Tiada Modal Pemasaran? 6 Tip Pemasaran Baru Nak Mula Bisnes

Tiada Modal Pemasaran? 6 Tip Pemasaran Baru Nak Mula Bisnes

Bisnes, apabila kebanyakan usahawan memulakan syarikat mereka, memang tiada bajet untuk apa-apa apatah lagi pemasaran.

Belum ada peruntukan memasarkan produk atau perkhidmatan untuk media berbayar, menaja acara atau melantik pegawai pemasaran.

Sebab itu, jika anda memilih pengasas bersama, cari keseimbangan kemahiran antara dua atau tiga pengasas tersebut. Contohnya, gabungan pengasas yang mahir pemasaran, seorang lagi bahagian operasi.

Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, bagaimana nak lakukan pemasaran dengan sedikit atau tanpa bajet?

Anda perlu menjelmakan sikap ‘pemasaran keusahawanan.’

6 tip pemasaran usahawan baru memulakan bisnes:

1. Jenama dan cerita (Brand and story)

 Lakukan ini dengan baik pada permulaan kerana hampir mustahil untuk diubah kemudian. Minta pereka grafik membuat logo dan rupa dan rasa identiti anda; awak sempurnakan cerita.

2. Hantaran di laman media sosial (Social media posts)

Target market atau kumpulan sasar sangat penting. Kandungan atau posting anda di laman sosial mesti sesuai dengan kumpulan sasaran.

Posting pula perlu dilakukan dengan kerap dan konsisten.

Ada pengguna akan tengok last post, untuk memastikan laman tersebut aktif atau tidak sebelum membuat belian secara atas talian.

Maksudnya, posting yang aktif juga dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda.

3. Laman web dan SEO (Website and SEO)

 Pastikan ini dilakukan dengan baik, melalui platform laman web yang responsif dan Search Engine Optimization (SEO).

4. Video pendek (Short videos)

Orang suka video. Pastikan ia pendek, menarik , mesej jelas dan dioptimumkan dengan SEO.

5. Individu berpengaruh (Influencers and evangelists)

Jika sahabat anda mempunyai pengikut akaun di media sosial seperti Instagram yang ramai, tak salah untuk dapatkan khidmat mereka untuk buat review produk dan perkhidmatan anda. Jika anda dapat khidmat individu terkenal, itu lebih baik.

6. Pemasaran e-mel dan penyasaran semula (Email marketing and re-targeting)

Dapatkan alamat e-mel pelanggan atau prospek kerana kaedah ini lebih murah untuk menyasarkan semula pelanggan semasa dan bakal pelanggan melalui pemasaran e-mel.

Bagi yang baru nak memulakan perniagaan, jangan segan-segan untuk menuntut ilmu.

Jika anda nak buat video, biarlah video yang menarik pelanggan anda, content yang buat pelanggan baca sehingga habis dan jenama anda yang akan kekal dalam minda pelanggan.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply