Penting Atau Tidak Miliki Growth Mindset?

Penting Atau Tidak Miliki Growth Mindset?

“Growth mindset adalah bagaimana anda sentiasa fikir how can you play better? How can you improve better? Kalau anda boleh improve daripada level 1 nak pergi ke 10 ini jauh, boleh improve 1.5 pun, anda adalah lebih baik dari semalam.

Satu, even kalau anda boleh improve 1.1 pun daripada minggu lepas, anda adalah lebih baik daripada ramai orang berniaga 40 tahun tak ada improvement langsung!” -Dr Azizan Osman

Siapa faham apa yang cuba disampaikan oleh Mentor Usahawan No.1 Asia ini? Inilah pentingnya seorang usahawan untuk mempunyai ‘growth mindset’. Jika anda usahawan tapi tidak ada mindset ini, anda akan stuck di level yang sama sahaja.

Mungkin berbisnes selama puluhan tahun pun tetap di level yang sama sahaja. Orang lain bisnes dah berkembang dan dah pun melebarkan sayap tapi anda? Jangan narrow minded kan fikiran anda.

Sebagai usahawan, anda perlu cari ilmu dan belajar bagaimana untuk kembangkan lagi bisnes anda. Bukannya hanya mengharapkan ‘takdir’ sahaja.

Sebagai seorang leader dan usahawan, anda perlu membuat improvement dalam bisnes anda. Walaupun hanya sedikit tindakan yang diambil, tapi percayalah dari sekecil tindakan itu, anda akan lebih berjaya di masa hadapan.

Anda boleh memakai ‘topi’ sebagai seorang usahawan, mulakan bisnes dan berpuas hati dengan apa yang anda mulakan dan niche market yang anda fokuskan untuk bisnes anda sendiri.

Ataupun anda boleh berfikir lebih besar dan bekerja keras untuk menjadi seorang CEO dan mempunyai staff yang ramai.

Kami beri anda beberapa tip yang anda boleh baca dan kemudiannya bertindak sama ada anda hanya mahu kekal di skala yang sama atau besarkan company dan kembangkan syarikat anda ke arah yang lebih besar.

1. Cipta misi syarikat

Ini merupakan sebab mengapa anda di sini. Tanpa anda consider kenapa anda wujud, sebab apa, dan kenapa pelanggan anda perlukan produk atau servis anda, anda akan ‘struggle’ untuk kekal dalam bisnes anda.

2. Tubuhkan plan bisnes yang solid

Apa plan anda untuk 5 hingga 10 tahun akan datang? Ia mungkin tentang perkembangan market, team anda atau yang berkaitan dengannya. Aim tinggi!

3. Kekal & laksanakan proses serta sistem

Kekalkan dan laksanakan proses dan sistem yang anda rasa ia perlu diteruskan dan perlu untuk masa hadapan. Kenalkan handbook syarikat termasuk polisi dari HR. Ia mungkin nampak tidak perlu tapi dari sini anda boleh nampak dan dapatkan staff yang anda mahukan.

4. Invest dalam branding

Jika anda mempunyai dana, lantik orang yang lebih profesional untuk design laman web anda, reka bentuk logo dan marketing. Mempunyai jenama visual yang kukuh, pelanggan anda akan lebih kenal dan suka dengan anda dari awal.

Apabila anda mula mula buka bisnes, anda perlu ambil tahu beberapa perkara penting. Antaranya kerja harian anda yang mungkin berulang-ulang atau biasa sahaja.

Tetapi jika anda ingin berkembang maju dan berjaya, penting bukan sahaja untuk hidup dalam masa kini tetapi juga untuk terus melihat masa depan.

Sekiranya anda ingin berjaya, dan bersaing dengan senjata besar, janganlah bertindak seperti perniagaan kecil yang sedang anda buat sekarang tetapi CEO yang menghancurkan matlamat dan mewujudkan warisan untuk masa depan.

Jika anda lihat di zaman ini, persaingan sangat sengit. Jika anda masih tidak bertindak untuk keluar dari ‘gua’ untuk cari ilmu, selamanya anda akan tersekat.

Persaingan di zaman ini sangat sengit dan sangat cepat berubah. Peluang perniagaan datang dan pergi dengan pantas. Idea bisnes, jika tidak segera direalisasikan akan tidak berguna dalam tempoh kurang dari 6 bulan.

Jadi amatlah penting untuk anda tanam growth mindset anda untuk lebih berjaya di masa hadapan. Berbisnes takkan nak selamanya di tahap yang sama? Betul betul?

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply