Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.

Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.