Nak Cari Pelanggan? 5 Tips Dapat Pelanggan Free

tips nak dapat pelanggan secara free

Pelanggan merupakan salah satu aspek penting buat sesebuah bisnes dapat berkembang dan pergi ke tahap seterusnya. Sebab itu penting untuk usahawan mencari dan dapat pelanggan untuk perniagaan anda.

Tanpa pelanggan dan memberikan pengalaman atau journey yang terbaik boleh membuatkan sesebuah bisnes itu stuck dan kekal pada tahap yang sama.

Lebih teruk, bisnes yang dijalankan boleh jatuh dan akhirnya tidak lagi mampu beroperasi jika tak ditangani dengan betul.

Sebab itu, pelanggan ini sangat penting dan kebanyakan syarikat atau bisnes sanggup berbelanja besar bagi dapat pelanggan atau leads baru bagi bisnes masing-masing.

Kos pemasaran sesebuah bisnes bukannya kecil namun jangan risau, tanpa kos yang besar pun sebenarnya anda mampu mendapatkan pelanggan.

Berikut kami akan kongsikan beberapa cara untuk anda mula mendapatkan pelanggan secara percuma.

5 cara untuk dapat pelanggan secara free:

1/ Hubungan orang dengan orang

Berhubungan dengan 1,000 orang melalui pelbagai platform yang ada, Facebook Group, LinkedIn, komuniti setempat dan lain-lain.

Meskipun nampak seperti banyak, namun ia boleh dilakukan bagi mencari orang yang mempunyai minat yang sama dalam produk atau servis ditawarkan dalam bisnes anda.

Hantar email, dm/pm kepada mereka, tawarkan value tambahan dan perkenalkan jenama anda kepada mereka. Pastikan keutamaan pertama adalah untuk bina hubungan terlebih dulu dan jualan adalah perkara kedua.

Jika anda terus mengenai soal jualan, anda akan kelihatan seperti seorang yang menjengkelkan berbanding seorang yang membantu atau dapat berikan manfaat kepada mereka.

2/ Tawarkan Tempoh Percubaan Bagi Servis Anda

Pelanggan mahu berbelanja wang mereka dengan jenama yang boleh dipercayai.

Justeru itu, anda boleh tawarkan tempoh percubaan secara percuma kepada pengguna sebelum mereka hendak membelinya.

Berikan mereka keyakinan bahawa produk/servis anda merupakan solusi terbaik bagi masalah yang dihadapi.

Selain berikan kepada bakal pelanggan anda, jangan lupa untuk berkongsikan kepada influencer dan wartawan yang boleh berkongsikan kepada followers masing-masing dan disebarkan kepada lebih ramai orang di luar sana.

3/ Berkolaborasi

Adakah bisnes lain di luar sana yang juga menyasarkan audiens pelanggan yang sama dengan anda?

Cari kolaborasi yang boleh dijalankan dengan perkhidmatan atau jenama yang lebih besar.

Produk atau servis anda boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pelanggan-pelanggan atau audiens sedia ada ataupun yang baru.

4/ Pertemuan offline

Kini orang ramai sudah boleh merentas negeri dan keluar negara bagi mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin.

Selain keberadaan online yang baik, pertemuan offline juga diperlukan bagi mendapatkan prospek dalam industri anda.

Hadiri majlis pertemuan, bina networking yang baik. Letakkan diri atau bisnes anda yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Pertemuan dan networking dijalankan dapat membuatkan orang bercakap mengenai bisnes anda dan bantu untuk berkembang.

5/ Minta referrals

Gunakan kegembiraan pelangan-pelanggan anda dengan baik. Ingatkan mereka bahawa anda mungkin baru bermula dan memerlukan lebih ramai orang untuk menggunakan produk/servis yang ada.

Dapatkan nombor orang lain, referrals daripada mereka. Bila mereka sudah cuba, yakin dan gembira dengan produk atau servis anda, lebih mudah untuk mereka kongsikan kepada rakan lain malah berikan kontak kenalan rapat kepada anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply