Leadership dan Mindset. 4 Contoh Mindset Yang Baik

Leadership dan mindset

Leadership dan mindset tidak dapat dipisahkan. Untuk menjadi leader yang bagus anda perlu mempunyai mindset yang betul. Peranan anda sangat penting bagi lead-the-ship – membawa anak-anak kapal atau team anda menempuh badai di lautan yang mencabar dan tidak diduga ini.

Menurut MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, bukan hanya nakhoda itu penting, kru dalam kapal jika tak berikan kepercayaan dan kerjasama juga boleh buatkan anda tenggelam di lautan.

“Bila you tengah down, you tak boleh layan down itu. You ada people dekat bawah, ada follower dan ada family. Kalau you down, mereka macam mana?.”

“You have to be strong, cabaran ramai orang dia tersangkut dengan kejayaan masa lepas,”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Nasihat Tony Robbins kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman :

Sarkas dekat atas tempat tinggi. Dia perlu meniti dari point A ke B. Kalau dia jalan, mana dia patut tengok?

“Dia perlu tengok mana dia nak pergi. Kalau dia tengok bawah, dia akan takut, panik dan jatuh. Kalau you tengok mana you nak pergi, you akan balance. Otak you akan start focus, bergerak dan make things work.”

Senang cerita, mindset anda yang akan mendorong kepada tindakan yang akan dilakukan. Contohnya, jika berlaku percanggahan pendapat dengan team, apakah yang akan dilakukan seseorang leader itu?

Leadership Dan Mindset.

Jadi apakah yang boleh dikaitkan dengan Leadership dan mindset? Mindset seseorang leader itu akan buatkan dia melihat ianya sebagai ‘cabaran’ kepada kepimpinannnya atau peluang untuk dia belajar sesuatu dan melihat potensi pendapat berkenaan.

Terdapat beberapa mindset dapat mempengaruhi seseorang leader itu antaranya growth mindset, learning mindset, deliberative mindset dan promotion mindset yang mana terdapat kekuatan masing-masing.

Growth mindset – Leaders ini dapat berdepan dengan cabaran yang mendatang, mencari jalan bukannya tumpu saja kepada masalah yang ada dan konsisten dalam usaha mencapai apa yang disasarkan.

Learning mindset – Leaders ini sentiasa mahu meningkat keupayaan diri dan belajar sesuatu perkara baru. Mereka akan lebih berusaha, mudah bekerjasama dengan prestasi pada tahap yang tinggi.

Deliberative mindset – Leaders ini dilihat membuat keputusan dengan lebih baik disebabkan tidak berpihak dan neutral, lebih teliti dalam memproses dan membuat keputusan

Promotion mindset – Leaders ini fokus kepada kemenangan dan hasil dengan mereka ini dilihat lebih ke arah fikiran yang positif, lebih terbuka kepada perubahan, ketahanan untuk berdepan cabaran dan masalah serta prestasi lebih tinggi dalam soal tugas-tugas.

Artikel terbaru

Leave a Reply