Superbmom Legacy: Belajar Melalui Video Percuma MenThor Dah Raih RM1 Juta Pertama

Superbmom Legacy: Belajar Melalui Video Percuma MenThor Dah Raih RM1 Juta Pertama

Waktu bujang berbanding dah mendirikan rumah tangga pasti berbeza.

Dahulu seorang kini berdua. Daripada berdua jadi bertiga dengan kehadiran cahaya mata.

Bagi kaum wanita, ada yang memilih berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan anak-anak.

Namun, tak semua kaum ibu akan duduk diam sahaja di rumah, otaknya ligat memikirkan cara untuk menambah pendapatan keluarga.

“Sebelum saya mula bisnes saya suri rumah. Saya ikut suami ke Kuching Sarawak, dah ada anak pertama, saya ceburi bisnes.

“Pada 2019, saya struggle bila ayah tak sihat, suami dah mula bayar bulanan rumah, saya fikir bagai mana nak buat bisnes yang betul-betul boleh dapat duit,” kata Che Sukma Ayu Yaacob.

Beliau merupakan Partner Circle Sabella yang mempunyai syarikatnya sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Superbmom Legacy Sdn Bhd.

Partner Circle Sabella

Fokus menjual satu produk adalah satu daripada kunci mencapai jualan mencecah jutaan ringgit berbanding pelbagai produk.

Menurutnya, setelah terpilih sebagai Partner Circle Sabella, beliau mengurangkan menjual produk lain dan mula fokus kepada Sabella.

Beliau diterima menjadi Partner Circle Sabella dengan jualan RM18,000 tanpa pegang modal dan stok di tangan.

“Rupanya nak berjaya kena jual satu produk. Saya punya mindset sebelum itu kena jual banyak produk, rupa-rupanya salah.

“Sebelum ini saya jual pelbagai jenis produk seperti kad tambah nilai, kosmetik dan emas,” katanya.

Ketika itu beliau mendaftar sebagai dropship Sabella sekadar suka-suka memandangkan pendaftaran adalah percuma.

RM1 juta pertama menerusi video percuma

Resepi kejayaan itu diperoleh hasil daripada mendengar video perkongsian Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan menerusi plafrom media sosial secara percuma.

“Ilmu itu ditambah dengan kelas mingguan bersama pengasas Sabella. Pada 2019, saya mencapai jualan RM1 juta pertama sebelum mendaftar mengikuti program anjuran RichWorks,” jelasnya.

Seterusnya, pada Januari 2020, beliau mengikuti program mentoring Spire dan kekal bersama circle Titan sehingga ke hari ini.

Sebelum menyertai RichWorks beliau melakukan pelbagai urusan seorang diri.

“Dah sertai program mentoring banyak perkara saya betulkan termasuk hal berkaitan pengurusan, tambah pekerja sekali gus mempunyai lebih banyak masa berbanding sebelumnya.

“Dulu tido lewat, kadang-kadang makan pun tak ingat,” ujarnya.

Jelasnya, dalam Spire dan Titan beliau tak sempat nak down kerana sokongan dan bimbingan diberikan buatkan beliau terus bergerak ke depan dengan menyaksikan hasil yang lebih baik.

Tanah impian

Hasilnya, beliau meraih jualan RM9 juta pada 2020 dan meningkat kepada RM11.7 juta pada 2021 seterusnya mensasarkan jualan RM30 juta pada tahun ini.

“Selain dapat berkongsi rezeki dengan kaki tangan seperti memberi bonus, saya juga dapat merealisasikan hasrat ibu membeli tanah di sebelah masjid.

“Saya paling ingat pesan Dr Azizan supaya membantu insan lain. Contohnya jika kita memberi arahan kepada pekerja, kita juga perlu membantu untuk memudahkan urusan mereka.

“Saya sangat pegang kepada konsep membantu itu,” katanya.

Superbmom Legacy Sdn Bhd

Lebih menggembirakan, kakitangan dan team Superbmom Legacy Sdn Bhd juga turut merasai perubahan ekonomi.

“Mereka kongsi ada yang dapat beri duit belanja RM1,000 sebulan kepada ibu bapa, kalau orang kerja makan gaji pun belum tentu dapat beri empat angka sebulan kepada orang tua mereka.

“Saya bersyukur, suri rumah dapat pendapatan dan dapat beri bonus,” katanya.

Menurut Che Sukma Ayu, kemanisan kejayaan mestilah dirasai bersama.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk yang ditawarkan anda boleh ke Facebook Che Sukma Ayu.

Jangan sabotaj diri sendiri

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, beliau menasihatkan bangsa usahawan supaya tidak sabotaj diri sendiri.

“Ada yang nak berimpian tu kita takut, kita sabotaj diri kita sebenarnya kita boleh, berani berimpian dan berani untuk realisasikan.

“Jalan untuk kita dapatkan tu, Allah akan susun. Kadang-kadang tu kita tak sangka pun, saya pun tak sangka bermula dengan jadi dropship Sabella.

“Kita berusaha dan berada pada platform, Allah kita akan berjaya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya ilmu juga merupakan faktor kejayaan.

“Ilmu sangat penting, kita kena upgrade. Saya dapat update ilmu saya dengan RichWorks,” katanya.

Artikel terbaru

Leave a Reply