Metamorfosis – Adakah berlaku dalam bisnes dan hidup anda?

Bagi orang yang berjaya di dunia pastinya ada melalui fasa metamorfosis dalam kehidupan mereka.

Tanpa metamorfosis, susah untuk seseorang itu berjaya sama ada dalam bisnes mahupun kehidupan malah menjadi insan yang luar biasa.

Apa itu metamorfosis?

Metamorfosis bagi saya bermaksud sesuatu perubahan besar atau transformasi dalam hidup ini. Mungkin tanpa sedar anda sebenarnya dah pun mengalami metamorfosis namun tanpa disedari.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan transformasi lebih baik, ia perlu dilakukan dengan consciousness atau sedar.

Bagi usahawan, saya umpamakan mereka ini seperti beluncas yang dalam kitaran hidupnya sebelum menjadi kepompong dan akhirnya sebagai kupu-kupu.

Bermula daripada telur, larva kemudian membentuk kepompong dan menjadi seekor kupu-kupu.

Tapi tahukah anda, ketika dalam fasa kepompong, masa yang sangat genting dan sukar di mana akan menentukan sama ada mereka dapat meneruskan kitaran hidupnya. 

Berada dalam ruang yang kecil, tanpa makan dan minum dengan bergantung kepada bekalan tersimpan dalam badan malah terdedah kepada ancaman luaran.

Kepompong yang dibentuk, perlu dipecahkan sendiri oleh bakal kupu-kupu yang akan menentukan hidup mati serangga ini.

Kajian saintis mendapati bila mana mereka cuba ‘membantu’ beluncas itu dengan memecahkan kepompong agar mudahkan ia keluar nanti, ia lebih mudah mati.

Kupu-kupu  itu tidak dapat ‘survive’ bila mereka tak dapat mengikuti proses untuk ‘memecahkan’ kepompong itu.

Ketika fasa kepompong itulah, umpama seseorang usahawan itu akan menerima tekanan, perubahan dan adaptasi perlu dilakukan.

Mereka perlu bertahan malah melalui proses perjalanan dalam membina bisnes yang berjaya. Ingat apa saya selalu katakan:

“Trust the process!”

Sebagai usahawan, anda perlu percaya kepada proses yang perlu dilalui dengan melakukan tindakan-tindakan dan panduan sudah saya berikan.”

Dari proses inilah, menghasilkan banyak kejayaan ramai usahawan terutamanya anak bangsa saya.

Di sinilah lahirnya usahawan jutawan, bila mana RichWorks memang ada banyak bukti-bukti kejayaan anak didik yang menyaksikan perubahan dan transformasi hingga capai jualan bukan hanya RM1 juta malah puluhan dan ratusan juta.

Begitulah juga yang berlaku dalam membina bisnes berjaya, usahawan itu perlu melakukan metamorfosis yang memerlukan 3 perkara ini :

  1. Mempunyai matlamat yang lebih besar
  2. Bila ada matlamat yang besar maka ia memerlukan tindakan besar bersama tekanan kepada petugas berkenaan.
  3. Proses transformasi tahap tinggi itu berlaku dengan sengaja.

Tiga perkara di atas ini menunjukkan apa yang diperlukan untuk metamorfosis. Jika tidak nak berubah maka hidup kita ini boleh ‘reverse’ atau terkebelakang.

Ini yang saya saksikan sendiri daripada bimbingan yang pernah diberikan kepada ramai usahawan membina bisnes berjaya bersama kami.

Selesa bagi usahawan

Bagaimanapun, usahawan juga tidak boleh selesa kerana selesa umpama ‘racun’ perniagaan terbesar anda!

Adakah anda selesa dengan prestasi jualan sekarang ini, selesa dengan perkembangan bisnes dilalui dan pelbagai lagi keselesaan yang anda rasa.

Baru mendapat kejayaan sikit, sudah selesa rasa sudah tak perlu buat apa-apa lagi penambahbaikan dan pembaharuan.

Inilah yang menjadikan anda lalai menyebabkan pesaing mula bergerak lebih pantas dan akhirnya memotong anda. 

Jika anda ingin metamorfosis kan bisnes dan kehidupan anda, saya jemput untuk bersama-sama pada Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022, 4 – 6 Mac ini. 

Saya akan kongsikan soal bina bisnes berjaya, bisnes yang sustain & penjenamaan dan pemasaran yang diperlukan masa ini kerana 2022 ini pastinya mencabar bagi bangsa usahawan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Metamorfosis – Adakah berlaku dalam bisnes dan hidup anda?” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



5 Comments

  • Shahrin Keriya

    Terima kasih Docter, atas tip & panduan.
    Saya pernah mendaftar untuk memasuki kursus Tn. Docter & telah pun selesai membayar (cuma rm 500 sahaja)
    Tetapi pada hari kejadian saya terpaksa membatal kan perjalanan saya ke Richwork kerana pihak immgresen telah menyerbu lot-lot pasar dipasar borong selangor kerana kami menggaji pekerja warga asing yg tiada permit sah.
    Semenjak dari itu saya tidak lagi berkesempatan ke kursus Tuan Doc.

    Sekarang pula saya terpaksa masuk hospital kerana serangan jantung akibat dari tekanan dlm pernigaan yg memburuk , diet yg tidak sihat & gaya hidup yg kurang sihat.
    Sewaktu menulis pesanan ini Saya berada diwad Jantung Hospital Selayang utk pemantauan Jantung

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment yang positif anda. Kami turut bersimpati atas situasi anda sekarang. Semoga diberi kesihatan dan dipermudahkan urusan anda.

  • Noor Akmar Ahmad

    1)Thinking
    2) Feeling
    3) action

  • Haji Samsudin Haji Samun

    Bagi mencapai RM1 juta pertama tidaklah sukar dan tidaklah mudah.

    Dengan matlamat yang besar, tanam impian dan disertakan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh proses transformasi akan berlaku dengan sengaja.

    • Team RichWorks

      Awesome! Terima kasih atas perkongsian anda. Semoga dipermudahkan urusan untuk mencapai matlamat dan impian anda!

Leave a Reply