai industri selesai menyampaikan perkongsian mereka. Rasanya ramai peserta yang ikuti Titan Summit 2021 rasa teruja dan terbakar serta mendapatkan idea malah strategi yang juga boleh dilakukan dalam bisnes masing-masing.

Mentor Usahawan dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, 100 usahawan jutawan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 300 orang yang mendapat bimbingan secara dekat bersamanya.

“Usahawan jutawan ini akan berkongsikan perjalanan mereka membina bisnes hingga sampai ke tahap sekarang ini.

“Apatah lagi ketika tempoh pandemik sejak tahun lalu, bagaimana mereka dapat adaptasi dan bangkit dengan cepat,” katanya.

Titan Summit 2021 ini menampilkan sebahagian daripada 700 usahawan di bawah RichWorks yang merekodkan jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion.

Tambahnya, mereka juga tampil secara sukarela bagi kongsikan pengalaman masing-masing yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dan inspirasi buat semua.

“Jalan pintas untuk berjaya adalah dengan belajar daripada pengalaman orang yang sudah melalui dan mencapainya.

“Rugi rasanya jika usahawan-usahawan lain tak sertai dan ikuti sendiri perkongsian usahawan jutawan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Azizan memberitahu, malah rasanya ini adalah program pertama menghimpunkan 100 usahawan jutawan dalam satu platform bagi membantu kembali kepada masyarakat dan negara.

“Usahawan jutawan ini terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebenarnya telah dan berterusan menyumbang kepada negara.

“Bayangkan meskipun ketika pandemik, ramai orang kehilangan pekerjaan namun ada usahawan jutawan ini membuka lebih banyak peluang kerja,” ujarnya.

Sehubungan itu, penyertaan masih dibuka ke Titan Summit 2021 ini dengan orang ramai khususnya usahawan boleh layari laman web richworks.com/titansummit.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, hari ini ada lagi Usahawan Jutawan akan berkongsikan kisah jatuh bangun, perjalanan dan tindakan betul yang mereka lakukan dalam bina empayar perniagaan sendiri.

Artikel terbaru

1 Comment

  • setiap daripada kita mempunyai kisah dan nilai yang berbeza dalam bangkit daripada kejatuhan serta belajar daripada kisah kejatuhan dan bagaiman orang lain bangkit dalam situasi pandemik yang telah melanda negara kita pada era ini.

Leave a Reply