Bisnes Spa, Bekam & Urut? 7 Tips Buat Anda

Kak Nab susun-susun cawan bekam yang dah disterilkan. Alat-alat untuk urut dan spa juga dia susun baik-baik dalam begnya. Dia mencongak kos perjalanannya dari Selayang ke Shah Alam dan masa yang dia perlu ambil untuk menunaikan 3 tempahan bekam dan urutnya, 1 di Selayang dan 2 di Shah Alam.

Kak Nab kenang kembali zaman dia bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat swasta. Kerjanya mudah, hanya ‘key-in’ data dan buat ‘filing’. Tepat 5.30 petang Kak Nab dah boleh balik rumah. Seronok sebab mudah tapi, duit gaji tak pernah cukup hingga hujung bulan.

Tapi bila Kak Nab jalankan bisnes spa, urut dan bekam, banyak benda yang dia perlu rancang. Waktu perjalanan, tempahan, target jualan harian dan persaingan. Kak Nab rasa dirinya sangat penting dan perlu berusaha lebih baik. Tiba-tiba, handphone Kak Nab menjerit lagu Aiman Tino. Belum sempat Kak Nab ucap salam, suara di hujung sana dah memaki-maki Kak Nab.

Kak Nab urut dada dan beristigfar. Dia tak lupa jaga teknik pernafasan yang dia belajar dari Dr Azizan Osman ketika hadir ke Program IMKK lepas. Kak Nab terduduk sekejap mengenangkan si pemanggil yang marah betul bunyinya, dah serupa bunyi orang kena rasuk kerana pelanggan bekam dan pekhidmatan urutnya dah lebih sukakan servis Kak Nab.

Apa yang buat pelanggan orang lain mula pilih Kak Nab? Apa ilmu yang Kak Nab pakai? Ada jampi serapah ke? Jom baca 7 Tip dari Kak Nab untuk berjaya dalam bisnes urut dan bekam.

7 tips bina bisnes spa, urut dan bekam:

  1. Simpan Rahsia Pelanggan.

Bila sebut bisnes spa, bekam, urut memang tak lari dari kita terpaksa melihat ‘rahsia’ pelanggan. Pelanggan anda terpaksa mendedahkan bahagian badannya yang mahu diurut dan mahu dibekam.

Ada antara mereka akan terpaksa buka cerita tentang tubuh badan mereka, kesakitan dan masalah yang mereka alami. Jadi, tukang urut, tukang bekam dan pengusaha mobil spa haruslah pandai nak simpan rahsia.

Bila habis sesi berurut dan berbekam, habislah ceritanya. Jangan pula dijaja ke luar. Anda tak akan jadi terkenal dengan menjaja cerita orang. Dengan cara ini, pelanggan anda akan lebih mempercayai anda. bila mereka dah percaya senang mereka dan recommend anda kepada orang lain.

  1. Jangan Mengata Pelanggan.

Antara kesilapan tukang urut, tukang bekam dan pengusaha bisnes spa yang lain ialah suka bergossip tentang pelanggan. ” Nak tahu tak, Kak Yah tu ada banyak jerawat kat belakang badan dia.” “Senah tu, badannya hitam.” No..No..No…ini kesilapan besar!

Bila anda mengata pelanggan lain di hadapan pelanggan anda, anda sebenarnya hanya meruntuhkan tembok kepercayaan pelanggankepada anda.Mereka akan berfikir, anda juga mungkin akan mengata perihal mereka di hadapan pelanggan lain. Satu kesilapan lain yang tidak patut dilakukan oleh tukang urut tukang bekam dan mobil spa ialah, mengutuk keadaan pelanggan anda.

“Banyaknya rambut gugur, tak jaga ke sebelum ni.” “Besarnya perut, tak pernah diet ke?” Kalau nak mudah hilang pelanggan, try lah buat. Kami yakin pelanggan tu tak akan datang lagi.

  1. Tepati Masa.

Salah satu sebab kenapa ramai pelanggan sukakan Kak Nab ialah kerana dia sangat menjaga masanya. Kak Nab selalu datang tepat pada waktu kerana dia faham, bila nak berbekam dan berurut pelanggannya perlukan privacy.

