Tips Pemasaran – Jangan Lalai, Kuasai Wilayah Anda!

Tips Pemasaran

Bagi seorang peniaga, penting untuk anda kuasai wilayah anda. Bila anda boleh kuasai wilayah melalui pemasaran, anda boleh kuasai pelanggan-pelanggan anda. Ada peniaga yang kuasai wilayah mereka dengan hanya menggunakan online marketing, dan ada yang guna offline marketing.

Apa kata, anda gabungkan saja dua teknik ni untuk tingkatkan bisnes anda. Kerana ia lebih berkesan jika anda gunanya bersama. Banyak manfaat yang anda akan dapat jika anda pandai gunakan teknik pemasaran online dan offline dalam bisnes anda.

Kami akan kongsikan kepentingannya bila anda dapat kuasai wilayah anda secara online dan offline.

3 kepentingan kuasai wilayah dalam pemasaran bagi usahawan

  1. Pemasaran lebih luas

Bila anda dapat kuasai wilayah, skop pemasaran anda juga lebih luas. Cuba bayangkan, anda baru sahaja mula berniaga dan gunakan media sosial serta flyers dan bunting untuk iklankan produk anda. Contohnya, anda edar flyers pada orang ramai dengan letakkan maklumat lanjut dalam flyers tersebut seperti page bisnes anda di Instagram dan Facebook atau talian hotline.

Jadi, jika mereka ingin dapatkan maklumat lanjut, mereka boleh layari terus page anda atau call talian hotline tersebut. Jadi, pelanggan anda bukan sahaja tahu mengenai bisnes anda melalui kaedah offline, tapi online juga. Melalui gabungan ini, anda bukan sahaja iklankan bisnes anda pada masyarakat setempat, malah kepada para pengguna online juga. Senang kan bila anda gabungkan dua cara ini?

  1. Dapat kenalpasti potensi pelanggan

Bila anda gunakan online dan offline marketing, anda boleh kenalpasti teknik mana yang lebih efektif dalam pemasaran bisnes anda. Jika anda ada kedai dan dalam masa yang sama anda berniaga online, anda boleh tanya mereka dari mana mereka tahu mengenai perniagaan anda? Biasanya bila anda berniaga online, banyak penawaran yang anda akan dapat melalui PM atau Whatsapp pelanggan.

Pelanggan yang ke kedai anda adalah pelanggan yang tinggal berdekatan dengan anda sahaja, betul?

Itu sekiranya anda boleh berniaga secara online. Apa akan berlaku jika anda menyediakan servis seperti klinik, bengkel, dan restoren? Anda boleh lebihkan pemasaran menggunakan offline kerana pelanggan anda terdiri daripada masyarakat setempat dan berdekatan dengan kawasan bisnes anda. Pemasaran online boleh dilakukan untuk memberitahu orang-orang di sekitar anda mengenai servis yang disediakan, boleh?

  1. Tahu kelemahan dan kekurangan

Ramai peniaga menggunakan kaedah pemasaran online kerana ianya percuma. Ini kerana, anda gunakan media sosial seperti Facebook, Blog, YouTube dan Instagram. Bila anda gunakan media sosial, pastikan anda sentiasa update dan response setiap pertanyaan dari pelanggan. Berbeza pula dengan pemasaran offline, anda perlu keluarkan modal untuk iklankan produk anda kerana ia melibatkan kos printing, tenaga kerja dan idea untuk create flyers, banner dan bunting anda, betul?

Sekiranya anda sudah gunakan teknik-teknik ini dalam pemasaran, dan perniagaan anda masih lagi di tahap yang sama. Cuba kaji semula apa kekurangannya. Adakah lokasi banner atau bunting anda tidak strategik, tidak menarik, atau CTA yang digunakan tidak cukup power?

Sama juga bila anda berniaga online, adakah anda lambat balas response pelanggan, copywriting anda tidak menarik, anda jarang update media sosial atau terlebih update?

Faktor-faktor ini memainkan peranan yang penting dalam pemasaran bisnes anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply