Salleh Food : Ketika Orang Banyak Stuck, Bisnes Pecah Rekod Jualan Masa PKP

Salleh Food : Ketika Orang Banyak Stuck, Bisnes Pecah Rekod Jualan Masa PKP

Bisnes Salleh Food Industries Sdn Bhd yang membantu para peminat kuih tradisional iaitu ‘batang buruk’, kerepek dan snek dibuka sejak sejak tahun 1988 lagi.

Bekas jurutera, Tuan Fauzie Salleh yang mewarisi daripada bapanya pada 2015, mulanya hanya untuk bantu keluarga selepas ayah nak pencen.

Dulu tak nampak lagi hala tuju bisnes namun kini sudah tahu kenapa perlu melakukan bisnes. Sebabnya di sini beliau dapat bantu lebih ramai orang disamping capai impian keluarga.

Beliau telah mula mengenali RichWorks pada 2017 sehingga ambil keputusan menyertai Program Mentoring SPIRE pada 2019.

“Pada saya SPIRE ni sangat membantu usahawan di luar yang mana mungkin menghadapi masalah dalam bisnes.

“Membantu dari segi pemikiran & emosi serta bawa kita ke track yang betul untuk tujuan sebenaruntuk jadi usahawan,” katanya.

Apatah lagi, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bila ramai usahawan yang stuck, tak tahu nak buat apa. Jualan bisnes beliau dapat pecah rekod jualan berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2020, beliau mencapai jualan RM8.1 juta berbanding RM7.6 juta pada 2019. Bukan itu saja, Tuan Fauzie dapat hadiahkan sebuah kereta Mercedes model E200 untuk ayahandanya tersayang.

Ianya hasil daripada kelas-kelas dan sokongan diberikan RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam bimbingan termasuk ketika PKP untuk usahawan mampu bangkit kembali.

Beliau cepat bertindak dengan tukar strategi Salleh Food. jika sebelum ini, Salleh Food hanya menjalankan bisnes secara offline kini telah mula fokus pada platform online. Mulakan dengan data customer yg dah pernah membeli.

Salleh Food – 2 Benda Betul Dibuat Ketika PKP :

  1. Saya mula beralih kepada online bagi mencapai lebih ramai orang di luar sana.
  2. Betulkan team dengan melantik orang yang betul-betul berkemampuan untuk bantu menjalankan bisnes ini.

Menurut beliau, baginya usahawan perlulah tak mudah putus asa dan menyerahkan semata-mata kepada takdir.

“Kena mula belajar untuk buat perubahan, tak ada yang senang dalam membuat perubahan. Jangan berada dalam zon selesa dan cari MenThor yang proven success untuk bimbing kita menjadi usahawan yang berjaya,” jelasnya lagi.

Artikel terbaru

Leave a Reply