Sate Temin : Mula Bakar Sate Di Belakang Rumah, Kini Sudah Ada Restoran & ‘Kilang’ Proses Sate

Sate Temin : Mula Bakar Sate Di Belakang Rumah, Kini Sudah Ada Restoran & 'Kilang' Proses Sate

Siapa sangka mulanya hanya bakar sate di belakang rumah pada 2015, kini Sate Temin sudah mempunyai restoran – Temeen Sate House di Jerantut, Pahang malah tempat untuk memproses sate dengan keluasan 2,800 kaki persegi pada penghujung tahun lalu.

Pemilik Sate Temin Industry Sdn Bhd, Tuan Zulhaffiz Mamat dengan kepakaran membantu memuaskan nafsu makan anda bersama orang tersayang dengan menyediakan sate yang besar sedap & lembut.

Tapi tahukah anda, idea memulakan bisnes sate selepas 6 bulan beliau tidak buat apa-apa dan menganggur. Menurutnya, sebagai anak tunggal beliau selesa dan segala permintaannya dipenuhi.

Perjalanan Sate Temin

Bagaimanapun, beliau terfikir untuk membuat sate dengan resepi maknya selepas rasa perlunya melakukan sesuatu dan tidak mahu lagi menyusahkan maknya.

“Bermula pada bulan Oktober 2014, sales baru RM150 sehari. Sate 3 cucuk bersama nasi himpit dan kuah kacang kita bungkus hantar dekat gerai-gerai. Sehari 70 ke 80 bungkus terjual selama 6 bulan.

“Jualan naik sikit sampai dapat jual 200 bungkus. Masa itu tidak ada ilmu lagi, bisnes main buat saja,” katanya.

Kemudian Tuan Zulhaffiz mula kenal RichWorks pada 2014. Bulan 10 2014, sales masa itu sekitar RM4,000 dengan ilmu daripada video-video MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Selepas itu, beliau menyertai program RichWorks seperti IMKK hingga beliau ada kesedaran untuk ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada March 2019 kerana masih tiada keberanian, ilmu dan strategi memulakan operasi restoran meskipun semua persediaan operasi telah hampir siap.

Seminggu selepas balik daripada MMM itu, beliau terus buka restoran dengan hari pertama menyediakan 5,600 cucuk sate percuma kepada pelanggan yang hadir.

Beliau yakin dengan kata-kata Datuk Wira Azizan Osman ‘The More You Give The More You Get!’.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu selepas perasmian Temeen Sate House jualan beliau berjaya sustain RM 7000 sehingga RM 8000 sehari.

Beliau kemudian telah menyertai Program Mentoring SPIRE dan sudah pun berada dalam Titanium Circle bagi mendapatkan bimbingan secara dekat bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Sate Temin menyaksikan peningkatan sales daripada RM70,000 ke RM105,000. Pada tahun 2019 jualan sudah capai RM1.6 juta. Dan pada pada 2020, jualannya mencapai RM2 juta.

Pesan Tuan Zulhaffiz kepada bangsa usahawan yang masih tidak nampak jalan untuk kembangkan bisnes dan mahu berubah agar perlunya belajar.

“Jangan buang masa untuk kita skeptikal dan ragu-ragu apa sebenarnya kita buat. Kena trust the process.

“Nak tak nak, bila buat bisnes kita kena belajar dan perlu ada MenThor sebab bila buat sendiri tidak ada orang tegur.”

Tuan Zulhaffiz
https://www.youtube.com/watch?v=n7NIB-TUohU&ab_channel=AzizanOsman

Artikel terbaru

Leave a Reply