Apa Kaitan SEO Dengan Bisnes? 9 Manfaat Buat Usahawan

SEO

Apabila anda berniaga sepenuh masa menggunakan online marketing, Search Engine Optimization (SEO) sangat diperlukan dalam bisnes anda. Dengan alat yang tepat, anda dapat meningkatkan hasil pencarian bisnes anda di laman web.

Ia juga merupakan satu strategi pemasaran yang berkesan di internet. Contohnya, anda berniaga servis kereta sewa. Apabila bakal pelanggan anda taip ‘kereta sewa’ di laman web enjin carian Google, bisnes anda akan berada di senarai carian yang pertama.

Apabila bisnes anda berada pada carian yang pertama, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

9 Manfaat Search Engine Optimization (SEO) ke Bisnes

1. Menaikkan trafik carian

Apabila bisnes anda berada pada carian enjin yang teratas dalam carian Google, ia akan menaikkan trafik pengunjung ke website anda. Ini kerana, apabila pengunjung taip produk yang mereka mahukan, dan anda ada menjual barangan tersebut. Nama bisnes anda akan berada dalam senarai yang teratas apabila mereka klik ‘search’.

2. Meningkatkan jualan

Sekiranya bisnes anda adalah yang pertama bakal pelanggan akan lihat apabila mereka Google, ia secara langsung akan menaikkan jualan anda. Ini kerana, mereka akan tekan ‘link’ tersebut untuk lihat apa yang anda tawarkan. Mereka akan terus dibawa ke laman web rasmi bisnes anda.

3. Meningkatkan daya saing

Anda boleh tingkatkan daya saing dalam bisnes dengan jadikan bisnes anda mudah dicari oleh bakal pelanggan. Sekiranya bisnes anda selalu berada pada carian yang teratas, peratusan pelanggan untuk buka ‘link’ yang menghubungkan ke laman web anda adalah lebih tinggi. Itupun jika tajuk anda menarik dan kena dengan apa yang pelanggan cari.

4. Faham proses yang diperlukan

Anda juga kena faham proses yang diperlukan dalam carian enjin ni. Kalau anda nak tingkatkan trafik ke website anda, anda kena tahu faktor-faktor yang membuatkan carian pada website anda selalu tinggi contohnya anda ikut trend masa ketika menulis konten.

5. Sentiasa kemaskini website

Jika anda nak orang selalu berkunjung ke website, anda mestilah sentiasa mengemaskini website anda dengan maklumat yang terkini. Bukan 2-3 tahun baru kemaskini website. Sekiranya anda berniaga produk kesihatan, anda kena update produk apa yang sudah kehabisan stok, produk yang sedang dipromosi dan sebagainya. Bila anda selalu update, pelanggan akan bersiap sedia untuk cari alternatif lain.

6. Guna konten yang luar biasa

Konten adalah aspek yang paling penting dalam sesebuah website. Tanpa konten yang terbaik, agak mustahil untuk anda berada dalam ‘top search’ dalam carian Google. Artikel anda mesti mengandungi konten yang ditulis dengan baik dan memberi nilai sebenar kepada pembaca anda.

7. Buat keywords research

Jangan sesekali menulis artikel tanpa buat kajian tentang ‘keywords’ yang menjadi pilihan pelanggan. Jika anda tahu apa kata-kata yang pelanggan selalu guna bila taip perkataan di carian enjin, ia akan memudahkan kerja anda untuk menulis berdasarkan perkataan tersebut. Anda boleh mengkaji trend terkini dan tahu permintaan yang semakin meningkat dan menurun.

8. Tulis untuk pembaca

Anda harus ingat yang anda menulis untuk beri pengetahuan kepada pembaca anda. Jadi, anda kena tulis dengan tujuan pembaca akan dapat manfaat dari apa yang anda tulis. Bukan semata-mata nak viral atau terkenal. Jika apa yang anda tulis menjadi terkenal, ia satu bonus pada bisnes anda kerana anda akan jadi carian yang paling tinggi dan dalam masa yang sama, pembaca akan dapat ilmu.

9. Website ‘friendly user’

Apa akan jadi pada bisnes anda sekiranya pelanggan tak tahu pun yang anda ada website? Jadikan website anda mudah digunakan dan dicari oleh bakal pelanggan dan pelanggan yang sedia ada. Wujudkan sistem navigasi yang baik dan masukkan ‘link’ artikel yang anda rasakan terbaik di sisi kiri website anda. Semakin baik website anda, semakin ramai pengunjung yang akan melawat untuk dapatkan maklumat yang dicari.

10. Tingkatkan kelajuan website

Jika anda nak pelanggan suka ke website anda, anda kena tingkatkan kelajuan proses loading ketika mereka ‘klik’ website anda.

Contohnya, apabila mereka tekan ‘link’ ke website anda, mereka tak perlu ambil masa yang lama untuk menunggu. Walaupun ia bukan satu perkara yang kritikal, ia adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan jika anda mahu mewujudkan sistem yang baik secara keseluruhan. Website yang ambil masa 5 saat untuk loading boleh dilabelkan sebagai perlahan oleh Google.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply