4 Tips Memilih Rakan Kongsi Perniagaan

4 Tips Memilih Rakan Kongsi Perniagaan

Nak mulakan perniagaan? Terfikir mengenai rakan kongsi?

Perniagaan perkongsian hasil daripada perniagaan tunggal. Bentuk sesebuah perniagaan perkongsian ini dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan secara bersama.

Pemilik-pemilik perniagaan tersebut dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan.

Malah terdapat  beberapa jenis  rakan kongsi  perniagaan antaranya, rakan kongsi am dan rakan kongsi terhad yang ditubuhkan di bawah akta perkongsian 1961.

Mempunyai rakan kongsi bukan idea yang buruk.

Bagaimana nak memilih rakan kongsi yang berkualiti?

1.   Berpengalaman dan tabah

Memang benar kita tidak dapat meramalkan kejayaan bisnes dengan melihat kejayaan lalu yang pernah dilakukan oleh calon rakan kongsi.

Tetapi daripada kita bekerjasama dengan mereka yang langsung tiada pengalaman, lebih baik dengan mereka yang pernah melalui jatuh bangun dalam bisnes.

Tujuannya adalah supaya masing-masing telah mempunyai pendedahan dalam menghadapi sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku dan pernah berada dalam persekitaran permulaan bisnes.

2.   Kemahiran saling melengkapi

Anda mahu seseorang yang boleh melengkapkan kemahiran anda.

Sebagai contoh, anda mungkin mahir dalam pemasaran, perhubungan awam dan penjenamaan tetapi tidak dalam operasi, jadi anda mungkin mencari seseorang yang mahir dalam hal itu.

3.   Kejujuran dan kebolehpercayaan

Jujur dan boleh dipercayai merupakan salah satu daripada ciri yang penting.

Tak dinafikan, ada kes di mana berlaku penyelewengan dan penipuan antara rakan kongsi.

Mungkin kerana tak sependapat dan tujuan tertentu.

4.   Tidak pasif

Sewaktu buat tugasan mungkin kita dah panas hati bila ada rakan sekumpulan yang curi tulang. Ini kan pula rakan kongsi perniagaan.

Waktu buat kerja hilang, tetapi keuntungan tetap nak juga.

Memandangkan boleh kata hampir kebanyakan masa akan diluangkan bersama rakan kongsi untuk membincangkan perancangan bisnes.

Maka perlu anda memilih orang yang boleh bekerjasama dengan anda sepenuhnya bukan ‘sleeping partner’.

Rakan kongsi yang bekerjasama tidak membantah isu-isu yang tidak relevan, tetapi tetap berdiri teguh apabila ada keputusan penting dibuat.

Jika anda memerlukan atau berhasrat mempunyai rakan kongsi perniagaan, buatlah pertimbangan yang tepat.

Dengan kemahiran dan pengalaman anda bersama rakan kongsi mungkin menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan lebih menguntungkan.

Artikel terbaru

Leave a Reply