Rasa-rasanya ‘lah, ikut firasat anda, boleh tak diri anda ni berjaya? Cuba cermin kejap diri sendiri, tengok kiri, tengok kanan? Apa sebenarnya bukti yang anda ni akan berjaya.
Adakah orang berjaya tu perlu tampan, kacak, bergaya atau cantik jelita? Adakah orang berjaya tu perlu tegap, sado atau gebu gebas?
Jadi apakah bukti anda akan menjadi usahawan berjaya. Kami nak kongsi dengan tanda menunjukkan anda bakal menjadi usahawan berjaya, insyaAllah.
8 tanda usahawan berjaya boleh anda amalkan:
- Anda Pandai Menguruskan Kewangan
Orang berbisnes kerana mahu tingkatkan pendapatan seterusnya dapat tingkatkan kebahagian dan buat amal kebajikan. Bila anda pandai uruskan kewangan, anda boleh gunakannya untuk pelaburan dalam berbagai bidang yang patuh syariah.
Belum cakap lagi tentang pelaburan anda untuk bekal di akhirat. Tapi apa-apa pun anda perlu tahu bagaimana nak uruskan kewangan.
Jika anda rasa anda memang jenis orang yang pentingkan duit, tahu kepentingan duit dan faham bagaimana mahu membina kewangan, InsyaAllah anda bakal menjadi usahawan berjaya.
- Anda Bergaul Dengan Orang Yang Berjaya
Adakah anda dari jenis yang suka bergaul dengan orang yang berjaya? Terutamanya di kalangan usahawan berjaya? Anda kagum dengan kejayaan mereka, anda selalu tertanya-tanya bagaimana mereka berjaya.
Anda rasa macam nak belajar dari mereka. Anda juga dari jenis manusia yang pening kepala bila dengar gosip dan cerita kegagalan hidup. Anda tak tahan dengar orang yang sentiasa mengeluh dan putus asa.
Anda tak tahan dengan orang yang asyik komplen tapi tak mahu ubah apa-apa. Sebab anda tahu setiap kegagalan bukan noktah kehidupan. Jika anda orang yang macam ni, bagus. Ini adalah tanda-tanda awal anda akan berjaya.
- Anda Fokus Dalam Membuat Tindakan
Ini lagi satu tanda penting untuk anda kenal pasti samada anda bakal usahawan berjaya. Anda susah nak putus asa dalam membuat tindakan dan berusaha. Anda akan berusaha dan buat sampai jadi.
Sedikit pun anda tak lari fokus kerana anda percaya apa yang anda rancang ini bakal berikan impak besar dalam kehidupan anda. Ada orang, dia mudah sangat hilang fokus.
Bila satu perkara yang dia buat dah mula jadi, dia pun mulalah nak buat perkara-perkara lain atau, baru try buat 2-3 kali dan tak jadi, mudah give up dan nak buat perkara lain. Jangan…sabar dan buat sampai jadi lagi dan lagi. Itu tandanya anda akan jadi pakar dalam bidang anda.
- Anda Ada Impian Yang Cukup Besar dan Gila
Orang yang ada impian adalah orang yang cukup gila untuk tak tidur dan terus bermimpi. Faham tak? Adakah anda macam tu? Orang yang bakal berjaya, adalah orang yang sanggup tak cukup tidur demi nak berusaha keras untuk terus berjaya.
Sanggup korbankan masa dan buat kerja gila demi nak berjaya. Anda tahu tak, pemilik Hipster Pomade, Tuan Amir Syakireen yang merupakan anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman hanya tidur 4 jam sehari demi nak bangunkan perniagaan Hipster Pomadenya sebelum ini.
Begitu juga dengan ramai lagi usahawan anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang lain, sanggup merantau dari pedalaman Sabah dan Sarawak demi nak bina kekayaan. Anda macam mana?
- Anda Tak Biarkan Orang Lain Hancurkan Cita-Cita Anda
Kita tak dapat elakkan diri dari dengar kata-kata negatif orang di sekeliling kita. Tapi, tanda orang berjaya ialah anda tak hiraukan apa orang kata!
Pernah tak bila anda nak buat sesuatu, lepas tu ramai orang cakap macam ‘ni: “Tak yah lah, aku dah buat dulu, tak jadi pun” “Aku dah try, buat habis duit je..hasil tak ada” Kan? Mesti pernah kan? Ramai kat luar sana jadi ‘consultant’ tak dilantik.
Atau pun ‘jurulatih kegagalan’ sebab mereka nak sangat kita gagal macam mereka. Sedangkan mereka tak tahu, mereka gagal sebab mereka tak ada ilmu. Jika anda jenis yang kental, tak makan dek kata-kata negatif orang sekeliling, InsyaAllah, anda bakal berjaya!
- Anda Jadikan Halangan Sebagai Satu Perangsang
Ini satu lagi perkara penting. Ada orang kata, orang yang berjaya ialah orang yang tak serik dengan kegagalan. Of course la!
Kegagalan buktinya anda dah mencuba dan semakin hampir dengan kejayaan. Yang tak gagal tu maknanya tak buat apa-apa pun.
Sudah pasti, dalam usaha kita nak berjaya ada masanya kita jatuh dan gagal juga. Macam kita belajar naik basikal.
Ingat tak berapa kali kita jatuh sehingga terjunam dalam longkang pun ada? Tapi, akhirnya disebabkan kita ni tak serik, kita berjaya juga kayuh basikal akhirnya!
Jika anda ada perangai tak serik dengan kegagalan, tak lama lagi nak berjaya lah tu..pastikan anda ada ilmu dan jalan kejayaan yang jelas sahaja.
- Anda Tak Berhenti Menuntut Ilmu.
bakal usahawan berjaya7
Jika anda jenis manusia yang gila ilmu, dan gila nak buat tindakan berasaskan ilmu yang anda dah dapat, alamatnya sikit lagi lah nak berjaya!
Kami dah jumpa ramai peserta yang hadir ke program kami, dan orang yang berjaya selalunya ialah orang yang hadir dari program RichWorks yang memenuhi keperluan usahawan.
Sebab itulah, kami di Richworks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman dah ‘design’ program ini sesuai dengan tahap kejayaan yang anda inginkan. Makin tinggi ilmu yang anda ada, makin tinggilah hasil yang anda dapat.
Kalau dah anda tahu bawa kereta biasa sahaja, takkan lah pulak anda mampu dapat gaji seperti seorang pilot? Kan…
- Anda Sentiasa Berdoa, Berusaha dan Bertawakal Kepada Tuhan
Satu lagi tanda penting yang menunjukkan anda bakal berjaya ialah anda tak putus asa dalam berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT.
Anda sangat yakin, kejayan anda dipegang oleh-Nya, jadi tak guna anda bekerja keras kerana jika Dia tak izinkan anda berjaya, anda takkan berjaya. Semoga perkongsian ini bantu anda lebih yakin dengan hala tuju kejayaan diri sendiri.
2 Comments
1. Perlu ada keyakinan diri yang kuat supaya tidak terpengaruh dengan perkara2 negatif disekeliling.
2. Ambil kegagalan anda untuk dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha ke kejayaan.
3. Mempunyai keyakinan dan semangat tidak cukup untuk berjaya jika tidak ada ILMU.
Terbaik..terima kasih atas sharing yang di berikan