Bagaimana The Beatles Membina Legasi?

Bagaimana The Beatles Membina Legasi?

John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr bukan sekadar nama-nama artis yang pernah mewarnai persada muzik global. 

Mereka juga bukan hanya setakat jejaka kacak British yang menawan hati ramai orang di seluruh dunia.

Mereka adalah sekumpulan jejaka yang berbakat besar dan sudah membuktikan pada semua bahawa dengan bakat yang ada, mereka mampu menjadi legasi dunia!

Ini bukan main-main! The Beatles adalah sebab lebih ramai individu yang berbakat dalam bidang nyanyian atau bermain alat muzik mula berani untuk tampilkan diri membina legasi tersendiri.

Industri muzik adalah sebuah perniagaan. Ianya bukan setakat “dia berbakat dan dia berbeza dari orang lain..” tapi dengan proses penjenamaan dan dengan kempen permasaran yang betul, bakat yang dimiliki dapat memberikan keuntungan jangka panjang.

Bagaimana sebuah kumpulan yang dianggotai 4 orang jejaka dari Liverpool ini mampu menggegarkan dunia dan sehingga kini mampu menjual 80 juta unit albumnya secara fizikal dan tidak terkira jumlah lagunya yang di muat turun dari internet, sehingga memiliki saluran Beatles Greatest Hits di saluran Spotify?

Belum lagi tentang anugerah-anugerah yang diterima, bilangan lagunya yang bertakhta di tangga carta-carta lagu hit di seluruh dunia dan banyak lagi anugerah yang menjadikan mereka antara artis terkaya sepanjang zaman di dunia.

Itu belum lagi jika dihitung konsert-konsert yang sentiasa ‘sold out’ bahkan ada juga yang mula mencipta aplikasi game untuk The Beatles?

Ada yang kata The Beatles popular kerana lagu-lagunya, ada yang kata kerana wajah tampan mereka dan ada juga yang bersepakat mengatakan kerana kontroversi yang ada dalam kumpulan itu sendiri? Apa sebenarnya yang menjadikan mereka legasi?

Bila ditanya bagaimana The Beatles boleh menjadi legasi, Michael Hsu, pengarah pemasaran untuk Rapleaf yang mengendalikan kajian khas ke atas kepopularitian Beatles sehingga mampu menghasilkan fenomena “BattleMania” mengatakan “If you find out why, will you let us know?”

Menurut beberapa kajian lain, Beatles mampu bertahan dan menjadi legasi kerana dari awal lagi mereka jadikan diri mereka mudah dilihat dan dijumpai. Mereka yakin, lagu mereka sangat memberikan impak yang kuat sehingga orang sanggup berbelanja untuk mendapatkan apa sahaja berkaitan The Beatles.

Ramai pengkaji merumuskan, 4 perkara yang menjadikan The Betles menjadi satu jenama yang sangat terkenal sepanjang zaman:

1 – Berani melangkah keluar sempadan dan menjadi berbeza

The Beatles terkenal dengan keberanian mereka menghasilkan muzik baru yang kemudiannya menjadi ikutan ramai.

2 – Tampil gagah dan kuat

The Beatles tak pernah dilihat tampil di hadapan khalayak tanpa kesemua ahlinya. Mereka sentiasa pastikan keempat-empat mereka ada bersama dalam apa juga situasi. Ini menjadi kekuatan kepada mereka dan jenama itu sendiri.

3 – Menjaga fan base

The Beatles sangat terkenal dengan karenah mereka yang suka melayan peminat. Samada secara berhadapan atau dengan membalas surat-surat mereka, The Beatles mendapat sokongan peminat melalui kesudian mereka untuk meluangkan masa bersama peminat.

4 – Ringkas dan mudah

Tampil ringkas dan mudah menyebabkan The Beatles mudah digemari oleh segenap lapisan masyarakat.  Walaupun kumpulan itu telah ditubuhkan semenjak awal tahun 60-an, sehingga kini ahli yang tinggal iaitu Paul Mccartney dan Ringgo Starr masih lagi tampil dengan imej ringkas.  Bagi mereka, rings menyebabkan semua lapisan masyarakat mudah untuk ‘connect’ dengan mereka.

 

Artikel terbaru

Leave a Reply