Nilai Ilmu Dan Kedudukan Orang Berilmu, 3 Kelebihan Menuntut Ilmu

Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik.

Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain.

Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menuturkan kisah beliau sendiri yang hadir dalam satu program syarahan di Amerika Syarikat lebih dari 40 puluh tahun lalu di salah sebuah universiti di mana sebaik selesai sesi syarahan, salah seorang peserta dari kalangan pelajar yang hadir bertanyakan soalan lalu menyebut “beliau tidak mahu memanggil penceramah (Prof. Naquib) sebagai “Professor” atau “Dr.” kerana katanya semua manusia tiada beza dan sama di sisi Allah SWT.  Beliau memilih untuk memanggil “Saudara” (brother) sahaja.

Professor Naquib lantas menempelak pelajar berkenaan dan bertanya kepada beliau adakah beliau memanggil ayahnya sendiri sebagai “Saudara”? Beliau menjawab tidak. Nah! di sini sendiri sudah jelas menunjukkan bahawa manusia itu mempunyai tingkatan yang berbeza-beza bergantung kepada keilmuan, kedudukannya, kepimpinannya dalam masyarakat dan lain-lain kriteria yang perlu dipatuhi kerana itulah adab yang dibawakan oleh ajaran Islam.

Menuntut ilmu adalah antara amalan yang amat dituntut Islam kerana ia membawa kepada pelbagai kebaikan.

1. Ilmu untuk ibadat

Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

Tanpa ilmu pengetahuan, seseorang itu tidak akan dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna. Malah, amalan boleh tertolak tanpa ilmu yang betul khususnya berkaitan ibadah.

Ketinggian martabat ahli ilmu berbanding ahli ibadah turut memberi gambaran yang amat jelas bahawa segala amal ibadat akan menjadi sia-sia sekiranya dilaksanakan tanpa ilmu.

2. Meninggikan darjat

Allah SWT meletakkan kedudukan orang berilmu lebih tinggi dan mulia di sisi-Nya. Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang secara jelas menyatakan kelebihan orang yang berilmu daripada yang lainnya.

Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Rasulullah SAW turut menyatakan bahawa darjat orang yang berilmu lebih mulia daripada orang yang tidak memiliki ilmu. “Sesiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga dan para malaikat akan merendahkan sayapnya memayungi penuntut ilmu serta semua penghuni bumi dan langit dan ikan dalam lautan, semuanya memohon keampunan buat mereka dan sesungguhnya keutamaan darjat seorang ‘alim (ahli ilmu) ke atas seorang ‘abid (ahli ibadah) seperti keutamaan bulan purnama berbanding bintang-bintang.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Kedudukan istimewa

Tanpa ragu-ragu lagi, ilmu serta ahlinya mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah SWT. Usaha memperoleh kemudahan menuju ke syurga-Nya dan mendapat doa keampunan daripada makhluk-Nya adalah antara ganjaran besar khusus untuk mereka yang berada dalam kelompok ahli ilmu atau dalam usaha untuk menuntut ilmu.

Allah SWT menjelaskan segalanya mengenai perkara yang boleh meningkatkan darjat seseorang manusia di sisi-Nya. Semua perkara yang melayakkan seseorang dinaikkan darjatnya bukan perkara berat kerana semuanya mampu dilakukan setiap orang yang berusaha mendapatkannya.

Allah SWT membuka jalan-Nya supaya manusia berusaha menjadi hamba yang berada pada darjat kedudukan yang istimewa. Apakah ada lagi alasan kita untuk tidak menjadi hamba-Nya yang istimewa?

Sama-samalah kita menuntut ilmu, ilmu terlalu luas, jika anda telah mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu ada banyak lagi cabang ilmu yang perlu dipelajari. Proses menuntut ilmu tak kan pernah habis. Manfaatkan ilmu yang anda miliki untuk kebaikan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Nilai Ilmu Dan Kedudukan Orang Berilmu, 3 Kelebihan Menuntut Ilmu” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

4 Comments

  • Di sini dftr unyuk apaya.. blm faham semua..

  • John

    Saya tidak rasa jawapan prof Dr SM naquib al-attas itu bertepatan dengan persoalan. Hubungan bapa dengan anak bukan sepenuhnya berkaitan dengan ilmu. Siapa saja boleh jadi bapa. Cuma akan jadi Jenis bapa yang macamana itu yang jadi persoalan.

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Terima kasih Tuan, atas pandangan dan pendapatan Tuan. Sehubungan itu, sama-samalah kita menambah ilmu di dada kerana ilmu terlalu luas dan membawa manfaat di dunia dan akhirat. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply