Tak Salah Berimpian! 5 Teknik Untuk Realisasikan Impian Anda

Tak Salah Berimpian

“Saya berniaga sebab nak bantu orang dan bagi manfaat kepada mereka”

Dalam hidup ni, semuanya ibarat games. Ada peraturan, perlukan skill, kena ada ilmu, tak boleh melebih-lebih dan anda juga perlukan coach barulah boleh menang dan capai impian anda.

Cuba anda fikir, kalau main game tapi tak ada rules, best ke main game macam tu? Atau, pernah tak anda jumpa game yang tak ada rules?

Nak capai impian ni bukan senang tau. Anda kena berusaha untuk dapatkannya. Contohnya impian anda nak bina bisnes dan ada jenama sendiri.

Jadi, anda akan guna apa cara sekalipun untuk mencapai impian tersebut. Betul ke betul?

Berikut adalah perkongsian teknik untuk anda mencapai impian anda. Jika anda masih lagi ragu-ragu dengan impian dan matlamat anda, belum tahu apa arah tujuan anda dan ingin dapatkan gambaran apa yang perlu anda lakukan untuk capai impian anda.

5 Teknik Untuk Realisasikan Impian:

  1. Tahu apa yang nak dicapai

Anda tahu tak apa yang anda nak capai dalam hidup anda? Contohnya, anda nak jadi seorang peniaga yang kaya dan berjaya. Tapi anda tak ada modal dan ia telah menghalang impian anda dari tercapai.

Jadi, nak start bisnes tu, anda akan guna apa sahaja cara untuk menjayakannya. Bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, nak ada bisnes sendiri, anda tak semestinya kena ada produk sendiri.

Anda boleh bermula dengan bisnes yang kecil-kecil dahulu. Paling kurang, anda bermula dengan dropship atau ejen.

Anda kumpul dulu duit sikit-sikit dan lepas dah ada duit dan ekonomi pun dah stabil, baru anda mulakan bisnes anda sendiri. Jadi, boleh lah anda buat produk dan jenama atas nama anda sendiri. Faham ke faham?

  1. Faham apa yang perlu anda buat.

Sebelum masuk gelanggang, anda kena tahu apa peraturan game tersebut. Betul ke betul? Anda juga kena faham dengan jelas apa yang anda nak capai dan apa perkara yang anda patut buat untuk mencapainya.

Anda kena plan betul-betul dan buat market research sebelum start bisnes. Bukan main ikut orang je. Bila anda tengok sesuatu bisnes laju je jualan dia, terus anda follow nak jual benda yang sama.

Sebagai peniaga, anda kena tahu apa peluang yang anda boleh grab untuk kembangkan bisnes tersebut.

  1. Tentukan ‘wins’ anda.

‘Wins’ setiap orang adalah berbeza. Tentukan apa kemenangan yang anda nak capai untuk hidup anda dengan melihat kepada kemenangan anda yang semalam.Dengan itu, anda akan berusaha untuk buat perkara yang lebih lagi.

Anda akan fikir idea-idea baru yang fresh untuk cari kelainan. Bayangkan anda berada dalam sebuah game, anda perlu fokus untuk menang setiap game yang kecil untuk dapat point yang melayakkan anda ke peringkat seterusnya.

Dengan menang game yang kecil ini, anda akan draw plan yang lebih besar dan guna teknik yang orang tak buat lagi untuk menjadi juara keseluruhan game tersebut.

  1. Terapkan disiplin dalam diri

Kejayaan bukan datang sekelip mata je. Nak berjaya, anda kena cari ilmu dan mentor yang boleh bimbing anda. Bukan tu je,anda kena terapkan disiplin dalam diri anda supaya anda boleh capai semua impian anda.

Kalau anda nak ia tercapai dengan lebih cepat, anda kena tulis besar-besar dan tampal dalam bilik anda. Jadi, bila anda tengok impian tersebut, ia akan kuatkan lagi semangat anda untuk berusaha lagi keras.

Sama juga bila anda rasa kecewa atau sedih, bila anda terpandang je impian-impian tadi, ia akan menaikkan semula semangat anda.

  1. Cari MenThor

Apa-apa yang anda nak buat, anda kena ada MenThor untuk ajar anda dan monitor apa yang anda buat. Bila anda ada MenThor, anda boleh kurangkan kesilapan dalam bisnes anda.

Carilah MenThor yang betul-betul mahir dan tahu selok belok dunia perniagaan. Ramai orang yang gagal dalam bisnes adalah kerana mereka tak ada MenThor.

Dah la tak ada MenThor, ilmu pun tak ada. Macam sia-sia je mereka berbisnes bila sebab utama mereka gagal adalah tak ada ilmu. Jadi, untuk elakkan anda buat kesilapan yang sama, cari lah ilmu dan MenThor.

Belajar lah dari mereka yang arif dan berpengalaman luas dalam bidang bisnes. Dan mereka yang pernah lalui jatuh bagun dalam bisnes.

Artikel terbaru

Leave a Reply