Tanpa Team Kuat, Bisnes Sukar Maju

Tanpa Team Kuat, Bisnes Sukar Maju

ALHAMDULILLAH, saya mulakan dengan rasa syukur kerana Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia 2022 dapat berjalan lancar di The Mulia, Nusa Dua di Bali, Indonesia.

Meskipun agak penat, baru sampai ke tanah air dari Switzerland kerana mengikuti kelas di IMD Business School dan keesokan harinya terus terbang ke Bali bagi persediaan ICM.

Seramai 366 warga program pementoran Titanium RichWorks termasuk 30 Mentorship Indonesia mengikuti ICM dari 7 hingga 9 September disambung sesi Titanium Premier.

RichWorks mula melebarkan sayap ke Indonesia dengan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia di bawah pimpinan Dr. Sandiaga Uno dan pasukannya.

Semua ini takkan berjaya tanpa adanya team yang kuat, terutama barisan pengurusan yang align dengan matlamat, misi dan visi sama.

Saya tidak mampu berada pada tahap ini, melatih dan membimbing jutaan orang sejak 2008 termasuk ribuan usahawan jutawan bagi metamorfosis diri serta bisnes ke tahap lebih tinggi berseorangan.

Umpama sebuah hospital pakar, tidak hanya doktor pakar, ia memerlukan jururawat, pembantu klinikal, juru X-ray, ahli farmasi dan banyak lagi.

Begitu juga RichWorks dan perusahaan lain.

Ingat, jika bisnes anda mahu berkembang ke tahap lebih tinggi, penting untuk membina team yang kuat.

Tapi tanpa pemandu yang bagus, bagaimana nak membawa penumpang-penumpang ke destinasi dengan lebih cepat, malah selamat?

Anda sendiri sebagai founder dan pemilik bisnes kena main peranan yang penting.

Pada ICM kali ini, fokus saya ialah bagaimana usahawan nak menang dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Tahukah anda kadar inflasi dan faedah bank kita naik lebih daripada biasa berbanding bertahun-tahun sebelum ini?

Ini bermaksud kos berniaga potentially meningkat dan kuasa membeli berkurangan.

Bagaimana perniagaan nak kekal ‘hidup’, belum cerita nak grow lagi?

Kena belajar berniaga dalam keadaan ‘lean’, kurangkan ‘lemak’ dan ianya bukan proses sehari.

Trust the process, perjalanan anda pastinya ada cabaran dan sebagai usahawan tak boleh lari pun daripadanya.

Persoalan penting di sini, bagaimanakah anda tanganinya?

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply