Bukan Wanita Sahaja Nak Cantik, Lelaki Juga. 3 Tip Berbelanja Produk Kecantikan

ukan Wanita Sahaja Nak Cantik, Lelaki Juga. 3 Tip Berbelanja Produk Kecantikan

Kecantikan, tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti semua mahu tampil cantik kerana kecantikan adalah sesuatu yang sangat sinonim buat golongan itu. Cantik itu sendiri didefinisikan sebagai suatu yang indah dan menarik.

Setiap wanita mentafsirkan makna cantik mengikut pandangan masing-masing, ada yang menganggap cantik itu apabila memiliki tubuh langsing menawan. Ada pula berpendapat seseorang wanita yang cantik mempunyai kulit wajah halus mulus bak bayi manakala ada pula menyatakan cantik itu dinilai apabila wanita itu mempunyai pakej lengkap iaitu paras rupa, bijak dan berbudi bahasa.

Selain wanita, lelaki kini juga tidak kurang hebatnya apabila membicarakan berkenaan personaliti diri. Tidak sama seperti 10 atau 15 tahun lalu, golongan itu semakin rancak dan bijak dalam soal imej serta penampilan harian.

Jika diperhatikan, ada sesetengah lelaki memperuntukkan belanja lebih besar dalam penjagaan diri berbanding wanita. Sama seperti wanita, lelaki juga mahu memiliki kulit wajah sihat dan bergaya, rambut yang terurus selain penampilan yang meyakinkan.

Malah kini semakin ramai lelaki yang mahir dalam aspek itu hinggakan ada perkara yang lebih diketahuinya berbanding wanita.

Tak kira kaum Adam atau Hawa, dua-dua nak sihat dan cantik.

3 tip berbelanja produk kecantikan:

1. Jualan murah dan istimewa

Rebut peluang sewaktu jualan murah dan istimewa. Sebagai contoh, produk kegemaran anda hanya menawarkan diskaun setahun sekali. Tak salahkan anda menabung awal.

Biasanya, waktu itu free gift pun lebih berbanding belian pada hari biasa.

Daripada anda menyesal terburu-buru membeli pada waktu yang tak tepat, adalah lebih baik anda bersabar membeli sewaktu ada diskaun.

Jika diskaun 50% berbanding harga asal, anda dapat lebihan wang bukan. Boleh beli barang lain pula.

2. Sampel percuma

Anda selalunya boleh mendapatkan sampel atau kupon berharga dengan mengisi borang yang terdapat di laman web produk kesukaan anda.

Antara cara mudah untuk melakukannya adalah dengan menaip nama produk yang anda idamkan itu bersama perkataan ‘sampel’ atau ‘kupon’.

Selain itu, jika anda bijak mencari peluang, anda sebenarnya boleh mendapatkan sampel produk secara percuma dari kaunter kecantikan di pusat beli-belah, terutama jika anda mendapatkan makeover di situ.

Saiz sample yang kecil sesuai untuk dibawa sewaktu anda travel, jimat ruang beg anda berbanding bawa produk full size.

3. Jangan terpengaruh

Pastikan produk yang anda guna sesuai dengan anda. Jangan terpengaruh dengan produk kecantikan yang digunakan sahabat atau ahli keluarga yang lain.

Ya lah, jenis kulit kita tak sama. Ada yang mengalami alahan, ada tidak.

Ada yang boleh guna apa sekali pun jenis lipstick, ada pula yang tak boleh kerana menyebabkan kekeringan pada bibir.

Jika anda membeli produk yang tak sesuai, akhirnya tak pakai produk tersebut. Itu kan membazir dan merugikan anda.

Marilah kita jadi pengguna yang bijak, cantik di wajah, cantik di hati. 

Artikel terbaru

Leave a Reply