Teknik Copywriting Di Media Sosial

Teknik Copywriting Di Media Sosial

Jika anda berniaga di media sosial, teknik copywriting sangat penting dalam pemasaran produk anda. Macam mana anda nak ‘pegang hati’ pelanggan kalau anda tak tahu dan tak minat menulis?

Cuba anda lihat di Facebook dan Blog, kata-kata adalah senjata yang paling berkesan untuk memujuk orang ramai menggunakan sesuatu produk. Kata-kata jugalah yang viralkan perniagaan anda supaya diketahui ramai.

Kenapa perlu menulis, kerana kekerapan anda menulis di blog dan Facebook menyebabkan lebih mudah perniagaan anda di jumpai di ruangan Search. Sebagai seorang peniaga dan jika anda nak kekal lama serta mudah dikesan oleh pihak media, anda perlu menulis.

Apa kata kami kongsikan 7 teknik berkesan dalam mencari idea menulis artikel. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada perniagaan anda. Ilmu bisnes dan pemasaran ini adalah khas untuk anda usahawan yang nak tingkatkan jualan dengan pelbagai teknik pemasaran.

7 teknik berkesan dalam mencari idea menulis:

  1. Jadikan masalah anda sebagai idea

Setiap orang ada masalah dan mungkin masalah atau persoalan yang dialami oleh anda turut dialami oleh orang lain. Bagi selesaikan masalah tersebut, anda akan guna pelbagai cara seperti pembacaan, bertanya orang, dan sebagainya untuk selesaikan masalah anda.

Melalui proses tersebut, anda akan dapat banyak cara dan ia boleh dimasukkan dalam penulisan bagi menolong orang ramai. Jika anda menulis untuk perniagaan, anda boleh ‘highligh’ apa masalah yang boleh dibantu oleh perniagaan anda.

Contoh, jika anda pengeluar produk kecantikan, anda mungkin boleh menuls tentang bagaimana mahu menjaga kulit muka supaya tidak kusam dan sebagainya.

  1. Rajin bertanya soalan

Anda kena rajin dan aktif bersosial di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Blog. Bertanya soalan di laman media sosial anda, dan meminta followers anda untuk memberikan komen adalah satu teknik ‘engagement’ dengan followers.

Dengan cara ini, secara tak langsung anda sebenarnya sedang membuat sedikit kajian tentang masalah yang dihadapi oleh prospek, apa situasi mereka dan apa cabaran mereka. Dari sini, anda akan dapat idea untuk menulis.

3. Mengolah semula artikel-artikel lama

Jika anda betul-betul kering idea, cari artikel lama di surat khabar, majalah atau page berkaitan perniagaan. Anda boleh olah semula artikel-artikel mereka mengikut acuan anda sendiri bukan direct copy-paste dari page tersebut.

Sesetengah artikel yang pernah diterbitkan beberapa tahun yang lalu mungkin sudah tidak relevan lagi digunakan. Masukkan tips atau idea-idea yang segar supaya artikel itu diberi ‘nafas’ baru sesuai dengan pemasaran perniagaan masa kini.

4. Isu semasa dan berita terkini

Sesetengah isu semasa adalah sangat menarik untuk dijadikan sebagai idea dalam menulis artikel. Jika anda ingin ketengahkan isu semasa dalam penulisan anda seperti topik berkaitan ekonomi, perniagaan trending, tips pemasaran terkini dan strategi meningkatkan business, anda perlu sentiasa up-to-date dengan media sosial. Ini kerana ia menyediakan berita terkini dari seluruh dunia.

5. Mengulas semula artikel blog dan pinterest

Blog dan Pinterest adalah platform terbaik untuk mendapatkan tips dan strategi dalam perniagaan. Ada banyak artikel yang ditulis oleh pakar-pakar ekonomi.
Anda hanya perlu baca dan ulas semula mengikut acuan penulisan yang anda inginkan. Ketika anda mengulas artikel tersebut, cuba masukkan pendapat dan pandangan anda mengenai topik yang dibincangkan.

Sekurang-kurangnya, pembaca dapat melihat topik tersebut dari perspektif yang berbeza.

6. Komen yang dihantar oleh pembaca

Jangan sesekali pandang remeh pada komen-komen yang dihantar oleh pembaca anda. Melalui komen-komen tersebut, anda akan dapat idea baru untuk menulis.

Kadang-kadang, pembaca akan bertanya soalan pada anda, dan dari soalan tersebut anda juga boleh buat satu penulisan. Dari soalan akan bertukar kepada jawapan yang padat, penuh dengan ilmu bermanfaat.

7. Belajar teknik copywriting

Copywriting yang menarik akan buatkan orang sentiasa ternanti-nanti posting anda. Ianya juga boleh bantu anda close sales. Ayat copywriting yang baik sepatutnya ada emosi (takut, gembira, risau, sakit dan lain-lain) , juga mengandungi penekanan kepada masalah, dan juga cara penyelesaian menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

Ada banyak kelas-kelas copywriting, yang dikendalikan di luar sana, terutamanya oleh anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. Anda boleh belajar dari mereka yang dah terbukti membantu ramai peniaga membina copywriting yang bagus.

Artikel terbaru

Leave a Reply