Pemimpin Cerminan Organisasi, 5 Tip Bina Growth Mindset

Persekitaran kerja yang berbeza menuntut gaya kepimpinan yang berbeza dan pemimpin yang hebat biasanya menggabungkan ciri-ciri pelbagai jenis kepimpinan yang berbeza untuk bina growth mindset dan menguruskan sesebuah organisasi dengan berkesan.

Bukan mudah hendak menjadi seorang pemimpin yang hebat. Setakat jadi pemimpin yang baik mungkin lebih mudah.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ada berkongsikan analogi bagi kepentingan LEADERSHIP iaitu LEAD -THE-SHIP. Sebagai seorang usahawan, anda perlu ada sikap dan ciri kepimpinan yang dapat membawa dan memacu team anda untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan itu.

Sebenarnya banyak karakter yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin bagus antaranya perlu memiliki growth mindset bukannya fixed mindset.

Hal ini kerana masa sentiasa berjalan, teknologi berubah dan tabiat orang ramai juga berubah. Contoh mudah yang dapat dilihat seperti norma baharu yang berlaku disebabkan pandemik ketika ini.

Jika seorang pemimpin itu, tiada growth mindset bolehkah mereka bertahan dan adaptasi dengan keadaan semasa? Bolehkah mereka mengubah strategi dan model bisnes jika perlu?

Sukar rasanya jika seseorang itu ada fixed mindset. 

Bagaimana pemimpin hebat bina growth mindset? 

5 Tip Bina Growth Mindset:

1. Sahut cabaran

Gunakan cabaran sebagai peluang. Cabaran perlu dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan potensi, menambah ilmu, menyesuaikan diri dan menambah baik hasil kerja.

Jangan mengambil cabaran sebagai masalah untuk diabaikan atau dirisaukan.

2. Menentang kemunduran

Hidup ada pasang surut. Cara anda bertindak balas terhadap persekitaran anda jadi penentu dan memberi kesan terhadap kejayaan anda.

Daripada anda melakukan tindakan yang tidak menguntungkan dan mengakibatkan keadaan jadi lebih sukar, tindakan sepatutnya adalah dengan menjadi fleksibel, kreatif dan terus maju.

Jangan GOSTAN!

3. Melihat usaha sebagai sesuatu yang positif

Secara amnya, benar apabila semakin banyak usaha yang anda lakukan, semakin dekat anda akan mencapai kejayaan.

Rom tidak terbina dalam sehari, begitu juga dengan pengasas perniagaan yang berjaya dan ternama.

Sehubungan itu, mula melihat usaha yang diperlukan untuk belajar dan berkembang sebagai perkara yang baik, ini bermakna anda lebih dekat dengan matlamat anda.

Jangan sesekali mengalah jika usaha anda belum mendapat hasil, terus berusaha dan menuntut ilmu. Trust the process – ini antara kunci yang selalu disebut oleh Datuk Wira.

4. Belajar daripada maklum balas

Maklum balas yang kritis adalah penting untuk menjadikan anda lebih baik dalam apa jua perkara.

Anda perlu berusaha untuk menerima maklum balas dengan fikiran terbuka dan bersedia untuk tambah baik.

Ingatkan diri anda bahawa maklum balas bukanlah sesuatu yang perlu dipertahankan sebaliknya sesuatu untuk dipelajari.

5. Belajar daripada kejayaan orang lain

Perasaan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain hanya membuang masa dan tenaga anda sendiri.

Sebaliknya, cuba belajar daripada kejayaan mereka dan mendapat inspirasi daripada kejayaan orang di sekeliling anda. Gunakannya untuk mendorong diri anda ke tahap yang lebih tinggi.

Salah satu strategi terbaik untuk memupuk pertumbuhan minda adalah dengan memberi fokus, meluangkan lebih banyak masa, tenaga dan lebih perhatian terhadap perkara yang anda boleh dipengaruhi dan kuasai serta melepaskan perkara yang tidak berfaedah.

Sentiasa berfikiran positif, tindakan positif, hasilnya juga pasti positif!

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pemimpin Cerminan Organisasi, 5 Tip Bina Growth Mindset” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

2 Comments

Leave a Reply