Dan, masa yang diset oleh pelanggan mungkin adalah masa di mana mereka berada dalam keadaan ‘provacy’ tanpa gangguan anak-anak dan keluarga. Ramai tukang urut, tukang bekam dan pengusaha spa tak pentingkan perkara ini.

Mereka datang dan pergi ikut suka hati sehingga pelanggan terpaksa ubah jadual mereka hanya kerana anda datang lambat. Tak boleh macam ‘tu. Hormati masa pelanggan dan mereka akan sentiasa suka dengan anda.

  1. Jaga Penampilan Diri.

Ya Allah…ini yang paling tak tahan. Macam mana anda boleh tawarkan perkhidmatan tukang urut, tukang bekam dan mobil spa kalau diri anda sendiri lemah tak bertenaga, busuk, kuku kotor dan kelihatannya seperti nenek kebayan!

Ada pulak yang datang dengan keadan tak wangi, alatan yang tak bersih, serabut serabai. Kalau anda tengok dari dulu lagi, tukang urut, mak bidan dan tok mudin selalu datang beri perkhidmatan kepada pelanggan dengan penampilan menarik.

Jadi jangan ambil mudah perkara ini. Tak salah kalau kita datang dengan keadan bersih, wangi dan menarik. Ianya akan menyebabkan pelanggan rasa selesa dengan kita.

  1. Jangan Lupa Database Dan Promosi.

Bisnes apa pun, anda perlu ada database pelanggan dan strategi marketing. Walaupun tukang bekam dan tukang urut, anda mesti dapatkan data pelanggan yang menggunakan perkhidmatan anda.

Dulu-dulu, di suratkhabar ramai tukang urut menggunakan iklan kecil di surat khabar untuk mempromosikan bisnes mereka. Ingat tak lagi iklan tukang urut dengan handphone besar mereka?Anda juga boleh buat satu kad kecil untuk mereka kumpulkan cop. Dan bila dah cukup 10 cop boleh dapat 1 perkhidmatan percuma! Atau buat promosi untuk mereka refer kenalan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan anda, dan mereka dapat potongan harga setiap kali mereka refer kenalan mereka.

Jangan lupa juga upkan status baik-baik di Facebook Page anda. Anda boleh tulis tip menjaga tubuh badan, anda boleh tulis tentang lokasi anda sekarang. Tapi, jangan sampai mengaibkan pelanggan. Apa yang patut dirahsiakan, simpanlah baik-baik.

  1. Dapatkan Testimoni.

Jangan pandang rendah pada kuasa testimoni. Ini yang Kak Nab selalu buat. Kak Nab selalu minta izin dari pelanggannya untuk bergambar atau untuk buat sedikit video dan minta mereka berikan sedikit komen tentang perkhidmatan Kak Nab.

Sebelum buat video atau ambil gambar, Kak Nab minta kebenaran dan pastikan pelanggannya berada dalam keadaan selesa untuk buat testimoni.

Testimoni bertujuan untuk beri keyakinan kepada orang ramai tentang perkhidmatan yang kita beri dan tahap kepuasan hati pelanggan. Kalau dah ada testimoni, tak perlu cakap banyak, tak perlu terjerit-jerit nak panggil pelanggan. InsyaAllah.

  1. Sentiasa Upgrade Ilmu.

Kak Nab ingat pesan Datuk Wira Dr Azizan Osman, “sesedap mana pun kek yang anda buat, kalau tak reti nak pasarkannya, maka makanlah sendiri kek yang sedap tu.”

Kak Nab pun tahu, sesedap mana pun dia mengurut dan beri perkhidmatan bekam tapi tanpa ilmu perniagaan dan pemasaran, kau bekamlah diri sendiri je!Kak Nab juga tahu, bisnes Mobil Spa, tukang urut dan tukang bekam ini adalah sedang meningkat naik dan banyak persaingan.
Sebab itu Kak Nab selalu pastikan dirinya ada ilmu perniagaan dan ilmu mengurut serta berbekam supaya dia sentiasa dapat berikan perkhidmatan yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya

Itu sahaja pesan dari Kak Nab. Bisnes urut, bekam dan mobil spa memang mudah nak ditubuhkan tanpa modal besar, tapi kalau tanpa ilmu dan etika, anda mungkin tak berada lama dalam pasaran.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Bisnes Spa, Bekam & Urut? 7 Tips Buat Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply