Dari Dapur Terjun Jadi Usahawan, 3 Fakta Wanita & Perniagaan

wanita dan perniagaan

Anda pernah dengar peribahasa ‘tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia’?

Peribahasa ini sinonim dengan kaum wanita kerana walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara begitu juga dengan membangunkan empayar perniagaan.

Usahawan terutamanya golongan wanita perlu mempelajari serta mencontohi semangat dimiliki tokoh usahawan Islam, Saidatina Siti Khadijah Al-Khuwailid yang berjaya dalam perniagaan walaupun berdepan pelbagai krisis.

Terdapat banyak perkara tentang cara Siti Khadijah berniaga yang boleh dicontohi pada zaman moden ini dan boleh dilaksanakan dengan mudah melalui istiqamah serta mengambil tindakan.

Peningkatan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.

Banyak faktor mendorong penyertaan wanita dalam bidang perniagaan antaranya pendidikan menjadikan wanita lebih peka kepada kehendak pasaran.

Fakta Wanita dan Perniagaan

Perniagaan dalam talian

Perniagaan dalam talian atau online memberi peluang kepada usahawan wanita beroperasi selama 24 jam setiap hari hanya menggunakan teknologi digital pada bila-bila masa dan di mana saja.

Perniagaan ini juga berisiko rendah berbanding perniagaan biasa. Usahawan tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan dan kelengkapan lain.

Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.

Wanita gemar memilih jualan online kerana memberikan pulangan lumayan khusus buat suri rumah ingin menjana pendapatan tambahan. Pelanggan perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia.

Sungguhpun perniagaan dalam talian tidak dapat menggantikan sepenuhnya perniagaan konvensional, dalam tempoh singkat ia sudah berjaya mengatasi perniagaan biasa.

Pemilihan produk diketengahkan juga penting bagi memenuhi permintaan pasaran semasa selain penggunaan bahan selamat untuk wanita.

Skim Pembiayaan Wanita dan Perniagaan

Pelbagai tawaran dan kemudahan seperti latihan, bimbingan dan khidmat nasihat, premis perniagaan serta pembiayaan disediakan dapat dimanfaatkan oleh ramai usahawan wanita.

Kerajaan memperuntukkan dana pembiayaan berjumlah RM230 juta antaranya melalui program Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) di bawah Majlis Amanah Rakyat dan Tekunita menerusi Tekun Nasional bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat C0VID-19 selain meningkatkan kapasiti perniagaan mereka.

Kerajaan juga menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita untuk merancakkan penyertaan kumpulan itu antaranya melalui latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.

Wanita cekal

Usahawan wanita perlu cekal dalam menghadapi sebarang masalah yang berlaku termasuk sanggup berdepan dengan masalah-masalah dalam menjalankan perniagaan dan menganggapnya sebagai satu cabaran.

Mereka juga perlu berusaha memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikannya jika ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang lebih komprehensif perlu dibentuk bagi membantu dan memantau aktiviti keusahawanan dalam kalangan usahawan wanita.

Ramai anak didik Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks terdiri daripada usahawan wanita berjaya. 

Banyak kisah jatuh bangun mereka membina empayar perniagaan yang kukuh boleh dijadikan inspirasi dan panduan selain mendapat tunjuk ajar daripada Mentor yang ada proven results.

Artikel terbaru

8 Comments

Leave a Reply