Tips Mula Ikat Follower di Media Sosial

Tips Mula Ikat Follower

Siapa ada masalah follower lari?

Kami pasti ada antara anda yang nak mula berniaga di Media Sosial atau untuk yang dah berniaga, anda mungkin teringin nak buat jualan secara besar-besaran di media sosial.

Antara satu soalan penting bila berniaga secra online ialah, bagaimana nak ikat follower untuk sentiasa ikut kita. Ramai orang ada masalah follower lari atau reach untuk posting anda tidak tinggi.

Kadang-kadang, kita dah ada ramai orang yang like page dan status kita, tapi ‘engagement’ kurang. ‘Engagement’ tu bermaksud membina hubungan dengan follower dan orang yang like posting kita. Bukan setakat klik like sahaja, tapi kalau boleh dapatkan mereka untuk PM dan bertanya lanjut tentang perniagaan kita.

Untuk yang baru-baru nak cuba berniaga online, kami akan berikan anda banyak tips-tips pemasaran ringkas yang anda mungkin boleh aplikasikan. Terus bersama kami. InsyaAllah, ianya dapat bantu anda memulakan perniagaan.

6 tips supaya follower tak lari :

1. Tanya soalan

Anda mungkin nampak ini macam tak ada makna. Kenapa pula nak bertanyakan soalan kepada followers?

Bila kita bertanya soalan, ianya menunjukkan kita menghargai idea dan pendapat mereka. Dan yang paling best bila anda reply di ruangan komen ke atas jawapan yang mereka beri.

Ini dapata membuatkan mereka rasa dihargai dan dapat membantu anda. Contohnya, jika anda mahu mengeluarkan produk kecantikan baru, anda boleh bertanyakan kepada mereka tentang produk baru yang bagaimana yang mereka suka dan beri pilihan jawapan.

Atau anda boleh juga tanya soalan yang mudah seperti “Siapa tahu di mana gerai goreng pisang cheese yang paling best di kawasan Shah Alam? Pasti ramai yang nak membantu nanti?

2. Luangkan masa untuk berinteraksi melalui PM

Kesilapan ramai peniaga online ialah tidak pedulikan follower tegar mereka. Apa kata sekali sekala, cuba PM atau komen di status atau laman media sosial followers tegar anda.

Pasti mereka seronok. Ini memberikan gambaran bahawa anda hargai mereka dan mereka dekat dengan anda.

3. Gunakan status yang memerlukan mereka untuk komen

Ruangan komen adalah bahagian paling penting untuk mencipta ‘engagement’. Kadang-kadang, bila anda post sesuatu yang viral, ada ramai yang menyokong dan ramai juga yang tidak.

Dan, ini akan menyebabkan mereka saling memberikan pendapat sesama sendiri di ruangan komen anda. Ini dapat meninggikan reach dan silap-silap boleh menjadi trending.

Contoh, anda boleh minta pendapat mereka tentang sesuatu perkara, atau minta mereka taip “Setuju” jika mereka bersetuju dengan status anda.

4. Follow juga follower yang aktif

Ada ramai followers yang akan menjadi peminat nombor 1 anda. Setiap posting anda, di mana-mana media sosial akan ada komen atau like dari mereka. Jangan abaikan mereka.
Cuba untuk follow mereka juga, dan bila anda dah follow anda pastikan untuk like beberapa status dari mereka. Secara tak langsung, anda juga dapat memancing ‘friends’ mereka untuk ‘follow’ media sosial anda.

5. Posting ikut trend semasa

Rajin-rajinlah untul ambil tahu apa yang sedang menjadi trending sekarang. Bila kita post di laman sosial, jangan asyik nak menjual sahaja. Tapi, cuba pelbagaikan posting supaya laman sosial anda menjadi lebih menarik.
Ketika fenomena supermoon berlaku tempohari, anda boleh post sesuatu berkaitan supermoon, mungkin tentang pengalaman anda melihat supermoon dan kaitkannya sedikit dengan prosuk anda.
Sealin dari itu, sekarang sedang trending ‘freeze video’ apa kata, anda buat satu dan uploadkanya di laman sosial anda?

6. Posting gambar aktiviti anda

Ramai peniaga malu nak posting gambar dan video sendiri di media sosial sendiri. Ada yang takut, dikecam, takut follower kenal pasti mereka di luar dan berbagai kerisauan lagi.
Dr Azizan Osman kata, nak jadi peniaga anda tak boleh lari dari menjadi seorang selebriti. Bila follower kenal anda, mudah untuk mereka percayakan anda dan perniagaan anda.
Sekali-sekala anda mesti uploadkan gambar aktiviti harian anda. Begitu juga video perkongsian tips dan sebagainya. Tak perlu lama, 3 minit pun dah memadai. Ini kan jadikan anda lebih dekat di hati pengikut anda, dan lebih senang anda mahu memenagi hati mereka nanti.

Artikel terbaru

Leave a Reply