Desa Murni Batik: Legasi Perniagaan 49 Tahun, Cabaran Tradisional Kepada Digitalisasi

Desa Murni Batik: Legasi Perniagaan 49 Tahun, Cabaran Tradisional Kepada Digitalisasi

Di Malaysia, batik Malaysia dikenali sebagai satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Di negara ini juga, batik digunakan secara meluas malah turut digemari oleh pelancong asing untuk dijadikan buah tangan dibawa pulang ke negara masing-masing kerana nilai keseniannya yang unik dan menarik.

Keindahan batik tak lekang dek panas tak usang dek hujan, sehingga hari ini masih mendapat sambutan.

Anak muda, Ahmad Akram Anwar, 26, mewarisi perniagaan keluarganya, Desa Murni Batik.

Mewarisi perniagaan keluarga bukan tiket untuk anak muda ini mengabaikan pelajaran dan berhenti menimba ilmu.

“Mula-mula saya tak tertarik sangat dengan bisnes. Tak masuk campur sangat dalam bisnes ayah saya. Sebab saya rasa saya perlu habis belajar dulu. Dah habis belajar baru nak terlibat dengan bisnes,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Akram.

Cabaran transformasi

Sebelum ini perniagaan yang diusahakan ayahnya dijalankan secara tradisional.

Bukan mudah untuk melakukan transformasi pada model perniagaan yang telah dijalankan secara tradisional selama 49 tahun kepada dalam talian.

Menurutnya, pelbagai percanggahan idea timbul dalam usaha membawa perniagaan ke dalam talian.

“Ada yang setuju, ada yang tidak kerana perniagaan dalam talian memerlukan kita cari pelanggan, bukan hanya buka kedai dan tunggu orang masuk.

“Kita perlu dekati pelanggan sama ada melalui iklan ataupun bahan posting yang betul, baru pelanggan datang,” jelasnya.

Sejuta pertama pada usia 22 tahun

Akram meraih jualan RM1juta pertama pada usia 22 tahun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Ketika itu, beliau telah menempah beberapa booth untuk menjual baju Melayu sempena hari raya pada tahun 2020.

“Sebelum mula jualan secara online kami dah setting booth di beberapa tempat untuk jual baju Melayu di Kuantan, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.

“Selepas Perdana Menteri umum PKP tak boleh buka bazar dan peraturan lain saya tak fikir banyak  terus kata aku nak buat online terus,” ujarnya.

Menurut Akram, walau jualan telah mencecah RM1juta tetapi jumlah tersebut tidak stabil.

Restu Mama

Setelah melakukan transformasi perniagaan secara atas talian, ada rakan yang menasihatkan Akram agar menyertai kelas bimbingan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Akram mengambil langkah mencari maklumat lanjut mengenai Dr Azizan.

Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, Akram menyatakan hasrat kepada ibunya untuk menyertai kelas anjuran RichWorks.

“Saya search dan maklumkan kepada mama, mama kata ok dan try. Saya call RichWorks dan terus daftar sebagai Titan pada November 2020,” katanya.

Nampak banyak lubang

Daripada kelas yang dihadiri, Akram mendapati banyak kekurangan dalam perniagaan yang dijalankan selama ini perlu diperbaiki.

“Bila saya masuk, saya nampak amat banyak lubang-lubang dalam bisnes dan lagi jelas hala tuju mana kita nak pergi lepas ini. Apa nak buat dengan team.

“Apa cacat-cacat, lubang yang ada kami nak improve,” katanya.

Tambah Akram, attitude dan mindsetnya juga banyak berubah. Malah perubahan tersebut turut disedari ibunya.

“Even mama saya juga tegur, your attitude dah berubah sekarang. Attitude dah jadi lebih baik,” ujarnya.

Selain itu, Akram turut mengemari ilmu kepimpinan yang dikongsikan oleh Dr Azizan.

“Dulu saya bekerja dengan kawan semua. Kita rasa kita betul. Kita rasa idea kita paling bagus. Kita rasa tak ada orang boleh naik lagi atas dari kita.

“Bila masuk Titan, saya ubah bagaimana kita kena dengar pekerja, bagaimana bina hubungan dengan pekerja,” kongsinya.

Menurut anak muda ini, sebelum menyertai RichWorks, beliau juga skeptikal dengan terhadap Dr Azizan.

“Bila dah masuk baru tahu, die punya power, ilmu yang banyak lagi saya dan team belum belajar,” katanya.

Desa Murni Batik

Sebelum ini pertumbuhan jualan syarikat tersekat selepas mencapai paras RM1 juta setahun namun setelah mengikuti program mentoring Titanium, Desa Murni Batik berjaya meraih jualan RM11.4 juta pada 2021.

Beliau menyasarkan angka RM20 juta pada tahun 2022.

Syarikat yang bermula dengan 3 orang pekerja, kini telah memiliki 75 orang.

Maklumat lanjut dan produk boleh didapati di laman sesawang desamurnibatik.my.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply