Tips Mula Tulis eBook Anda

Tips Mula Tulis eBook Anda

Bagi peniaga online, pasti pernah mendengar teknik pemasaran eBook dalam bisnes. EBook seperti sebuah buku panduan yang dihasilkan dalam bentuk digital dan hanya dapat dibuka melalui gajet seperti komputer, notebook, smartphone atau laptop.

Kandungan EBook lebih interaktif kerana ia disusun dengan menggunakan teks dan paparan imej digital. EBook merupakan trend promosi terkini yang sering digunakan oleh pelayar internet. EBook dapat membantu peniaga untuk mengumpul data pelanggan secara sah.

Walaupun penggunaan E-Book tidak meluas di Malaysia, tetapi untuk tulis eBook dan menghasilkan senaskhah EBook, tidaklah sesukar mana. Malah ianya percuma.

Tips Untuk Anda Menulis eBook

  1. Susun Idea

Mulakan dengan merangka idea dan susun isi penting mengikut turutan yang di rancang. Ini akan memudahkan pembaca untuk memahami kehendak penulis. E-Book anda tidak perlu panjang sehingga mencecah 10 muka surat. Rancang idea anda sekadar yang termampu.

E-Book yang baik memiliki sekurang-kurangnya 4 muka surat sahaja. Anda boleh gunakan topik yang khusus untuk memudahkan anda memulakan penulisan.

  1. Mula Menulis Dan Buat Semakan

Dengan idea yang ada, anda boleh mengarang hanya dengan menggunakan software Microsoft Word. Pastikan tatabahasa anda betul, tiada kesalahaan ejaan dan tidak memeningkan pembaca.

Elakkan kesalahan ketika menulis e-Book kerana pengetahuan anda boleh dinilai oleh pembaca. Gunakan rakan atau ahli keluarga untuk menyemak penulisan anda.

  1. Simpan File Dalam Format PDF

Setelah selesai menulis dan membuat semakan, karya anda hendaklah disimpan dalam format PDF. Caranya, ketika anda mahu menyimpan (save) file yang anda tulis tadi, anda perlu ke file, kemudian tekan save as.

Akan keluar satu kotak di mana meminta anda untuk tekan save, anda hanya perlu tukar format di save as type dari Microsoft Word kepada PDF format. Apabila sudah save, ini bermakna e-Book anda sudah siap dan boleh diberi atau di muat turun (download) oleh pelanggan anda.

  1. Design Muka Depan

Bagi membuatkan e-Book anda kelihatan lebih menarik, hasilkan muka depan (cover page) e-Book anda dengan menggunakan software InDesign atau Photoshop. Setelah selesai, gabungkan rekaan muka depan bersama e-Book yang telah anda siapkan.

  1. Muat Naik E-book dan Opt-In

Untuk edaran kepada pelanggan, E-Book anda perlu di muat naik ke dalam blog perniagaan anda. Sebelum pelanggan memuat turun e-Book, sediakan ruangan untuk mengisi maklumat mereka seperti nama dan alamat emel bagi tujuan untuk proses pengesahan penghantaran eBook.

  1. Promosikan E-book Anda

Apabila maklumat pelanggan sudah diperolehi, anda boleh membuat promosi perniagaan anda kepada mereka dengan menghantar promosi tawaran hebat, produk terbaru dari anda, newsletter atau sebagainya kepada mereka melalui emel. Cara ini lebih berkesan digunakan berbanding media sosial yang lain.

Artikel terbaru

Leave a Reply